"Setiap Orang Yang Berusaha Untuk Meninggikan Kalimah Islam Boleh Menggunakan Segala Yang ada padanya Seperti Harta Benda, Jiwa Raga, Pena (penulisan), dan lidah (dakwah)"- Sayyid Abul 'Ala al-Maududi
Khamis, 16 Disember 2010
Memori KMK Perlis
Assalamu'alaikum, it took so long to write back.. actually a little bit busy with program, family and friends..
pada 10-12 dis 2010 ana bertugas sebagai feci kepada kump. 2 muslimat yang di beri nama aishah.. insyaallah kumpulan ana kumpulan yang sederhana aktif... adik-adik banyak memberi kerjasama walaupun dalam keadaan keletihan. pengalaman sampingan dari program KMK ni ALLAH izin di dorm ana kami di temani bersama makhluk ghaib pada waktu malam... dari pengalaman ana memang sering diganggu... biasa la... umi memberi semangat bahawa benda tersebut juga makhluk ALLAH...
malam pertama semasa ana hendak tidur dalam pukul 2 pagi kalu tak silap, selepas siapkan tugas utk aktiviti esok hari ana pun duduk baca doa lalu tidur... semasa tidur-tidur ayam.. nak masuk mimpi dah.. tiba-tiba terdengar bunyi orang bermain congkak... bunyi tu berulang-ulang macam kena tape.. sampai ke pagi... malamnya tak dapat tidur.. ALLAH uji begitu..pada mulanya ana ingat ana sorang sahaja yang dengar.. rupa-rupanya adik-adik lain turut dengar jugak.. malam seterusnya akibat keletihan ALLAH izin ana tidur tanpa mendengar bunyi yang pelik selain katak yang memanggil hujan... walaupun ada sedikit ujian di tempat tidur ana harap adik-adik tidak patah semangat untuk ke kem-kem yang lain...
TERBAIK DARI LADANG...
Dari ladang nan luas
yang dipenuhi tumbuhan hijau
kita terbitkan yang terbaik
herba-herba pilihan penuh khasiat
sebagai penawar dan pengubat
penyakit yang melanda seantario dunia
yang memijar dan memijak
yang memusnah dan membunuh
jiwa para remaja
yang meresah dan menghiba hati orang tua-tua
Itulah mereka
putera-puteri
anak-anak muda yang bersemangat waja
yang bekerja keras di ladang luas
di bawah terik mentari
di bawah kerdipan bintang dan sinaran bulan
menugal dan menyemai
membaja dan menjaga
memilih dan mengutip
herba-herba pilihan
dalam misi mereka
untuk mencari penawar dan pengubat
buat mengubat jiwa para remaja dan belia
Dan
jadilah mereka
tabib-tabib kemanusiaan
dan perawat jiwa raga
dengan preskripsi yang
TERBAIK DARI LADANG!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
salam amani...
wah.. bestnya jadi fasi..
kenangan2 macam tu memang tak akan dilupakan kan.. (^__^)
betul kenangan jadi feci dan peristiwa dalam sesuatu program memberi kesan kalu tak banyak, sikit pun jadi la.. dalam hidup seseorang...
Catat Ulasan