"Setiap Orang Yang Berusaha Untuk Meninggikan Kalimah Islam Boleh Menggunakan Segala Yang ada padanya Seperti Harta Benda, Jiwa Raga, Pena (penulisan), dan lidah (dakwah)"- Sayyid Abul 'Ala al-Maududi
Jumaat, 8 Julai 2011
~Motivasi @ Dimanipulasi~
Khamis, 7 Julai 2011
"Tengok AWAN usah lupa pada BUMI yang dipijak"
Awan atau langit diibarat kejayaan yang mendatangi kita atau pun rezeki yang melimpah ruah... menyebabkan kita senyum hingga ke telinga... namun di sebalik itu perlu diingatkan bersyukur kepada sang pencipta.. kita ini hanya berstatus HAMBA... lemah dan tak berdaya.. kaya atau miskin.. tua atau muda.. berilmu atau tidak... menteri, sultan atau hamba sahaya... akan tetap kembali rehat di dasar tanah merah ciptaanNya...Usah sombong, usah takabbur.. manusia ini tidak pasti akan hidupnya di dunia... kelmarin menjadi peristiwa silam... esok belum tentu.. tapi saat dan ketika ini merupakan realiti...
Kepada anak ingat bahawa suatu hari nanti kamu akan dewasa.. pengalaman asas yang ditempuhi oleh orang tuamu itu, akan kamu lalui jua... sekiranya kamu menyusahkan mereka kelak akan meninpa kamu juga.... kerana dosa kepada ibubapa kebiasaanya ALLAH balas "cash" di dunia...
Namun sekiranya ada musibah... anda tetap sabar bila kemarahan menimpa, anda pasti menghindari 100 hari kesedihan, anda pasti tidak gentar menentang musuh dengan cara apa sekalipun...

(JIKA TIDAK MAMPU MEMBUAT SEMUA [dlm sesuatu perkara] JANGAN TINGGALKAN SEMUA [buat je.. takat yang maksimum boleh])
Khamis, 2 Jun 2011
# REZEKI DATANG DGN PELBAGAI CARA #
Begitu luasnya hamparan rezeki yang disediakan Allah untuk manusia menerokanya. Sebagai manusia, rezeki yang diterima bukan sahaja berupa harta benda, wang ringgit namun keluarga, anak-anak malah apa yang ada di muka bumi ini adalah rezeki dari Allah. Allah menyediakan bumi ini dengan seluas-luas rezeki.Mengambil iktibar akan perlunya kita mensyukuri nikmat Allah..
Usaha adalah satu jalan yang disediakan Allah kepada hambanya untuk mencari rezeki dan meneroka apa yang ada di atas muka bumi ini. Tetapi sejauh mana usaha yang di lakukan manusia untuk mencari rezeki Allah?
Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nahl ayat 14 yang bermaksud, “Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya; dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya, dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaanNya, dan supaya kamu bersyukur”.
Manusia dilimpahi oleh rezeki yang diberikan Allah melalui pelbagai cara. Inilah hikmahnya Allah pada kita. Memberi kita rezeki yang baik, kehidupan yang aman dan harmoni. Harta yang sedikit atau banyak itu rezeki. Anak sedikit atau banyak juga rezeki. Sesuatu rezeki itu tidak semestinya datang dari satu cara shj.. misalnya pekerjaan anda... mungkin ia datang dengan cara perniagaan sambilan.. ataupun kawan-kawan belanja.. malah hadiah dari orang juga merupakan rezeki.. oleh itu, sebagai hamba Allah kita haruslah bersyukur kerana diberi peluang utk hidup menikmati rezeki yang melimpah ruah di bumi ini.... cuma kita perlu usaha semaksimum yang mungkin...
Ahad, 8 Mei 2011
SYAIR IMAM SYAFIE
Kepada Engkau aku ajukan pengharapan,
Sekalipun aku seorang yang banyak melakukan dosa,
Wahai Zat pemilik kurniaan kemurahan
Tatkala kalbuku keras dan jalan-jalanku sempit
Aku jadikan pengharapan dari-Mu sebagai tangga,
Dosa-dosaku menguasai diriku,
Tetapi ketika aku bandingkan dengan pengampunanMu.
Wahai Rabbi,
Jauh lebih besar pengampunanMu,
Engkau senantiasa pengampun segala dosa dan kesalahan,
Engkau tetap pemurah dan pemberi kurnia serta kemuliaan.
Maka andai tidak kerana kemurahanMu,
Tidaklah bertahan si penyembah iblis,
Betapa tidak?
Ia telah memperdaya kekasihMu adam.
Bila engkau memaafkan aku,
Bererti Engkau mengampuni si pelaku kezaliman,
Yang penuh gemilang dosa dan kesalahan,
Dan andai Engkau murka kepadaku.
Aku tidak akan putus harapan,
Sekalipun diriku dimasukkan ke jahannam,
Kerana dosa-dosa yang aku lakukan,
Sungguh besar dosaku.
Baik yang sekarang mahupun yang dahulu,
Namun ampunanMu lebih besar dan lebih banyak
Wahai Zat Pemberi Maaf.
* Imam Syafie Rahimahullah menulis bait-bait syair ini saat-saat kematian semakin menghampirinya..
wallahua'lam
Ahad, 24 April 2011
Tiada benda yang pasti di Dunia...

Salam.. hari ni sembang dgn umi dalam kereta pasal benda yang pasti dan yang tak pasti...
Dalam Hidup ni kenapa Allah bg KEMATIAN itu pasti?..
sebabnya supaya setiap detik yang kita lalui kita hargai dan buat sebaik mungkin.. kalau masa kecil kita ade cita-cita misalnya Polis.. tapi belum tentu kita akan jadi polis bila besar nanti..
Macam tu jugak dgn belajar orang yang nak ambil exam UPSR, PMR, SPM, STPM, Matrikulasi...dll tak pasti akan keputusannya may be dapat 5A UPSR tapi PMR nanti belum tentu..
May be dah dapat Ijazah tapi belum tentu dapat kerja.. Memandangkan Hidup kita ni tak pasti
"WE NEED TO GIVE OUR VERY BEST EVERYDAY & MOMENT"
sebab yang pastinya kita akan mati antara 2 waktu solat... so, akhir kata setiap kali pekerjaan yang anda buat make it the very best you can do.. terutama solat sebab kita tak pasti ajal kita bila.. tapi yang Pasti semua yang hidup akan mati...
Ahad, 6 Mac 2011
Jumaat, 25 Februari 2011
Duhai Hati Tolong Beritahu Empunya Jiwa

Tolong beritahu Si dia... Cinta manusia bakal membuatnya alpa
Tolong nasihati Si dia...
Jangan menyintaiku lebih dr dia mencintai Yang Maha Esa
Tolong nasihati Si dia...
Jangan mengingatiku lebih dr dia mengingati Yang Maha Kuasa
Tolong nasihati Si dia...
Jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan IbuBapanya

Tolong katakan pada Si dia...
Dahulukan ALLAH & RASUL kerana di situ ada Syurga
Tolong katakan pada Si dia...
Dahulukan IbuBapanya kerana ditelapak itu Syurganya
Tolong ingatkan Si dia,,,
Aku terpikat kerana imannya bukan krn rupanya
Tolong ingatkan Si dia,,,
Aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya
Tolong ingatkan Si dia,,,
Aku kasihinya kerana santunnya

Dia mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur Si dia bila...
Dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur Si dia...
Andai nafsu mengawal fikirannya
Tolong sedarkan Si dia...
Aku milik Yang Maha Esa
Tolong sedarkan Si dia...
Aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan Si dia...
Tanggungjawabnya besar pada keluarganya

Andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong Sabarkan Si dia...
Jika jarak menjadi penyebab bertambah rindunya
krn RINDU itu kurniaan Allah utk menguji imannya
Tolong pesan padanya...
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar padanya
Tolong pesan padanya...
Aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong khabarkan pada Si dia,
Aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada Si dia,
Aku mahu dia berjaya dalam impian & cita-citanya
Tolong khabarkan pada Si dia,
Jadilah penyokong dalam kejayaanku

Tolong sampaikan pada Si dia...
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga
Tolong sampaikan pada Si dia...
Cinta kerana ALLAH tidak ternilai harganya
[takkan kau rasai indahnya cinta : andai tiada Cinta buat Tuhan Yang Esa]
Tolong sampaikan pada Si dia...
Hubungan ini terjaya selagi dia menjaga hubungan dengan Sang Pencipta
Tolong Sampaikan pada Si dia...
Kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri

http://www.facebook.com/video/
Ahad, 30 Januari 2011
"MATRIKU"

MATRIKU....
Kelahiranmu dinanti dengan harapan menggunung
Yang bisa mengisi kekosongan di segenap pelusuk dunia
Kewujudanmu bagi menampung kain-kain yang tercarik
Penjelmaanmu bagi meneruskan titisan iman semalam..
LANTARAN.....
Kau bisa menjelmakan permata-permata bergemerlapan
yang bakal menghiasi alam fana ini
KINI...
Kau terus mengorak langkahmu
penuh 'izzah dan tawadu'
tertegak di celah-celah belukar
yang penuh onak dan duri
TETAPI...
Kau perlu sedar dari lamunanmu
kemuliaan dan ketinggian tidak berpanjangan
engkau perlu merempuhnya dengan seribu ketabahan dan kesabaran
jua berjuta-juta kecekalan
dari titisan Imaniyah yang padu dan jitu
WAHAI PEMBELA UMMAH....
kemunculanmu bisa menggoncang keamanan dunia
juga mengetuk pintu-pintu hati manusia
Jika hati-hatimu dilimpahi dengan imaniyah yang unggul
kuburkan karat-karat hitam yang bertahta di kalbumu
jernihkan jiwamu dari kekotoran
Dengan siraman ayat-ayat Al-Quran dan Sirah Nabawiyah
PERMATA-PERMATAKU...
kuburkanlah khayalan sia-siamu semalam
kau siramilah dan taburilah alam ini dengan
permata-permata keindahan DEEN ISLAM
kau bajailah dengan nur-nur keimanan
dalami dan hayatilah asuhan dan TARBIYAH yang berterusan
Isikanlah setiap kekosongan jiwamu
dengan pengisian ULUHIYAH & RUBUBIYAH yang padat
KETAHUILAH...
peranan diri dan mas'uliahmu setinggi bintang di langit
persiapkan muatanmu sepadat-padatnya
untuk menghadapi pelayaran yang panjang dan jauh
MAKA....
Pergunakanlah setiap inci kehidupan dengan titisan keimanan
dari ajakan nahi mungkar ke amal ma'ruf
awasilah setiap ayunan langkahmu mithali dan......
setiap pergerakan langkahmu dari nilai dan adili
JUSTERU ITU......
Majulah, maralah wahai pembela ummah
teruskalah perjuanganmu yang berpanjangan
kau bagai wadah manhaj wa'yun Islami
moga setiap detik perjuanganmu membuah seribu pengertian
dan menghapus berjuta-juta Qadhiyah
YA RABBI....
hambamu mohon restu
taburkan rahmat dan pertunjukanmu
bimbinglah dengan hidayat, kudrat dan iradadMU
amin...amin...amin..... YA RABBAL A'LAMIN.....
NUKILAN: NISA'
23/12/1988
Lujnah Pelajar MATRI..
Khamis, 30 Disember 2010
"Nikmat Malam"
Waktu malam sering dianggap waktu yang menakutkan dan menyeramkan. Namun, di sebalik kegalapan dan kesunyian itu, terhimpun banyak kekuatan dan nilai-nilai rohani.
Kegelapan malam mampu menghidupkan hati yang mati dan menumbuhkan kecintaan kepada ALLAH... kenyataan Rasulullah spt yang direkodkan oleh Baihaqi:
"ALLAH menyukai perempuan yang mengerjakan solat di sudut rumahnya yang paling gelap"
Sirri as-Saqati berkata "Aku melihat beberapa manfaat itu datang pada gelapnya malam"
Muhasabah dilakukan seorang diri, bukan secara beramai-ramai, muhasabah yang berkesan adalah yang dilakukan secara secdiri iaitu dalam keheningan malam.
ALLAH menurunkan wahyu kepada Nabi Daud:
" Suatu yang bohong bagi orang yang mengaku mencintaiku, tetapi ketika malam sudah gelap, dia tertidur meninggalkanku. Bukankah setiap kekasih itu suka bertemu dengan kekasihnya? Ingatlah, aku sentiasa ada bagi orang yang mencariku"

Dahsyatnya Qiamullail menyingkap rahsia di sebalik kedahsyatan hikmah, keberkatan dan kemuliaan yang diberikan Allah pada waktu malam khususnya bagi umat Islam...
Rabu, 29 Disember 2010
Put Your Trust in Allah (swt)
May Allah (swt) ease all of your hardships and protect you from all forms of evil.
Allah (swt) said, "..Those who endure with patience will be rewarded without measure." (Quran 39:10)
Jumaat, 17 Disember 2010
How Ruben (Abu Bakr) Became a Muslim
MashaAllah
beautiful story I couldn't help but crying when he mentioned the Verse from Qur'an about Signs. Very similar story to me as I am also a revert. God bless this brother and strengthen him.
Allahu Akbar!
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A
Khamis, 14 Oktober 2010
Tazkirah Iman Muda Asyraf Bin Mohd Ridzuan
Selasa, 12 Oktober 2010
WAHAI ANGKATAN BARU !!!

Pupuklah progresif dalam jiwamu dan bertindaklah dengan perhitungan yang nyata dan pertimbangan yang matang. Perkayakanlah dirimu dengan meneladan kepada masa yang silam, dimana ada yang rebah dan ada yang bangun, ada yang jatuh terus berdiri kembali. Kamu tidak boleh menjadi penciplak dari angkatan lama, tidak boleh menidakkan segala harga & nilai, jasa & karya dari angkatan lama.
Pandukanlah pengalaman angkatan ama dengan nyala citamu! Sejarah ini telah lama berjalan, bergerak & mengembang. Kamu hanyalah tenaga penyambung menyelesaikan bengkalai yang belum selesai. Kafilah hidup ini ibarat gelombang di lautan, menghempas yang satu, menyusul yang lain, memecah yang pertama datang yang kedua. Insaflah kedaulatanmu sebagai angkaan baru, yg hendak menggantikan manusia tua angkatan lama. tidaklah serupa & sama antara keua angkatan zaman itu, kerana sejarah berjalan sentiasa menurut hukum dinamik & dialektik.
Ahad, 1 Ogos 2010
" Kata alim, kata wara'
Kita lihat situasi kartun tu, nampak jer alim, nampak jer wara' tapi... " Tiada yang lebih membahagiakan dua orang insan yang saling menyukai kecuali menikah" ( Riwayat Suyuti ). Dengar tu, apa lagi menikah la kalau dah suka menikah la jawabnya. Tapi susah la kami masih belajar lagi ( sekolah/ IPT ). Tapi kami saling suka ? ” Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid ( syahid kecil )” (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dll ). Simpan la dalam hati kan dapat syahid kecil, buat apa nak bercinta dan bercouple nie tak ada maknanya.Tapi kami tak bercinta , tak bercouple. Ana dengan dia Cuma kadang-kadang berSMS atau berYM. Itu pun bagi tazkiroh sikit-sikit. Ana tak panggil pon ’ sayang’ kat dier.
Kenapa yang nak bagi-bagi tazkiroh kat dier tu macamlah muslimin/ muslimat yg lain dah mati. Kenapa, dah habis bagi tazkiroh kat muslimin/ muslimat kat dunia nie?Tak bercouple tapi berSMS, tak bercouple tapi berYM, Tak bercouple tapi aktiviti sama macam orang couple. Yang HALAL itu nyata, yang HARAM itu nyata. Manusia boleh bermain kata dengan manusia lain. Tetapi terdayakah manusia untuk menipu ALLAH?
Tolonglah...wahai ikhwan wa akhwat, janganlah berselindung disebalik tudung yang labuih, disebalik lebai putih dan disebalik perilaku yang ’alim’ kalau untuk menghalalkan pergaulan antara lelaki dan perempuan. MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!! Janganlah cemari perjuangan deen yang suci nie, dengan kononnya couple Islamik...
Inilah yang dikatakan mencampuri yang haq dan batil. ’ Dan janganlah kamu campur adukkan yang haq dengan yang batil’ ( Al-Baqarah : 85 ). Tetap nampak yang batil itu. Contohlah , kita satu kampung nie sedang memasak gulai ayam yang pergh....sedap tengoknya semua garam, gula , santan dah cukup. TIBA-TIBA!! Seekor burung dengan selambanya ’ter’berak ke dalam kawah gulai ayam kita yang sedap itu. Ada ker kita nak nak makan lepas tu? Habaq mai kat ana sapa nak makan gulai ayam yg sudah ditambah ’perencah’ tahi burung itu. Mesti la kita tolak mentah-mentah, oleh itu couple @ couple Islamik sama sekali adalah HARAM!!
by:Insan Alfaqir
Ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan)
Demi cinta dan sayangku kepada muslimin dan muslimah di seluruh dunia, ku cuba menterjemah sedikit secara bebas dari buku Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, saya hanya mengambil di kesimpulan dari keseluruhan jawapan penanya soalan. Teguran dan nasihat amat diharapkan. Semoga ianya dapat memberi faedah kepada semua khususnya para muslimah insyAllah.
Amma ba’d:
Pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh(seperti menuntu ilmu), membawa kebaikan, dan perkara-perkara yang mana berhajatkan bantuan dan pertolongan dari kedua belah pihak (lelaki dan perempuan) berlandaskan batas-batas, tujuan yang betul dan penguatkuasaan yang berkesan.
Walaupun dibolehkan, kita sama sekali tidak mengabaikan batas-batas dan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam :
1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya (lelaki dan perempuan jangan gatal menjeling-jeling), tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat, dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat. Allah SWT berfirman :
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(30)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,(31)
An Nuur : 30-31
2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampak bentuk tubuh, Allah SWT berfirman :
dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, ,(31)
Surah An Nuur : 31
Dikuatkan lagi daripada para sahabat yang dimaksudkan dengan “perhiasan” ialah dua tangan dan wajah.
Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya :
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. (59)
Al Ahzab: 59
Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan yang semberono perangainya, dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati dan menyeganinya.
3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara, terutama ketika bermuamalat dengan lelaki :
i. Percakapan , hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan, Allah SWT berfirman :
Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,(32)
Al Ahzab : 32
ii. Berjalan, Allah SWT berfirman :
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (31)
An Nuur : 31
Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya :
Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan (25)
Surah Al Qashah :25
iii. Pergerakan, tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.
4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.
5. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya, (Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama (makin ‘terbakar’ la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.
6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip-gosipan, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa(anak-anak).
Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang taat. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dengan keyakinan ini, marilah disaat ini kita mula menjadi seorang yang terbaik disisiNya insyAllah.
Wallahu Ta’ala A’lam
Rujukan :
Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, maktabah wahbah, cetakan pertama 1996 m – 1416 h
Mudah-mudahan bermanfaat...
Jumaat, 30 Julai 2010
Couple tu blh ke tak dlm Islam?....blh ke tak ni?
ttg couple dlm Islam....it answers my question
clearly.... selalu bertanya pada diri, couple tu blh ke tak dlm
Islam?....blh ke tak ni?....
one day, one of my friend dpt article dari IKIM
ttg couple dlm Islam....it answers my question
clearly....
apa kata Islam ttg couple?....
sebesar2 tajuk yg ditaip dlm article "percintaan :
HARAM !!!!" dlm Islam tiada istilah bercouple....kalau benar seorang lelaki itu mencintai seseorg wanita seikhlas hatinya, tidak blh dia bercouple....
bercouple adlh dtg dari nafsu....buat apa menurutkan nafsu?....
dalam Islam yg ada hanyalah perkahwinan....cara2nya,....bi la seorg lelaki itu
tersuka kat seorg wanita tak kira lah member ke, tak pernah kenal ke,....dia kena solat istikharah dahulu sblm memulakan langkah....minta petunjuk Allah benarkah si dia itu adlh jodoh yg telah Allah tetapkan....
kemudian, andai dah dpt petunjuk benar si dia jodoh yg Allah tetapkan, kena approach parents
dia....bkn nyer approach dia....lelaki ni kenalah minta izin kat parents nak kawan ngan perempuan ni dan niat dia berkawan kenalah nak memperisterikan perempuan ni, bukan sekadar main2 ek.... pastu, kalau perempuan ni pula kena buat solat istikharah minta petunjuk dari Allah betul tak lelaki ni jodoh dia....kalau dah dpt petunjuk dari Allah dan parents kata ok,....tak ber makna blh dating, keluar bersama2 dan sbgnya.... step seterusnya kena cpat2 tetapkan tarikh kahwin....pastu kahwin la, and happy ever after....Insya Allah....
so,....sedar tak yg sebenarnya step2 di atas adlh step utk meminang ?....
kesimpulannya, dlm Islam tak der istilah couple....
kpd sahabat2 yang saya sayangi dan kasihi,
marilah kita sama membanteras gejala2 bercouple
ni sbb bermula dari couple, mcm2 blh terjadi, tak
pyh la di sini saya sebutkan complication2 yg
timbul slps bercouple....hehe, mcm hypertension
lak ada complication2.... sanggupkah kita
gadaikan agama hanya utk kepuasan diri?....
ingat, kita muslim diperhati oleh non-muslim, mcm
mana nak berdakwah kalau diri songsang?....
ermm...pada sape yg terasa...maaf
dipinta..sekadar renungan kita bersama...
i do believe in this words, deep down if u guys ask
urself, we already have the answer, ALLAH the
almighty have always slipped in the answer in our
heart, it's just that we rather listen to the 'other'
voice than the one that's already there...
by:
pemBeLa-RakYat
Ahad, 25 Julai 2010
Ketika akhwat jatuh cinta
Tak ada yang aneh, mereka juga adalah manusia...
Bukankah cinta adalah fitrah manusia???
Tak pantaskah akhwat jatuh cinta???
Mereka juga punya hati dan rasa...
Tapi tahukah kalian betapa berbedanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya???
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada...
Namun sebaliknya...
Ketika Akhwat Jatuh Cinta...
Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap...
Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi...
Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sebuahr asa yang tak semestinya…
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu…
Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai…
Yang ada adalah kegelisahan, karena rasa yang salah arah…
Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit…
Ketika Akhwat Jatuh Cinta…
Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut…
Tak ada kata-kata cinta dan rayuan…
Yang ada adalah kekhawatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya…
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah,
kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh…
Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya…
Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan...
Alangka kasihannya jika akhwat jatuh cinta…
Karena yang ada adalah penderitaan…
Tapi ukhti…
Bersabarlah…
Jadikan ini ujian dari Rabbmu…
Matikan rasa itu secepatnya…
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia…
Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai…
Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap...
Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya…
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu…
Ukhti… Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya…
Karena bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu…
Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu…
Ukhti… Bersabarlah… Biarkan Allah yang mengaturnya...
Maka yakinlah... Semuanya akan baik-baik saja…
Semua Akan Indah Pada Waktunya…
By: Ummu Sa'ad 'Aztriana'
Selasa, 1 Jun 2010
.:: | Jagalah Pandangan Matamu | ::.

Allah berfirman: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. [An-Nur 24:30]
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [An-Nur 24:31]
Isnin, 3 Mei 2010
10 Racun hilangkan Kebosanan DatangKan KeBahagian Diri Kita .

Firman Allah s.w.t. ,
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Demi Masa!
[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
[3] Kecuali 1 ) Orang-orang yang beriman dan 2 ) Beramal soleh dan 3 ) Mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta 4 ) Berpesan-pesan dengan sabar.
TELAH BENAR LAH OLEH PERKATAAN ALLAH S.W.T.
Surah Al – Asr Ayat 1 – 3 .
Adakah ?
Mengapa banyak di antara kita tidak merasa bahagia dan sering merasa Bosan ?
Penyebabnya, kita lebih banyak tahu tentang :
Apa yang harus kita lakukan untuk menjadi orang yang bahagia
daripada tahu tentang :
mengapa kita tidak bahagia dan sering merasa Bosan ?
.
Perasaan tidak bahagia dan sering merasa Bosan
sebenarnya adalah penyakit. Hal itu adalah bentuk dari upaya meracuni diri sendiri. Mari kita rawat penyakit itu dengan cara yang terjangkau .
Kita halusi / cermati gejala penyakit tersebut dan kita hancurkan gejala itu.
Dibawah ini terdapat / terdaftar hal-hal yang biasanya merupakan gejala yang meracuni kebahagiaan dan sering merasa Bosan
kita beserta Kekuatanya / antibodi yang dapat menghancurkan gejala penyakit ketidakbahagiaan dan sering merasa Bosan kita.
Racun pertama :
MenghindarKanya .
Gejalanya, laridari kenyataan, mengabaikan tanggung jawab, padahal dengan melarikan diri dari kenyataan itu kita hanya akan menjauhkan diri kita dari kebahagiaan semua yang berlangsung sesaat maka kebosanan akan datang kepada kita sebagai pengantinya .
kekuatanyaatau Antibodinya :
Realitas
CaraNya : Berhentilah menipu diri kita sendiri.
Jangan terlalu serius dalam menghadapi masalah karena rumah sakit jiwa sudah dipenuhi pesakitnya yang selalu mengikuti kesedihannya dan merasa lingkungannya masaalahnya menjadi sumber pandangannya .
Jadi, selesaikan setiap masalah yang dihadapi secara halusi dan amat-amati masaalah itu dan yakinilah bahwa segala sesuatu yang terbaik selalu harus diupayakan dengan berfikiran waras dan berkerja keras untuk berfikir kearah kebaikan .
Racun kedua : Ketakutan pada Diri Sendiri.(Tiada Keyakinan Diri )
Gejalanya, tidak yakin diri, tegang, cemas yang antara lain bisa disebabkan kesulitan kewangan, konflik perkawinan, kesulitan seksual dan berbagai-bagi lagi yang datang pada Diri Kita .Apa Harus Kita Lakukan..??
kekuatanyaDan Antibodinya : KEBERANIAN .
Cara : Hindari menjadikan diri yang bergantung pada kecemasan.
Ingatlah 99 persen hal yang kita cemaskan tidak pernah terjadi. Keberanian adalah pertahanan diri paling canggih dan ampuh yang lebih berkesan .
Gunakan analisis dan menkaji dengan akal yang Allah s.w.t. kurniakan kepada kita ,Gunakan lah intelektual dan carilah solusi masalah melalui sikap mental yang benar dan berani berubah .
KEBERANIAN merupakan merupakan proses reedukasi yang kita BOLEH membuatkan kita berubah . Jadi, jangan segan mencari bantuan dari ahlinya, seperti Belajar Agama,Pakar motivasi atau Mereka2 yang kita yakini ada sifat keyakinan DIRI dan BERANI buat perubahan .(Dari jahat Kearah KeBaikan Diri Sendiri,Dari Kegagalan Kearah Kejayaan Diri Sendiri .)
Racun ketiga : Ego,Sombong,Berbangga diri sendiri .
Kedekut, materialistis, agresif, lebih suka meminta daripada memberi.
kekuatanya dan Antibadinya : Bersikap sosial.
Cara : Jangan menghina dan mengeksploitasi teman2 kita walau apa Sekali pun mereka itu,kaya,miskin,Pandai,bodoh,cacat dan sebagainya . KEBAHAGIAAN AKAN DIPEROLEHI APABILA KITA DAPAT MENOLONG ORANG LAIN .Dengan apacara sekali pun Asalkan ianya Baik dan Menafaat .
Perlu diketahui orang yang tidak mengharapkan apapun dari orang lain dan sentiasa terbuka hatinya untuk pelajari benda yang baik adalah orang yang tidak pernah merasa dikecewakan.
Racun keempat : Semangat dalam Diri Kita .
Gejalanya berhenti semangat dalam diri kita , membuat diri kita merasa jenuh, bosan, dan tidak bahagia.
kekuatanya dan Antibodinya : Pandang Kehadapan .
Cara : Teruslah bertumbuh, artinya kita terus berSemangat Pandang di masa depan kita. kita kan menemukan kebahagiaan dalam gairah saat meraih Semangat ingin berjaya kita tersebut.
Racun kelima : Rasa rendah diri
Gejala : Kehilangan keyakinan diri dan kepercayaan diri serta merasa tidak memiliki kemampuan bersaing.
KekuatanNya dan Antibodinya : Keyakinan diri.
Cara : Seseorang tidak akan menang bila sebelum berperang yakin dirinya akan kalah terlebih awal adaLah faktor atau sebab2 UTAMA dia nya akan kecundang / Kalah . Bila kita yakin akan kemampuan kita, sebenarnya kita sudah mendapatkan separuh dari target yang ingin kita raih. Jadi, Kejayaan / sukses berawal pada saat kita yakin bahwa kita mampu mencapainya.

Racun keenam : Sombong yang Berterusan .
Firman Allah S.W.T.
“ Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri “.
Surah Lokman Ayat 18
Gejala : Kompleks Didalam diri yang tidak Disedari jika tidak dihalusi, terlampau sombong, Buatkan kita berbangga Diri kita didalam kepalsuan diri kita sendiri yang ini paling BAHAYA .TANPA KITA SEDARI .
KekuatanNya dan Antibodinya : Rendah hati.
Cara : Orang yang sombong akan dengan mudah kehilangan teman, karena tanpa kehadiran teman, kita tidak akan bahagia.Kerana 8000 atau lebih teman kita ,ada bermacam- macam yang kita boleh belajari dari kebaikanya Oleh itu Cari teman yang BAIK-BAIK . Hindari sikap SEMUA SAYA SUDAH TAHU. Dengan rendah hati, kita akan dengan sendirinya mau mendengar orang lain sehingga peluang 50 persen Kejayaan ? sukses itu sudah kita raih.
Racun ketujuh : Menghina diri Sendiri.
Gejala : Tidak pandai aku ini,bodoh,malas,tiada Siapa nak kawan dgn aku dan sebagainya yang Negetif (yang tidak BAIK dalam diri Kita )Boleh menjadikan Kebiasaan menarik perhatian DIDALAM DIRI KITA SENDIRI, suasana yang dominan, murung, menghunjam diri, merasa menjadi orang termalang di dunia.
Kekuatan dan Antibodinya : Tambahkan keyakinan diri yang padu/mantap
Cara : Jangan membuat diri menjadi kehairan /pelik/kerisauan, terpaku pada diri sendiri. Lupakan masalah diri dan hindari untuk berperilaku SEBAGINI dan tanamkan Sifat Yakin dalam diri sendiri dan jangan harap dan hadap ketergantungan kepada orang lain SEMATA MATA .
Racun kedelapan : Sikap bermalas-malasan
Gejala : BOSAN, jenuh berlanjut, melamun, dan menghabiskan waktu dengan cara tidak menafaat dan produktif, merasa kesepian DAN BERBAGAI BAGAI LAGI .
KekuatanNya dan Antibodinya :
Melakukan Kerja2 yang Menafaat pada diri kita Sendiri dan orang orang Disekeliling Kita .Seperti bertukar tukar pandangan,bertanya Khabar,memberikan hadiah pada Teman2 tersayang.
Cara : Mengpostkan komen2 yang membina dengan penuh kasihsayang,saling bermaaf-maaf selalu,Banyak memberi SALAM dan lain-lain lagi yang menafaat dan baik untuk kita dan teman2 disekeliling kita .
SABDA NABI BESAR KITA S.A.W ,
“ DEMI YG JIWA KU BERADA DIDALAM TANGANNYA,KAMU TAK AKAN MASUK SYURGA SEHINGGALAH KAMU BERIMAN,KAMU TIDAK AKAN BERIMAN SEHINGGALAH KAMU SALING MENGASIHI,APAKAH KAMU MAHU AKU TUNJUKKAN KEPADA KAMU SESUATU APABILA KAMU MELAKUKANNYA KAMU AKAN SALING MENCINTAI..??SEBARLAH SALAM DIANTARA KAMU " .
Kalau kita Berkerja Buatlah diri kita untuk selalu mengikuti jadual kerja yang sudah kita rencanakan sebelumnya dengan cara aktif bekerja.Solat Lah Selalu dalam Waktu yang Ditetapkan Sebaik-baiknya Berjemaah.Hindari kecenderungan untuk membuat keberadaaan kita menjadi tidak berarti dan mengeluh tanpa henti .
Racun kesembilan : Sikap tidak bertolak ansur / toleran
Gejala : Pikiran sampit, kebencian rasa yang sempit, angkuh, Sombong terhadap agama Kita dan Agama tertentu, prasangka kitaLah orang yang Beragama .
Kekuatanya dan Antibodinya : Kontrol diri
Cara : Tenangkan emosi kita melalui seni mengontrol diri. Amati mereka secara bijaksana dan intelektual. Tingkatkan kadar toleransi kita. Ingat bahwa dunia diciptakan dan tercipta dari keberagaman dengan PENUH KASIHSAYANG SESAMA KITA .
Racun Yang Terakhir kesepuluh : Kebencian
Gejala : Keinginan balas dendam, kejam, simpan sifat Dengki.
KekuatanNya dan Antibodinya : Cinta kasih Berkasih sayang Sesama kita.
Sabda nabi S.a.w.
" Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya ”.
Cara : NYATAKAN PADA DIRI KITA DAN TEMAN2 KITA SEMUANYA .I LOVE U 2 ATAU I MISS U 2 .
Hilangkan rasa benci. Belajar memaafkan dan melupakan. Kebencian merupakan salah satu emosi negatif yang menjadi dasar dari rasa ketidak bahagiaan DAN membuat kita Menjadi Cepat keBosanan / boring yang menggilakan . Orang yang memiliki rasa benci biasanya juga membenci dirinya sendiri karena membenci orang lain.
Satu-satunya yang dapat melenyapkan rasa benci adalah cinta. Cinta kasih sayang sesama kita ianya merupakan kekuatan hakiki yang dapat dimiliki setiap orang.
Simpanlah paket tiket untuk melawan perasaan tidak bahagia dan membosankan,boring yang menggilakan ini dengan mengcampurkan 10 caranya ini pada 10 paket tiket saat kita sedang mengalami rasa bosan / boring dan tidak bahagia.
Gunakan sebagai sarana pertolongan pertama dalam keadaan / kondisi jiwa kita / mental kita gawat darurat demi terhindar dari ketidak bahagiaan , Bosan / boring yang menggilakan berlanjut pada masa mendatang. ***
Semoga dengan ini mudah-mudahan kita Saling hidup Bahagia,saling Hidup Berkasih sayang Sesama kita Dan SeterusNya BerJaya DUNIA DAN AKHIRAT . AMIN .
Rasulullah saw. Bersabda pada Teman2Nya ,
"Sekali-kali tidaklah kalian beriman sebelum kalian mengasihi." Wahai Rasulullah, "Semua kami pengasih," jawab mereka.
Berkata Rasulullah, "Kasih sayang itu tidak terbatas pada kasih sayang salah seorang di antara kalian kepada sahabatnya (mukmin), tetapi bersifat umum (untuk seluruh umat manusia)."
“ Kekurangan kita ialah banyak membaca al-Quran tanpa mengetahuai maknanya “.
“Kelemahan kita ialah mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya “.
“Kelemahan kita yang bertimpa-timpa ialah mengetahuai tafsirannya tetapi tidak mengetahui rahsianya”.
“Kelemahan kita yang tertinggi ialah mengetahui rahsianya tetapi tidak mempercayainya”.
“Kelemahan kita yang lebih tinggi ialah tidak mempercayainya lalu meninggalkannya”.