Assalamu'alaikum,
Hari jumaat yg lepas berbuka puasa di rumah sahabat. nak pegi rumah diaorang dapat lah pinjam moto dr salah seorang yg tinggal kat rumah tu, katanya dia ada program kat API so, nanti dia boleh balik dgn kawan... kita pun dgn senang hatinya pinjamlah..
Al-kisah dalam perjalanan sampai selamat alhamdulillah, tp bila dah sampai nak parking moto jadinya sedikit kemalangan..
dah turun dari moto just nak parkng bagi cantik skit.. tanpa sengaja terpulas minyak rupanya tak free gear lagi.. alamatnya melambunglah moto tersebut.. dan saya jatuh tersungkur ke belakang..
dapat lah lebam kat bwh dagu sebab terhentak dgn handel moto..
Nilah pertama kali bawa moto setelah 3 tahun dapat lesen.. sebab kat rumah tak de moto ade keta je.. membuatkan rase serik nak bawa moto..
"Setiap Orang Yang Berusaha Untuk Meninggikan Kalimah Islam Boleh Menggunakan Segala Yang ada padanya Seperti Harta Benda, Jiwa Raga, Pena (penulisan), dan lidah (dakwah)"- Sayyid Abul 'Ala al-Maududi
Isnin, 31 Ogos 2009
Sabtu, 29 Ogos 2009
~JgN JaDi Mcm RoBoT~
Sahabat saya cakap kita ni di bulam puasa ni Jgn Jadi macm Robot...
Org bagn sahur kita bgun sahur, lepas tu puasa, mlm tarawih.. lepastu esok nya ulang benda yg sama, ini membuatkan kita solat-olah telah di programkan.
Perlu ada matlamat bagi orang yg berpuasa kenapa? sebab kalu orang yg tak de matlamat kalu dia rasa dia nak puasa dia puasa kalu dia tak nak tak yah puasa @ pada awal ramadhan bukan main semangat situasi ni kita dapat lihat sendiri dalam masyarakat kita..
Awal2 puasa kita tgok surau penuh je.. tapi masa last-last...
patutnya makin dekat akhir ramadhan makin bertambah ramai, tapi tak pe lah mungkin dia kiam kat rumah. kita perlu ada matlamat yg benar.
1) Hati harus mengharap rahmat Allah= selah-olah kita nak cari rahmat Allah pada setiap malam kalu lah kita tahu kan fadhilat ramadhan kita tak akan persiakan masa walaupun sekejap.
2)Mengharapkan ampunan Allah ke atas dosa-dosa kita yg lalu, sekarang dan akan datang.
"Sesiapa yang berpuasa dibulan ramadhan dgn keimanan dan ihtisab akan diampunkan segala dosa-dosa yg lalu"
3)Mengharapkan perlindungan dan kebebasan dari api neraka
4)Kita mahu Allah bermegah mengenai kita kpd MalaikatNya
5)Kita mengharapkan shafa'ah
6)Berharap agar dijauhi penyakit rohani
7)Perlaksanaan hukum Allah ke atas keinginan kita
8)Perlaksanaan kesempurnaan akhlak menurut ketetapan Allah
Bayangkan seolah-olah Kamu ni Ahli Neraka dan diberi masa sebulan utk buat baik mesti kita buat sungguh-sungguh tak yea...
Seperti banduan yang mendapat perol dalam masa sebulan.. tentunya kita nak tunjuk bahawa kita ni dah insaf dan dah berubah.
Ramadhan ni lah permulaan kita sebenarnya... fikir-fikirkan dan renung-renungkan kita tk pasti bila Allah nak tarik nyawa kita.. mungkin esok, munkin kejap lagi.. atau mungkin...
So selalulah tanya pada diri kita " kalau Allah tariknya aku ni kejap lagi ni, amal yg aku buat ni cukup tak? amalan yg aku buat ni Allah terima ke tak? "
Selalu lah muhasabah diri, agar kita dapat hampiri TAQWA
"BooK FesT"-KLCC
Khamis, 27 Ogos 2009
Rabu, 26 Ogos 2009
Keberkatan BerSaHuR
Daripada Anas r.a, Baginda saw bersabda: "Bersahurlah kamu. Sesungguhnya dalam sahur itu ada berkat". ( H.R Bukhari dan Muslim ) beberapa hadis Rasulullah s.a.w., hukum makan sahur adalah sunat.
Dalam riwayat Abdullah bin al-Haris, salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w. telah menceritakan ketika beliau masuk ke rumah Nabi, baginda saw sedang bersahur lalu bersabda: "Sesungguhnya (sahur itu) mempunyai berkat yang diberikan Allah kepada kamu sekalian, maka janganlah kamu meninggalkannya."
Seorang sahabat yang bernama Zaid bin Tsabit berkata : "Kami telah bersahur bersama Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian kami mendirikan sembahyang, lalu Anas r.a. bertanya: "Berapakah jarak waktu antara kedua-duanya?'' Zaid menjawab: "Kadar membaca lima puluh ayat.'' ( H.R. Bukhari dan Muslim ).
Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda: " Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah swt berselawat ke atas orang-orang yang bersahur." ( H.R. Imam Ahmad )
Sekiranya terdapat buah kurma, ia adalah makanan sahur bagi orang-orang yang beriman sebagaimana riwayat daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: " Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman ialah buah tamar." ( H.R. Abu Daud ) Dalam riwayat yang lain pula, daripada As-Saib bin Yazid, sabda Rasulullah s.a.w.: Sebaik-baik makanan sahur ialah buah tamar. Allah merahmati orang-orang yang bersahur.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Memohonlah kamu ( kepada Allah ) melalui makan sahur supaya memperoleh kekuatan berpuasa pada siang hari. ( H.R. Al-Hakim ) Bangun dan berdoa pada waktu sahur sebenarnya mempunyai barakah yang besar dan merupakan ciri-ciri orang yang bertaqwa.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Az-Zariyat, ayat 18 bermaksud : "Dan pada waktu akhir malam ( sebelum fajar ), mereka selalu beristighfar kepada Allah memohon ampun". Sahur juga merupakan salah satu daripada akhlak Rasulullah s.a.w., sebagaimana yang terkandung dalam terjemahan hadis berikut: " Tiga perkara yang termasuk antara akhlak para rasul ialah bersegera berbuka puasa, melambatkan sahur dan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri ketika dalam sembahyang." Perbezaan antara puasa orang Islam dengan ahli kitab terkandung dalam hadis riwayat Muslim, sabda Baginda: " Perbezaan antara puasa kita ( umat Islam ) dengan puasa ahlul kitab ialah makan sahur."
Ramadhan Bulan Yg Byk KelebiHan
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Selasa, 25 Ogos 2009
SoLat atasi MasaLah TeKanaN
Apabila berdepan dengan masalah, lazimnya kita mengalami masalah tekanan, malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi meringankan tekanan, ada beberapa cara yang boleh dipraktikkan:-
Bersabar dengan segala yang menimpa."Wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang dikehendaki melakukannya" (Luqman:17)
Setiap masalah ada hikmahnya, seperti dapat mengugurkan dosa. Sabda Nabi s.a.w maksudnya:"Tidaklah seorang muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya" (riwayat Al-Bukhari)
Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan, membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Jesteru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.
Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami orang lain. Contoh di Afghanistan, Iraq, Palestin, Dafur dan lain-lain.
Menyedari hakikat, kehidupan tidak lari daripada masalah, cuma bezanya kecil atau besar masalah dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar, cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk berkongsi bersama.
Bersabar dengan segala yang menimpa."Wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang dikehendaki melakukannya" (Luqman:17)
Setiap masalah ada hikmahnya, seperti dapat mengugurkan dosa. Sabda Nabi s.a.w maksudnya:"Tidaklah seorang muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya" (riwayat Al-Bukhari)
Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan, membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Jesteru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.
Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami orang lain. Contoh di Afghanistan, Iraq, Palestin, Dafur dan lain-lain.
Menyedari hakikat, kehidupan tidak lari daripada masalah, cuma bezanya kecil atau besar masalah dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar, cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk berkongsi bersama.
Ahad, 23 Ogos 2009
Berbuka Hari Pertama
Selepas baca doa.. mula berbuka dgn buah tamar dan kuih-muih dahulu... lepas solat maghrib baru kita orang makan Nasi..
Angah tolong kupas buah betik..
Ni lah lauk kita orang sekeluarga makan pada malam tu..
Kuah sup daging, sambal petai & udang,
kari ayam, kerabu perut, sambal belacan,
ikan bakar(ni x de dlm gambar).
Angah tolong kupas buah betik..
Ni lah lauk kita orang sekeluarga makan pada malam tu..
Kuah sup daging, sambal petai & udang,
kari ayam, kerabu perut, sambal belacan,
ikan bakar(ni x de dlm gambar).
Selasa, 18 Ogos 2009
Ramadhan tiba Kembali...
Al-Baqarah ayat 224
"janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan dan bertakwa dan mengadakan islah di antara manusia. dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Al-baqarag;224)
Ibnu Jarir meriwayatkan bahawa sebab turun ayat ini adalah kerana Abu Bakar pernah bersumpah dengan nama Allah untuk tidak memberi nafkah (bantuan) kepada Mishthah krn mishthah turut serta menyebarkan fitnah terhadap anaknya Aisyah r.a dalam peristiwa yang dikenali sebagai HADITSULIFKI. Padahal Mishthah adalah salah seorang kerabat Abu Bakar.Sempena Peristiwa ini maka turun ayat ini dan juga surah An Nur ayat 22:
"Dan janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabatnya. orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Tetapi sesudah sumpah itu dilanggar maka orang yang bersumpah tersebut mestilah membayar denda atau kaffarat iaitu:
1) Memberi makan sepuluh orang miskin atau
2) Memberi pakaian kepada mereka atau
3) Memerdekakan seorang budak (hamba abdi) atau jika tidak sanggup juga
4) Berpuasa selama tiga hari
Penjelasan tentang kaffarat sumpah ini dapat kita lihat dalam firman Allah surah Al-maidah ayat 89
Ibnu Jarir meriwayatkan bahawa sebab turun ayat ini adalah kerana Abu Bakar pernah bersumpah dengan nama Allah untuk tidak memberi nafkah (bantuan) kepada Mishthah krn mishthah turut serta menyebarkan fitnah terhadap anaknya Aisyah r.a dalam peristiwa yang dikenali sebagai HADITSULIFKI. Padahal Mishthah adalah salah seorang kerabat Abu Bakar.Sempena Peristiwa ini maka turun ayat ini dan juga surah An Nur ayat 22:
"Dan janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabatnya. orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Tetapi sesudah sumpah itu dilanggar maka orang yang bersumpah tersebut mestilah membayar denda atau kaffarat iaitu:
1) Memberi makan sepuluh orang miskin atau
2) Memberi pakaian kepada mereka atau
3) Memerdekakan seorang budak (hamba abdi) atau jika tidak sanggup juga
4) Berpuasa selama tiga hari
Penjelasan tentang kaffarat sumpah ini dapat kita lihat dalam firman Allah surah Al-maidah ayat 89
Ahad, 9 Ogos 2009
~Jalan2 Petrosains~
Khamis, 6 Ogos 2009
<<>>
We Celebrate Your Life
Of all the men in the whole wide world,
Whose praises are sung out loud,
There is no man whom I respect more,
Or of whom I am more proud.
Throughout the years, you’ve worked so hard
To provide us a happy life;
You’ve been there to help and give advice,
And you did it all without strife.
That is why on this day each year,
I pray all your wishes come true;
Today we celebrate your life,
So Dad, Happy Birthday to you.
By Karl and Joanna Fuchs
Ahad, 2 Ogos 2009
**21 Tips BaGi yG SukaR Solat SUBUH**
> Tidur lebih awal
> Bersungguh-sungguh dalam bersucidan berzikir sblm tidur
> Tekad utk bgun Solat Subuh
> Berzikir kpd Allah ketika bgun
> Minta bantuan keluarga atau orang-orang soleh utk bgun solat
> Berdoa kpd Allah agar diberi taufik utk bgun solat
> Menggunakan Saranan-saranan Peringatan
> Memercik air diwajah orang yg Tidur
> Tidak tdur sendirian
> Tidak tidur jauh dr tempat orang lain
> Keinginan kuat utk bangun dan jangan bangun secara bertahap
> Jangan kunci jan loceng terlalu jauh dr waktu solat subuh
> menyalakan lampu saat bangun
> Tidak berjaga malam terlalu lama
> Tidak memperbanyakkan makan sebelum tidur
> Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar
> Mengerjakan Qiamul lail di waktu terakhir sebelum subuh
> mengikut Petunjk Nabi dalam cara berbaring saat tidur
> Tidur di siang hari(Qailulah)
> Jangan tidur setelah solat asar dan sesudah maghrib
> ikhlas krn Allah
Sabtu, 1 Ogos 2009
Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul
Salam...ini merupakan novel yg tengah saya buru.. Sahabat saya cakap best cerita ni... so..nak beli lah...
Novel ringkas ini mengisahkan Qaniah, seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.
Penulis
: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Kod Katalog
: TBBK 1111
Kod ISBN
: 978-967-5102-40-0
Harga
: Semenanjung M'sia - RM12.00
: Sabah / S'wak: RM14.00
Langgan:
Catatan (Atom)