Khamis, 10 September 2009

Nuzul Al-Quran 17, 21 ke 24 ramadhan?



Assalamu'alaikum,
tazkirah di sampaikan oleh Mohd. Rizal Azizan..aka Mat Rizal





"orang beriman tidak pandang ibadah yg diturunkan oleh Allah swt dari segi logik akal fikiran sbb mereka faham akan ibadah yg disuruh itu bertujuan untk menguji sama ade kita taat atau kita ingkar perintahNya"

pada pandangan sahabat bila Al-Quran diturunkan lebihke arah 24 ramadhan, tp bg org islam tarikh ni tak penting, yg penting kita tahu fakta mengatakan bahawa Al-Quran diturunkan dalam bulan Ramadhan pada Mlm Al-Qadr.


Al-Quran
  • kitab bersama bg semua orang yg beragama Islam
  • boleh menjadi peguam bela kepada kita dan juga pendakwaraya di hadapan Allah bila amal kita dihitung
  • perkataan Allah; bukan makhluk
  • yg merupakan mukjizat maknawi- dimana ita dpt tok laras bahasa yg amat baik, bahkan Allah mencabar utk buktikan sama ade Al-Quran ini ade kesalahan.. sama de dr pelbagai sudut.. tapi ternyata kita tak dapat jumpa..
Tanggungjawab terhadap Al-Quran:
  1. Baca Al-Quran- walaupun dalam keadaan terketar-ketar, kena baca.. kalu buta Al-Quran mcm mana nak baca? so perlu lah belajar pd org yg tahu... Jgn malu walaupun usia kita makin lanjut.. baca dlm bahasa Arab tau.. kalu tak huruf tak dapat sebut dgn betul.
  2. Paham maksud- sambil baca Al-Quran tgok terjemahan
  3. Amal- kena amal walaupun sedikit.. kena istiqamah...
  4. Hafal- kita kena hafal Al-Quran sbb Allah dah kata jika berlaku kehilangan semua ayat dlm Al-Quran atas muka bumi ni.. masih ade simpanan Al-quran dlm dada org yg menghafalnya...
  5. Sebarkan..- perlu sebarkan kpd orang ramai sbg paringatan..

Rabu, 9 September 2009

:-: BaJu RaYa :-:



Assalamualaikum,
Sebelah kiri baju utk adik Aimi dan sebelah kanan utk adik Alyani yang kat tengah tu saya punya..




Muhasabah Ramadhan

Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah
Ada maksud murni yang lebih hakiki

Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah semuanya telah dimiliki

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyinkap hijab antara hamba dengan Illahi

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih di tahap lama

Lalu muhasabah di hujung Ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dankukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara

Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah ita hamba Illahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan padaNya segala takdir

Isnin, 7 September 2009

:-: Ia MenanTi PemBebaSaN ! :-:



Melihat Surat Khabar dan laman-laman web mengenai berita dr sahabat kita di palestin sayu rasa hati ni..
Kita puasa makan sedap-sedap masa berbuka.. Apa yg sahabat kita makan?

Hampir dapat dipastikan bahawa 11 ribu tahanan Palestin yang kini memnuhi penjara-penjara Israel sedang menapaki hari-hari Ramadhan mereka dengan penuh penderitaan.Salah seorang tahanan yang telah dibebaskan telah menceritakan kepada Aljazeera, pada Rabu (2/9), berkaitan pengalamannya di Penjara padang pasir Naqb. Ia mengatakan, di bulan Ramadhan para tahanan semuanya berkumpul dalam satu hidangan di halaman penjara, lalu mereka berjamaah menunaikan solat Tarawih.

sekitar 200 ,000 ribu jamaah memenuhi Masjid Al-Aqsa pada pelaksanaan solat Jumaat kedua di Bulan Ramadan kali ini. Mereka datang dari Al-Quds dan sekitarnya, kawasan Palestin Tahun 1948 serta dari Tebing Barat, samada yang muda mahupun yang sudah berusia lanjut.

“Sejak Jumaat Subuh sebahagian bangunan Masjid Al-Aqsa telah dipenuhi jamaah solat, dimana di bahagian depan dan wilayah Masjarah dari arah barat dan timur dipenuhi jamaah laki-laki. Sementara bahagian selatan, selatan Qubbah Shakhrah, dan wilayah Masyajarh dari arah barat daya Al-Aqsa dipenuhi oleh jamaah wanita ditambah lagi dengan ribuan lainnya yang solat di bawah hangatan matahari,”


Khamis, 3 September 2009

*Buka PoSa dGn RooMate*

Salam...
















kat floor & depan bilik..







Lauk yg dipesan...






Jom Kita tangkap gambar lu..


Ape pandang2 ade Utang ker?

Isnin, 31 Ogos 2009

Accident Moto

Assalamu'alaikum,

Hari jumaat yg lepas berbuka puasa di rumah sahabat. nak pegi rumah diaorang dapat lah pinjam moto dr salah seorang yg tinggal kat rumah tu, katanya dia ada program kat API so, nanti dia boleh balik dgn kawan... kita pun dgn senang hatinya pinjamlah..

Al-kisah dalam perjalanan sampai selamat alhamdulillah, tp bila dah sampai nak parking moto jadinya sedikit kemalangan..





dah turun dari moto just nak parkng bagi cantik skit.. tanpa sengaja terpulas minyak rupanya tak free gear lagi.. alamatnya melambunglah moto tersebut.. dan saya jatuh tersungkur ke belakang..
dapat lah lebam kat bwh dagu sebab terhentak dgn handel moto..

Nilah pertama kali bawa moto setelah 3 tahun dapat lesen.. sebab kat rumah tak de moto ade keta je.. membuatkan rase serik nak bawa moto..

Sabtu, 29 Ogos 2009

~JgN JaDi Mcm RoBoT~


Sahabat saya cakap kita ni di bulam puasa ni Jgn Jadi macm Robot...
Org bagn sahur kita bgun sahur, lepas tu puasa, mlm tarawih.. lepastu esok nya ulang benda yg sama, ini membuatkan kita solat-olah telah di programkan.

Perlu ada matlamat bagi orang yg berpuasa kenapa? sebab kalu orang yg tak de matlamat kalu dia rasa dia nak puasa dia puasa kalu dia tak nak tak yah puasa @ pada awal ramadhan bukan main semangat situasi ni kita dapat lihat sendiri dalam masyarakat kita..
Awal2 puasa kita tgok surau penuh je.. tapi masa last-last...
patutnya makin dekat akhir ramadhan makin bertambah ramai, tapi tak pe lah mungkin dia kiam kat rumah. kita perlu ada matlamat yg benar.


1) Hati harus mengharap rahmat Allah= selah-olah kita nak cari rahmat Allah pada setiap malam kalu lah kita tahu kan fadhilat ramadhan kita tak akan persiakan masa walaupun sekejap.

2)Mengharapkan ampunan Allah ke atas dosa-dosa kita yg lalu, sekarang dan akan datang.

"Sesiapa yang berpuasa dibulan ramadhan dgn keimanan dan ihtisab akan diampunkan segala dosa-dosa yg lalu"
3)Mengharapkan perlindungan dan kebebasan dari api neraka

4)Kita mahu Allah bermegah mengenai kita kpd MalaikatNya


5)Kita mengharapkan shafa'ah

6)Berharap agar dijauhi penyakit rohani


7)Perlaksanaan hukum Allah ke atas keinginan kita


8)Perlaksanaan kesempurnaan akhlak menurut ketetapan Allah




Bayangkan seolah-olah Kamu ni Ahli Neraka dan diberi masa sebulan utk buat baik mesti kita buat sungguh-sungguh tak yea...
Seperti banduan yang mendapat perol dalam masa sebulan.. tentunya kita nak tunjuk bahawa kita ni dah insaf dan dah berubah.

Ramadhan ni lah permulaan kita sebenarnya... fikir-fikirkan dan renung-renungkan kita tk pasti bila Allah nak tarik nyawa kita.. mungkin esok, munkin kejap lagi.. atau mungkin...
So selalulah tanya pada diri kita " kalau Allah tariknya aku ni kejap lagi ni, amal yg aku buat ni cukup tak? amalan yg aku buat ni Allah terima ke tak? "

Selalu lah muhasabah diri, agar kita dapat hampiri TAQWA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Music

ME..