Memaparkan catatan dengan label Sirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sirah. Papar semua catatan

Isnin, 18 Januari 2010

#Muhammad Al- Fatih #



Utusan...
Tuhan bersabda,
Benarkan...
Satu ketika,
Derapan...
Kuda kan tiba,
Bebaskan...
Kota di Roma

Tentera Fateh pun datang,
Hadis Nabi kuatkan iman,
Layar kapal rentas daratan,
Tanduk Emas dibantu Tuhan.



Tujuh puluh kapal pun tiba,
Byzantium gegak gempita,
Dua ratus ribu tentera,
Mimpi buruk sudah pun tiba.

Lapan ratus tahun penantian,
Konstantin akhir ditawan,
Panji Islam dikibar Hassan,
Tubuh syahid jiwa dikorban.

Itulah si anak muda,
Beraksi menggegar dunia,
Itulah sebaik raja,
Itulah sebaik tentera.

*-* KitA KeHilanGaN BanYak PerKaRa *-*








Dari Abu Hurairah r.a. berkata; bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). dan ia akan kembali asing. maka beruntunglah orang-orang yang asing."

Aku melihat dunia hari ini,
orang-orang Islam ibarat digenggam belenggu orang-orang kafir,
akhirat mereka luput, dunia pun tercicir... budaya jahil tidak diambil peduli,
melampau-lampau dalam hiburan, khayalan keterlaluan,
luas.. luas membanjir.. teruk... tak tertaksir orang-orang yang karam...

Barus, Singkel, Pasai, Ranir, Cardoba, Baghdah, Andalus,
hilang...hilang ditelan zaman,
kita lupa semua jawapan persoalan kehidupan,
yang mahir dihafal, Mampukah kita nak jawab di depan Mungkar dan Nangkir nanti?

sesetengah orang kata sejarah ini ibarat pentas bermain wayang cerita-cerita lampau dihurai, dipanjang-panjangkan bila tamat, diulang.. dan diulang kembali itulah sejarah...
Kalau begitu, takkanlah mustahil untuk giliran Islam pula yan mendatang tamadun kita yang lama dahulu yang indah gemilang hidup semula, kembali segar bugar terbentang, didunia yang luas..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Music

ME..