Sabtu, 28 Februari 2009

~MaLaM AnuGeRaH KurShiaH 2009~

DI RASMI OLEH YANG BERHORMAT DATO' SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN



Mmmm...
nak mula cerita deri mana ek?
Okey, First saya dengan farah ain, gi amik kereta sewa...
dia kasi minyak betul-betul atas 'E' dah menyala pun signel..
apa lagi kita orang pecut cari stesen minyak..
lepas tu cek engine, air, minyak break.. dan angin tayar..
Perjalanan bermula untuk tgok jalan ke Hotel Summit..ambil kurang 30 minit jugak
than kita orang round-round cari masjid @ surau supaya nak solat nanti.. dah jumpa kita orang pun balik UM...
dalam pukul 6.30 saya, farah ain, tiqah, akilah bertolak ke Hotel Summit dan ade sebuah kereta yg ikut sama-same..
Jem teruk jugak ambik masa 45 minit baru sampai masjid, lepas solat @ bersiap kita gi Summit ikut jalan belakang..nasib baik ade parking kat aras B2..







Makan malam ni.. memang okey la.. kat sini nak cakap komen sikit la..
1) Pasal tempat solat, kalu boleh untuk tahun yg seterusnya minta tempat solat yg besar sikit..
2) Pasal makanan, tak berapa kenyang, entah rasa masih ade ruang yg banyak.. kalu tahun lepas sampai tak larat nak makan..rasa makanan tak berapa best, terlebih masam.. sayur keras susah nak pepak..
3) Pasal alatan, harap lebih peka.. ade PELAYAN guna JAR CALSBERG untuk isi air sblm tuang dalam gelas kita orang.. itu memualkan rasa nak makan & minum.. pada saya ini menimbulkan rasa kurang senang la..


YANG LAIN TAK DE PAPE KOT.. THANKs FOR GREAt NIGHt...

Khamis, 26 Februari 2009

" Tanpa Iman vs Dgn Iman"

SAHABAT,
Dasar tarbiyah kita ialah menghubungkan hati dengan Allah sebagai Rabb dan Ilah, dalam rupa bentuk yang dikehendaki oleh Allah. Dasar ini perlu bertapak kukuh di hati kita krn kita memerlukannya pada setiap masa dan keadaan. Yang paling kita takut diatas dunia ini ialah tercabutnya dasar ini dari hati kita. Kata-Kata As-Syahid Sayyid Qutub:

“ IMAN ITULAH DASAR KEHIDUPAN YANG AGUNG”

Manusia tanpa iman ialah manusia yang kerdil dan kecil
Manusia tanpa iman ialah manusia yang rendah dan dangkal cita-citanya
Manuisa tanpa iman ialah manusia yang sempit dan perit kehidupannya
Manusia tanpa iman ialah manusia yang pendek dan dekat matlamatnya

Manusia dengan iman ialah manusia yang hebat dan besar
Manusia dengan iman ialah manusia yang tinggi dan jauh cita-citanya
Manusia dengan iman ialah manusia yang luas dan aman hidupnya
Manusia dengan iman ialah manusia yang panjang dan jauh matlamatnya

" Hari Selasa Gi 6 kolej"





TANGISAN GAZA..

KEAMANAN YANG DIRAMPAS..
KESAYUAN HATI YANG MERINTIH..
KESABARAN MENANTI DOA DIMAKBULKAN ALLAH YANG MAHA ESA..


Mengapa Perlu Kita Terus Berjuang Untuk Palestin??
1) Merupakan kota suci para nabi sebelum kelahiran Rasulullah saw
2) Bumi ini adalah warisan para nabi yang diamanahkan kepada Rasulullah saw dan juga kaum Munlimin
3) kota yang menjadi bukti Rasulullah di Isakkan dan di Mikrajkan ke langit
4) kiblat pertama dan masjid suci yang ketiga
tanah wakaf bagi kaum muslimin
5) peristiwa Akhir zaman akan berlaku di cini di mana Orang Islam Akan Kembali Menakluk Palestin..



ERTI HARGA SEBUAH PERJUANGAN

PERJUANGAN ITU GERUN & MENGERIKAN
HEBAT DAN DASYAT MENGGERUN HATI
BAGI MUKMIN DI SINI HARGA & NILAINYA

PERJUANGAN ITU BAGAI SAMPAN DI LAUT
DI ATAS LAPANG TIADA PERLINDUNGAN
DIBAWA AIR MELAMBUNG & MENGGUNUNG
MENOKAH GELOMBANG YANG DATANG MELANDA
KIRI KANAN DEPAN DAN BELAKANG
ANGIN YANG MENDERU TIDAK TAHU BILA DATANG
HUJAN BADAI YANG DATANG MENYERANG
BAK SINGA LAPAR YANG GARANG

KADANG-KALA TERDAMPAR DI BATU KARANG
PENUMPANG MENERIMA NASIB BERLAINAN
ADA YG JATUH ADA YG TENGGELAM
YG PANDAI BERENANG BERPAUT KE SAMPAN
ADA YG BERENANG KE TEPIAN
SEKALI LAGI DIA MELAYAR SAMPAN
WALAU PELAYARAN MUNGKIN TIDAK BERJAYA
NAMUN HARAPNYA HANYA PADA YANG ESA..

"CINTA HAMBA PADA ALLAH"



Kita hanya pandai berkata-kata bahawa kita Cinta akan Allah, Tapi ingat yang membenarkan kata tersebut ialah perbuatan kita, amalan kita… Tu orang kata sedap mulut je cakap tapi tak leh harap…

Tanpa CINTA hidup MaNuSia akan gersang, di ibaratkan hati itu umpama mati macm mayat..

Tapi Apabila kita rasa cinta, dan rasa itu semakin besar/kuat, umpama nadi yang berdenyut dengan laju..
Manusia cinta akan harta, harta akan hancur & binasa…
Manusia cinta akan pangkat.. pangkat akan berganti..
Manusia (lelaki @ perempuan) cinta akan lelaki @perempuan yg bukan muhrim selalunya akan berakhir dengan tragedi.. kalu bukan kerana Allah maka Sia-sia..Buat habih duit, masa, minyak dll..

Okey, berbincara perkara Cinta memang begitu rumit lagi pelik tetapi kita akan focus kepada CINTA YANG HALAL ..tetang mereka yang mencintai harta; tapi kita tahukan harta itu pun datang dari ALLAh jugak..
Kita tahu cinta kepada hak benda yang haram @ maksiat memang tak dibolehkan kan??
Tapi kat sini ada jugak cinta yang hak halal tetapi tak boleh melebihi Allah.. kita kena tahu lah..

Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 24:
Katakanlah, “Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khawatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat kamu tinggal yang kamu sukai LEBIH CINTAMU DARIPADA ALLAH dan Rasul-Nya serta berJihad di jalan-Nya, Maka tunggulah sampai ALLAH memberikan keputusan-Nya” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.


Kalu kita nak tgok kat ayat atas ada 8 jenis rasa cinta, dari satu sisi timbangan dan satu lagi sisinya begitulah rasa cinta pada ALLAH. Kemudian jika di timbang kan kiranya timbang-timbang tgok-tengaok yang mana lebih berat adakah kita cinta pada yg 8 tu (conth: perniagaan bagi saya pelajaran la.. kan) lebih berat @ cinta pada ALLAh lebih berat. Maka walaupun sebesar rambut atau atom maka bersiap lah menunggu apa yang kita bakal perolehi.

Allah berfirman “ Dan Allah tidak akan member petunjukkepada orang-orang fasik” iaitu yang lebih mencintai yg 8 tu dari Allah..Nauzubillah..

Meski pun hukum yang 8 perkara tadi tu, adalah hukum dia HARUS betul tak?
Contoh cinta kepada ibu bapa, dlm hadith kita di suruh buat baik kepada ibu bapa, tapi walaupun huku dia HARUS tapi kita tak boleh cinta lebih selain ALLAH..

Tapi Allah tegaskan jugak tak suruh kita tinggalkan seruan untk kita cinta perkara 8 diatas tapi ALLAh kata untuk membandingkan..Allah tak cakap kita mencintainya lalu Selesai..tapi dia menginginkan agar kita mampu membezakan di antara kejujuan dan kebohongan yg kita lakukan.. maka kita reungi 8 hal ini, satu demi satu lalu kita melihat apakah itu memang untuk kita atau ALLAh.
Jadika kalu kita nak tengok kita cinta dak dekat Allah kita tengok waktu solat kita, adakah di awal waktu?

Sebenarnyakan ayat di atas menyindir orang muslim, orang mukmin lah setiap mukmin. Kalu boleh kita tak nak cakap cinta kat ALLAH melalui ucapan saje kita nak juga laksana melalui perbuatan.

Rujuk Buku Hati Sebening Mata Air

Selasa, 24 Februari 2009

# Apakah Sifat2 Lelaki yg menjadi IDAMAN WANITA? #



Bunyi perkataan pun "Idam" siapa yg selalu mengidam ni...???
yg mengidam ni orang pompuan yg tengah mengandung..
~benda yg selalu kita idam tak semestinya kita dapat~

Jadilah @ Carilah pasangan yg realistik..
Kalu nak ustaz kita kena Jadi Ustazah dulu...
Kalu nak Hafiz.. kena jadi Hafizah dulu..
sebelum dapat pasangan yang baik, baikkan diri dahulu..
kalu diri kurang baik.. So, jawabnya LELAKI IDAMAN TINGGAL IDAM JE...

Menimum requiment:
1) Lelaki yg bertanggungjawab carring, boleh sabar & kurang Egonya
2) Melihat pada situasi sekarang - rata-rata wanita inginkan lelaki yg berpekerjaan.
3) Agama yg boleh membimbing.
4) Sifat redha dan syukur menyempurnakan pasangan kita..
5) Orang perempuan tengok lelaki yg kemas penampilannya; rupa orang pompuan tak kisah sangat asal sedap mata memandang.

P/s: Kalu saya, saya nak Suami kalu boleh surah dlm AL-QURAN dia hafal lebih dari saya, boeh masuk dapur sikit-sikit, hormat orang, suka kanak-kanak & suka bersukan... selain dari menimum requiment di atas...hehe... memilih pulak...
NAK JADI TEMAN HIDUP MESTI KENA PILIH Maa...

Sabtu, 21 Februari 2009

**Kami MaiN FUtSaL**







hari Sabtu hari tu 21/2/09 ade perlawanan futsal UM,
terserempak dengan Ashraf Muslim yg main basket.. dapat bergambar..
Team yg lain Jgn Jelous.. hehehe





Kita orang team baru.. baru je berlatih tak sampai 1 month..
Habis semua sakit kaki.. ape lagi balik REHAt JE LAH...

Jumaat, 20 Februari 2009

~ Cara Pembatalan Iman ~

Ade 4 batas utama yg menjadikan terbatalnya iman seseorang tu

1) Mengingkari @ mencela sifat RUBUBIYYAH ALLAH.
2) Mengingkari & mencela nama-nama ALLAH serta sifat-sfatnya.
3) Mengingkari @ mencela sifat ULUHIYYAH ALLAH
4) Mengingkari @ mencela Rasululah, kerasulannya dan apa yg dibawanya dalam bentuk syari'at atau lain-lain

keempat-empat perkara tersebut berlaku dengan I'tiqad, perkataan dan perbuatan di mana sesiapa sahaja yg melakukannya maka terbatallah imannya dan keluarlah is drpd ISLAM dan SYAHADAHNYA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Music

ME..