Ahad, 30 Januari 2011

"MATRIKU"





MATRIKU....
Kelahiranmu dinanti dengan harapan menggunung
Yang bisa mengisi kekosongan di segenap pelusuk dunia
Kewujudanmu bagi menampung kain-kain yang tercarik
Penjelmaanmu bagi meneruskan titisan iman semalam..

LANTARAN.....
Kau bisa menjelmakan permata-permata bergemerlapan
yang bakal menghiasi alam fana ini

KINI...
Kau terus mengorak langkahmu
penuh 'izzah dan tawadu'
tertegak di celah-celah belukar
yang penuh onak dan duri

TETAPI...
Kau perlu sedar dari lamunanmu
kemuliaan dan ketinggian tidak berpanjangan
engkau perlu merempuhnya dengan seribu ketabahan dan kesabaran
jua berjuta-juta kecekalan
dari titisan Imaniyah yang padu dan jitu

WAHAI PEMBELA UMMAH....
kemunculanmu bisa menggoncang keamanan dunia
juga mengetuk pintu-pintu hati manusia
Jika hati-hatimu dilimpahi dengan imaniyah yang unggul
kuburkan karat-karat hitam yang bertahta di kalbumu
jernihkan jiwamu dari kekotoran
Dengan siraman ayat-ayat Al-Quran dan Sirah Nabawiyah

PERMATA-PERMATAKU...
kuburkanlah khayalan sia-siamu semalam
kau siramilah dan taburilah alam ini dengan
permata-permata keindahan DEEN ISLAM
kau bajailah dengan nur-nur keimanan
dalami dan hayatilah asuhan dan TARBIYAH yang berterusan
Isikanlah setiap kekosongan jiwamu
dengan pengisian ULUHIYAH & RUBUBIYAH yang padat

KETAHUILAH...
peranan diri dan mas'uliahmu setinggi bintang di langit
persiapkan muatanmu sepadat-padatnya
untuk menghadapi pelayaran yang panjang dan jauh

MAKA....
Pergunakanlah setiap inci kehidupan dengan titisan keimanan
dari ajakan nahi mungkar ke amal ma'ruf
awasilah setiap ayunan langkahmu mithali dan......
setiap pergerakan langkahmu dari nilai dan adili

JUSTERU ITU......
Majulah, maralah wahai pembela ummah
teruskalah perjuanganmu yang berpanjangan
kau bagai wadah manhaj wa'yun Islami
moga setiap detik perjuanganmu membuah seribu pengertian
dan menghapus berjuta-juta Qadhiyah

YA RABBI....
hambamu mohon restu
taburkan rahmat dan pertunjukanmu
bimbinglah dengan hidayat, kudrat dan iradadMU
amin...amin...amin..... YA RABBAL A'LAMIN.....

NUKILAN: NISA'
23/12/1988
Lujnah Pelajar MATRI..



Sabtu, 29 Januari 2011

"Pon...pon...pin..pin.."


Salam.. hari duduk dalam kereta memendu tiba-tiba dapat idea nak menulis...
ada satu situasi di mana kereta yang ana pandu sudah tiada "horn" selama 3 minggu "horn rosak alat ganti belum sampai..., Ya ALLAH terpaksa sabar dengan kerenah manusia yang macam-macam ragam ni...GERAM pun ada>>> satu perbincangan antara umi dan ana di dalam kereta...

" umi, tekan lah horn... orang tu masuk line tak kasi signal!! macam tak reti bawa kereta...je..."
" sabar.. orang tu lupa kot..."
" Tau.. la, tapi dia boleh bahayakan orang lain..esh...,Ni yang pelik sikit pasal penduduk malaysia ni... malas pakai horn... tak macm thai asyik pakai horn.. kejap-kejap pon... sana pon.. sini"
" umi tahu... tapi orang malaysia ni lain sikit perangainye, ade yang kita horn dia supaya dia lebih alert memandu.. tapi dia boleh tengok kita macam kita pula yang buat salah...'

sebenarnya orang yang bunyikan "horn" ni ade banyak maksud....
  • supaya kita lebih alert masa memandu
  • Ade benda yang kita buat salah semasa memendu contoh tak kasi signal.., lambat masa trafik light dah warna hijau bukan kita sorang yg guna jalan tu.. orang lain pun ade urusan yang perlu diselesaikan..., kita memandu lelong kejap kanan kejap kiri...
  • sms masa memandu/ guna phone & tak beri perhatian pada jalan
  • Tanda Terima Kasih.. sebab tak dapat angkat tangan masa memandu
  • supaya dapat perhatian dr pemandu lain supaya tahu kita juga ade kat situ bukan dia sorang je yang memandu...
  • ataupun "horn" kereta tu rosak... dan berbunyi sendiri... macam kereta saya...
Maaflah kalu ade yang terasa.. tapi ana pun ade buat salah jugak.. so, minta maaf kalu cara pemanduan ana agak laju dan tergopoh-gapah... (^_^)..{^_^}...[*_*]......

Khamis, 27 Januari 2011

"Kecurian.."

Salam... Allah izin dah lama ana tak menulis di blog ni..;
bukannya apa.. takde idea dan masalah ketiadaan komputer, Allah izin sabtu yang lepas 22/1/11 berlaku kecurian.. beg tangan umi kena curi masa tengah beli kuih untuk sarapan pagi, nasib baik Allah izin umi tak cedera...


Alhamdulillah, hari ni ade orang terjumpa beg umi tu, hantar kat rumah.. Terima Kasih banyak-banyak atas keperihatinan... walau pun beg tu dah basah dan kotor... pada pendapat ana pencuri ni kurang pandai sebab dia tak reti guna kad kredit.. & beg tangan tu mahal harganya tapi dia tak jual... Moga orang yang curi barang-barang dalam beg tu dapat balasan yang setimpal...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Music

ME..