Khamis, 25 Mac 2010

* Pemergian Mu Dirindui *



Gerimis
Album : Cinta Pertama
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


tika terkuak jendela hari
fajar belum pun menyisih lagi
tercari-cari kemana pergi
dia yang pernah menemani disisi

kuharap sinar menerang kabus
agar terang lorong perjalananku
kusangka cerah siangku hari ini
mendung pula menutupi

gerimis ini terlalu pagi
menghantar sayu pilu dihati
gerimis ini bagai mengerti
dikau yang pergi takkan kembali

menyekat gerimis gerimis yang gugur dipipi
terimbau kenangan yang pernah terlukis
dalam gerimis yang bagaikan mengerti
jasadmu diusung pergi

kupujuk diriku tidak menyesali
pemergianmu tertulis di azali
namun hati ini sukarku bohongi
kehilanganmu tak berganti

gerimis tiba dihujungnya
sampai waktu kan berhenti jua
begitulah kehidupan kita didunia
tiada siapa yang kekal selamanya
entah bila waktu ku akan tiba

lagu:fadzli (far east)
lirik:ITO lara

Ahad, 21 Mac 2010

:=: AllaH LebiH MenyayanGi Dirinya :=:


Assalamu'alaikum, tanggal 18/mac/ 2010 merupakan detik kesedihan bagi diri ini dan keluarga tersayang apabila kembalinya Ketua Keluarga menghadap penciptanya. Hati ini merelakan pemergiannya yang begitu mudah dan dgn sekelip mata... Moga rohmu dicucuri rahmat dan bersama-sama orang yang soleh.. Akanku ingat janji Mu wahai Ayah.. Moga berjumpa lagi disana..

Khamis, 11 Mac 2010

"Jenis-Jenis Air mata "


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.

2) Menangis kerana rasa takut.

3) Menangis kerana cinta.

4) Menangis kerana gembira.

5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.

7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


Firman Allah Ta'ala yang bermaksud;

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Jadi,Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya.Banyak air mata telah mengalir di dunia ini.Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.? Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka ?

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan,apabila seorang daripada suatu kaum menangis,maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,

"Manis sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.? Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan,

"Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut?

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.? Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.? Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.? Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.? Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.? Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah,rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu???

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda yang bermaksud;

"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka,mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
Sabda Baginda saw lagi yang bermaksud;

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari Qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud;

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah,maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Farisi r.a; Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :

1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Izrail datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan..

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.(riwayat dari Salman al Farisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada zat yang Memiliki mu."

FROM : az-zuhara` ulfah

Ahad, 7 Mac 2010

+ Allahu Rabbi +



Who is The Creator
Who is The Sustainer
Surely He's The One
Lord of all mankind

Ya Allah...
Allah Allah Ya Allah Allah Allah
Allah Allah Ya Allah Allah Allah
Anta Ya Rabbi Anta Ya Rahman Anta Ya Allah
Allahu Rabbi

Chand or sittarre bohot cham ketey he
Khuda ke bagar roshni ka wujud nehi he
Roshni ke baht andera hota he
Sab kuch khuda ke wujud nehi he

Har parta darakh sigh girta he
Ye sab kuch khuda ki taqath he
Sammandar or zamin me kitni mitthi he
Sab kuch khuda ki iradat he

Bulan dan bintang hiasi alam
Tiada kan bercahaya tanpa izinNya
Terangnya siang berganti malam
Tiada sekali menyalahi aturannya
Maha Kuasa Tuhan yang menciptakannya

Helaian dedaunan gugur dari pepohonan
Pasti dalam pemerhatian kudratnya Tuhan
Butiran pasir di daratan dan di dasar lautan
Tetap dalam pandangan iradat Tuhan

Lagu : Allahu Rabbi
Munsyid : Inteam Reunited, Syahril, Hazamin, Rahim, Hisyam & Suhaimi
Album : Inteam Allahu Rabbi
Lirik & Lagu : Hazamin Inteam / Zubaralhadid
Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd

Selasa, 2 Mac 2010

:#: MiliK SiaPa CinTa Ini :#:

Wahai Sang Awan yang sedang berarak mendung, Sudikah engkau mendengar kebodohan hamba ALLAH ini..Wahai Sang Mentari yang semakin condong ke ufuk barat, Sudikah engkau berkongsi cerita resahku ini…



Cinta terbahagi kepada 2:



  • Cinta Mutlak = cinta yang diberi tanpa ade simpan/ reserve sedikit, kategori cinta ini hanya kepada ALLAH dan RASUL shj.

Ibn Taimiyah abad-7 mengatakan hubungan kita dgn ALLAh diumpamakan seperti burung.


sebelah sayap takut kpd Allah (azabnya, neraka, balasanya dll)


sebelah sayap lagi ialah harap/ pengharapan kpd Allah (syurga, rahmat, rezeki, dll)


body burung itu adalah cinta, kita perlu seimbangkan antara kedua-dua ni baru lah kita dpt terbangkan hati kita ni kpd ALLAH



  • Cinta Terhad = cinta selain ALLAH & RASUL rujuk ayat [9:24]

Katakanlah, "Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta dan kekayaan yg kau usahakan, perdagangan yg kamu khuatir akan kerugian, dan rumah yang kamu tinggal lebih kamu cintai dari ALLAh dan RASULNYA serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai ALLAH berikan keputusan-Nya". Dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang fasik.



bedasarkan ayat di atas ALLAh dah beri amaran atau warning... dia kata Jaga lah kau, Jaga lah kau.. jika engkau cinta harta, anak, saudara, rumah, perniagaan dll lebih dari AKU tunggu lah balasan aku...


So, awal-awal nanti kene tulis surat agreement buat suami/ isteri:


"Sorry la bini/suami... eh, belum jadi lagikan, mcm ni lah to bakal my lover I boleh kahwin dengan you, tapi ingatlah cintaku hanyalah cinta terhad... aku tak dapat mencintaimu secara mutlak..aku akan mencintai mu selagi mana engkau mendekatkan aku kepada ALLAH, jika engkau menjauhkan aku dari Tuhanku sesungguhnya aku sangat-sangat membenci dirimu..." So bila perempuan yang akan cakap macam ni yang lelaki tolong paham yea... begitu juga yang perempuan kalu lelaki cakap mcm ni...



Sering kuterdengar usikan nakal si lelaki pada wanita
FEUWIT…FEUWIT..CUNNYA!
Buatku kaliru sendiri,
Apakah ertinya kecantikan wanita di mata lelaki?
Adakah pada susuk tubuh yang menggiurkan?
Atau pada akhlak yang menawan?
Biar apa pun jawapannya;
Aku tetap aku, Apa yang aku tahu,
Aku seorag wanita, fitrahku sukaan diri cantik jelita
Namun bukan kecantikan di mata manusia,
Sebalinya ku mencari kecantikan yang diiktiraf Tuhan yang Maha Esa



Ya ALLAH, Jauhkan hatiku ini drpd segala bentuk kekotoran


Ya ALLAH, Janganlah rindu ini mengatasi kemanisanku bermunajat kepada-MU & Janganlah pula sayangku mengatasi kecintaanku terhadap Kekasih-MU



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Music

ME..