Rekreasi Minda Bestari ke-3 (RiMBA 3) akan kembali lagi dengan aktiviti dan program yang lebih menarik untuk murid sekolah rendah berusia antara sembilan hingga 12 tahun. Program tersebut akan diadakan pada 12 dan 13 Mac 2011 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad bertempat di Eagle Park Resort, Bukit Ayer, Perlis.
Antara aktiviti utama dan menarik ialah Jaulah (Kembara) Ibadah wa Sirah, RiMBA Outdoor Activities dan RiMBA Dynamic Games. RiMBA 3 bertemakan Sirah Rasulullah SAW Membentuk Peribadi Muslim bersempena sambutan Maulidur Rasul yang baru berlalu. Program yang dianjurkan oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Perlis ini, terbuka kepada murid-murid sekolah di sekitar Perlis dan juga Kedah Utara.
RiMBA diadakan pada musim cuti pertengahan sekolah setiap tahun dengan objektif menerapkan akhlak yang baik dan kecintaan kepada ibadah kepada peserta-pesertanya, memberi kesedaran dan kefahaman tentang Islam sebagai satu cara hidup berdasarkan al-Quran dan sunnah serta menanam motivasi untuk menggapai puncak kejayaan di dunia dan akhirat.
Seramai 120 orang peserta telah menyertai program RiMBA yang pertama pada tahun 2009 manakala RiMBA 2 pula telah menerima seramai 165 orang peserta.
Kepada ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke program ini, bolehlah berbuat demikian dengan mendaftar sebelum atau pada 10 Mac 2011 dengan menghubungi En. Ghazali Saad (012-4262343) dan Cik Nailah Abd. Kadir (013-6021017). Yuran program ialah RM40.00 seorang. Tempat penginapan dan makanan disediakan.
Bagi yang ingin bersama-sama membantu usaha mendidik dan membina bakal pewaris ummah ini dalam bentuk sumbangan bahan, peralatan atau wang tunai bolehlah menghubungi Ustazah Nawal Abd Kadir di talian 013-2042469 atau emel ke nawalkmn@yahoo.com.
KeARAH adalah salah satu biro di bawah HALUAN Malaysia. (http://kearah.haluan.org.my/)
Disediakan oleh,
Taqiyah Khadijah bt. Ghazali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan