Univ. Malaya 1 Mac 7.24am | Kemuncak perasmian Simposium Perdana Mahasiswa Islam Malaysia (SIDANA) menyaksikan YB Nurul Izzah Dato’ Seri Anwar dengan penuh gimik memecah bongkah ais selepas selesai ucapan perasmian malam semalam.
Aksi pecah ais tersebut adalah simbol pemecahan budaya negatif dalam kalangan mahasiswa Islam Malaysia.
YB Nurul Izzah dalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah kepada kepemimpinan Islam Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) dan jawatankuasa kerja SIDANA.
Beliau turut menarik perhatian mahasiswa terhadap isu pelarian umat Islam Rohingya yang terus menerus dinafikan hak asasi mereka oleh kerajaan junta Myanmar dan Thailand sendiri; selepas beliau menyertai Sidang ASEAN Inter-Parlimentary CAUCUS di Bengkok.
Beliau juga menyeru mahasiswa peka oleh kejatuhan ‘ranking’ Universiti, birokrasi Universiti ke atas mahasiswa dan peranan mahasiswa Islam dalam mengisi tampuk pemerintahan negara pada masa depan.
Beliau juga mengajak mahasiswa kembali pada teras tamadun, iaitu ilmu pengetahuan.
Pada akhir ucapannya, beliau memetik karya Taj as-Salatin nukilan Bukhari al-Jauhari yang memperkatakan soal mahkota raja Melayu terletak pada neraca iman dan ehsan -mahasiswakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan