DI RASMI OLEH YANG BERHORMAT DATO' SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN
Mmmm...
nak mula cerita deri mana ek?
Okey, First saya dengan farah ain, gi amik kereta sewa...
dia kasi minyak betul-betul atas 'E' dah menyala pun signel..
apa lagi kita orang pecut cari stesen minyak..
lepas tu cek engine, air, minyak break.. dan angin tayar..
Perjalanan bermula untuk tgok jalan ke Hotel Summit..ambil kurang 30 minit jugak
than kita orang round-round cari masjid @ surau supaya nak solat nanti.. dah jumpa kita orang pun balik UM...
dalam pukul 6.30 saya, farah ain, tiqah, akilah bertolak ke Hotel Summit dan ade sebuah kereta yg ikut sama-same..
Jem teruk jugak ambik masa 45 minit baru sampai masjid, lepas solat @ bersiap kita gi Summit ikut jalan belakang..nasib baik ade parking kat aras B2..
Makan malam ni.. memang okey la.. kat sini nak cakap komen sikit la..
1) Pasal tempat solat, kalu boleh untuk tahun yg seterusnya minta tempat solat yg besar sikit..
2) Pasal makanan, tak berapa kenyang, entah rasa masih ade ruang yg banyak.. kalu tahun lepas sampai tak larat nak makan..rasa makanan tak berapa best, terlebih masam.. sayur keras susah nak pepak..
3) Pasal alatan, harap lebih peka.. ade PELAYAN guna JAR CALSBERG untuk isi air sblm tuang dalam gelas kita orang.. itu memualkan rasa nak makan & minum.. pada saya ini menimbulkan rasa kurang senang la..
YANG LAIN TAK DE PAPE KOT.. THANKs FOR GREAt NIGHt...
"Setiap Orang Yang Berusaha Untuk Meninggikan Kalimah Islam Boleh Menggunakan Segala Yang ada padanya Seperti Harta Benda, Jiwa Raga, Pena (penulisan), dan lidah (dakwah)"- Sayyid Abul 'Ala al-Maududi
Sabtu, 28 Februari 2009
Khamis, 26 Februari 2009
" Tanpa Iman vs Dgn Iman"
SAHABAT,
Dasar tarbiyah kita ialah menghubungkan hati dengan Allah sebagai Rabb dan Ilah, dalam rupa bentuk yang dikehendaki oleh Allah. Dasar ini perlu bertapak kukuh di hati kita krn kita memerlukannya pada setiap masa dan keadaan. Yang paling kita takut diatas dunia ini ialah tercabutnya dasar ini dari hati kita. Kata-Kata As-Syahid Sayyid Qutub:
“ IMAN ITULAH DASAR KEHIDUPAN YANG AGUNG”
Manusia tanpa iman ialah manusia yang kerdil dan kecil
Manusia tanpa iman ialah manusia yang rendah dan dangkal cita-citanya
Manuisa tanpa iman ialah manusia yang sempit dan perit kehidupannya
Manusia tanpa iman ialah manusia yang pendek dan dekat matlamatnya
Manusia dengan iman ialah manusia yang hebat dan besar
Manusia dengan iman ialah manusia yang tinggi dan jauh cita-citanya
Manusia dengan iman ialah manusia yang luas dan aman hidupnya
Manusia dengan iman ialah manusia yang panjang dan jauh matlamatnya

" Hari Selasa Gi 6 kolej"
TANGISAN GAZA..
KEAMANAN YANG DIRAMPAS..
KESAYUAN HATI YANG MERINTIH..
KESABARAN MENANTI DOA DIMAKBULKAN ALLAH YANG MAHA ESA..
Mengapa Perlu Kita Terus Berjuang Untuk Palestin??
1) Merupakan kota suci para nabi sebelum kelahiran Rasulullah saw
2) Bumi ini adalah warisan para nabi yang diamanahkan kepada Rasulullah saw dan juga kaum Munlimin
3) kota yang menjadi bukti Rasulullah di Isakkan dan di Mikrajkan ke langit
4) kiblat pertama dan masjid suci yang ketiga
tanah wakaf bagi kaum muslimin
5) peristiwa Akhir zaman akan berlaku di cini di mana Orang Islam Akan Kembali Menakluk Palestin..
ERTI HARGA SEBUAH PERJUANGAN
PERJUANGAN ITU GERUN & MENGERIKAN
HEBAT DAN DASYAT MENGGERUN HATI
BAGI MUKMIN DI SINI HARGA & NILAINYA
PERJUANGAN ITU BAGAI SAMPAN DI LAUT
DI ATAS LAPANG TIADA PERLINDUNGAN
DIBAWA AIR MELAMBUNG & MENGGUNUNG
MENOKAH GELOMBANG YANG DATANG MELANDA
KIRI KANAN DEPAN DAN BELAKANG
ANGIN YANG MENDERU TIDAK TAHU BILA DATANG
HUJAN BADAI YANG DATANG MENYERANG
BAK SINGA LAPAR YANG GARANG
KADANG-KALA TERDAMPAR DI BATU KARANG
PENUMPANG MENERIMA NASIB BERLAINAN
ADA YG JATUH ADA YG TENGGELAM
YG PANDAI BERENANG BERPAUT KE SAMPAN
ADA YG BERENANG KE TEPIAN
SEKALI LAGI DIA MELAYAR SAMPAN
WALAU PELAYARAN MUNGKIN TIDAK BERJAYA
NAMUN HARAPNYA HANYA PADA YANG ESA..
"CINTA HAMBA PADA ALLAH"
Kita hanya pandai berkata-kata bahawa kita Cinta akan Allah, Tapi ingat yang membenarkan kata tersebut ialah perbuatan kita, amalan kita… Tu orang kata sedap mulut je cakap tapi tak leh harap…
Tanpa CINTA hidup MaNuSia akan gersang, di ibaratkan hati itu umpama mati macm mayat..
Tapi Apabila kita rasa cinta, dan rasa itu semakin besar/kuat, umpama nadi yang berdenyut dengan laju..
Manusia cinta akan harta, harta akan hancur & binasa…
Manusia cinta akan pangkat.. pangkat akan berganti..
Manusia (lelaki @ perempuan) cinta akan lelaki @perempuan yg bukan muhrim selalunya akan berakhir dengan tragedi.. kalu bukan kerana Allah maka Sia-sia..Buat habih duit, masa, minyak dll..
Okey, berbincara perkara Cinta memang begitu rumit lagi pelik tetapi kita akan focus kepada CINTA YANG HALAL ..tetang mereka yang mencintai harta; tapi kita tahukan harta itu pun datang dari ALLAh jugak..
Kita tahu cinta kepada hak benda yang haram @ maksiat memang tak dibolehkan kan??
Tapi kat sini ada jugak cinta yang hak halal tetapi tak boleh melebihi Allah.. kita kena tahu lah..
Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 24:
Katakanlah, “Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khawatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat kamu tinggal yang kamu sukai LEBIH CINTAMU DARIPADA ALLAH dan Rasul-Nya serta berJihad di jalan-Nya, Maka tunggulah sampai ALLAH memberikan keputusan-Nya” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
Kalu kita nak tgok kat ayat atas ada 8 jenis rasa cinta, dari satu sisi timbangan dan satu lagi sisinya begitulah rasa cinta pada ALLAH. Kemudian jika di timbang kan kiranya timbang-timbang tgok-tengaok yang mana lebih berat adakah kita cinta pada yg 8 tu (conth: perniagaan bagi saya pelajaran la.. kan) lebih berat @ cinta pada ALLAh lebih berat. Maka walaupun sebesar rambut atau atom maka bersiap lah menunggu apa yang kita bakal perolehi.
Allah berfirman “ Dan Allah tidak akan member petunjukkepada orang-orang fasik” iaitu yang lebih mencintai yg 8 tu dari Allah..Nauzubillah..
Meski pun hukum yang 8 perkara tadi tu, adalah hukum dia HARUS betul tak?
Contoh cinta kepada ibu bapa, dlm hadith kita di suruh buat baik kepada ibu bapa, tapi walaupun huku dia HARUS tapi kita tak boleh cinta lebih selain ALLAH..
Tapi Allah tegaskan jugak tak suruh kita tinggalkan seruan untk kita cinta perkara 8 diatas tapi ALLAh kata untuk membandingkan..Allah tak cakap kita mencintainya lalu Selesai..tapi dia menginginkan agar kita mampu membezakan di antara kejujuan dan kebohongan yg kita lakukan.. maka kita reungi 8 hal ini, satu demi satu lalu kita melihat apakah itu memang untuk kita atau ALLAh.
Jadika kalu kita nak tengok kita cinta dak dekat Allah kita tengok waktu solat kita, adakah di awal waktu?
Sebenarnyakan ayat di atas menyindir orang muslim, orang mukmin lah setiap mukmin. Kalu boleh kita tak nak cakap cinta kat ALLAH melalui ucapan saje kita nak juga laksana melalui perbuatan.
Rujuk Buku Hati Sebening Mata Air
Selasa, 24 Februari 2009
# Apakah Sifat2 Lelaki yg menjadi IDAMAN WANITA? #
Bunyi perkataan pun "Idam" siapa yg selalu mengidam ni...???
yg mengidam ni orang pompuan yg tengah mengandung..
~benda yg selalu kita idam tak semestinya kita dapat~
Jadilah @ Carilah pasangan yg realistik..
Kalu nak ustaz kita kena Jadi Ustazah dulu...
Kalu nak Hafiz.. kena jadi Hafizah dulu..
sebelum dapat pasangan yang baik, baikkan diri dahulu..
kalu diri kurang baik.. So, jawabnya LELAKI IDAMAN TINGGAL IDAM JE...
Menimum requiment:
1) Lelaki yg bertanggungjawab carring, boleh sabar & kurang Egonya
2) Melihat pada situasi sekarang - rata-rata wanita inginkan lelaki yg berpekerjaan.
3) Agama yg boleh membimbing.
4) Sifat redha dan syukur menyempurnakan pasangan kita..
5) Orang perempuan tengok lelaki yg kemas penampilannya; rupa orang pompuan tak kisah sangat asal sedap mata memandang.
P/s: Kalu saya, saya nak Suami kalu boleh surah dlm AL-QURAN dia hafal lebih dari saya, boeh masuk dapur sikit-sikit, hormat orang, suka kanak-kanak & suka bersukan... selain dari menimum requiment di atas...hehe... memilih pulak...
NAK JADI TEMAN HIDUP MESTI KENA PILIH Maa...
Sabtu, 21 Februari 2009
**Kami MaiN FUtSaL**
Jumaat, 20 Februari 2009
~ Cara Pembatalan Iman ~
Ade 4 batas utama yg menjadikan terbatalnya iman seseorang tu
1) Mengingkari @ mencela sifat RUBUBIYYAH ALLAH.
2) Mengingkari & mencela nama-nama ALLAH serta sifat-sfatnya.
3) Mengingkari @ mencela sifat ULUHIYYAH ALLAH
4) Mengingkari @ mencela Rasululah, kerasulannya dan apa yg dibawanya dalam bentuk syari'at atau lain-lain
keempat-empat perkara tersebut berlaku dengan I'tiqad, perkataan dan perbuatan di mana sesiapa sahaja yg melakukannya maka terbatallah imannya dan keluarlah is drpd ISLAM dan SYAHADAHNYA.

Khamis, 19 Februari 2009
" Ai Dok Buat Apa? "
Salam..
Minggu ini minggu yang saya sgt sibuk.. dengan Minggu Penghayatan Islam, Latihan Futsal, Test, Assigment dan Program palestin.
Hampir setiap malam ade latihan futsal amat memenatkan..
tapi kita cuba yang terbaik..
Adik perempuan yg baru masuk asrama call semalam, kasihan dekat dia byk barang kene ambik dgn org.. may be orang tu silap ambik agaknya... habis baju kurung, stoking kene kebas.. dari perbualan rasa macam dia tertekan...kita sebagai anak sulung, kakak kena beri sokongan pada adik, DOA supaya Allah beri kekuatan..
Katanya kat asrama sekolah ade bilik air untk form 5, cermin form 5, tempat iron form 5. So, budak-budak yang lain tak leh kacau... APE LA DIA ORANG NI POYO...
lagi pun adik masuk sekolah asrama saya yg dulu, so saya kenal budak-budak form 5 tahun ni...
Nampaknya dia orang ni perlu ditegur...NANTI ADE MASA ALONG GI TENGOK YANI..
JAGA DIRI ELOK-ELOK... BUAT ADIK-ADIK YANG LAIN PUN SAMA...

Selasa, 17 Februari 2009
Isnin, 2 Februari 2009
Buat mawar-mawar mujahidah yang sedang merindui jalan menuju Allah…
اللهم صلى وسلم وبارك على محمد وعلى أله وصحبه إلى يوم الدين
Ketahuilah wahai mawar mujahidah,
Rasulullah s.a.w. dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita. Kehadiran insan ajaib itulah telah memuliakan kita pada saat ini.
Muhammad, kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula dari seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.
Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keterangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.
Bilamana ada perdebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati. Bilamana mendapat tekanan, rintangan serta siksaan, berlaku sabar dan melontarkan doa kasih nan sejati. Firman Allah:
أدع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن
Tahukah dikau mawarku?
Dengan rahmat dan kurnia Ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali. Lalu, terbentuklah masyarakat dan jemaah Islam pertama, jamaah Rasulullah dan para sahabi. Jemaah baru itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’ (orang-orang yang asing) di Mekah, kota kelahiran Baginda sendiri.
Golongan ghuroba’ inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik ummat ini. Mereka tak punya apa-apa, melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji Allah itu pasti! Biarpun sehebat mana rintangan, jalan dakwah dan kebaikan terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.
Mengertilah duhai mawar mujahidah,
Jalan dakwah dan kebaikan inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga Islamlah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Romawi, mencabut jahiliyyah dan kehinaan dari akar umbi.
Sabda Rasulullah s.a.w:
ألا إن الإسلام دائرة فدورا مع الإسلام حيت دار.الا إن السلطان والقرأن سيفترقان فلا تفارقوا الكتاب
‘Ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran.’
Duhai si mawar mujahidah calon bidadari Jannah…
Dalam langkah hidup ini, hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri; iaitulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblisi. Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi, tiada sensitiviti dalam mengotori dan menodai hati.
Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya, masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu di sana , ada perbezaan antara keduanya di alam abadi. Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi Ilahi.
Namun, adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang serius untuk mengadap-Nya? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli redha Allah? Sungguh, manusia lupa saat perjumpaan itu!
Dan kini hai mawar,
Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi ghuroba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya. Oh, adakah kau masih teguh dengan prinsip muslimahmu aduhai si mawar berduri?
Kuingatkan diriku jua kerana aku juga dari kaummu wahai mawar,
Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Nauzubillah!
Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada dalam kebenaran, di atas jalan-Mu. Jangan sesekali Kau menapis kami dari rahmat dan jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri. Amin…
Nukilan Fatimah Syarha Mohd Noordin

~..Pembahagian Tauhid..~
TAUHID TERBAHAGI KEPADA 3:
1. TAUHID RUBUBIYYAH- bererti mempercayai Allah sebagai Rabb atau pencipta dan Penguasa terhadap sesuatu.
Firman Allah swt:(surah Yunus 107)
"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya kecuali DIA. dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi mu, maka tiada yg dpt menolak kurnia-NYA. dia memberikan kebaikan itu kpd sesiapa yg dikehendakinya di antara hamba-hamba-NYA dan dialah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
2.TAUHID ULUHIYYAH- dikenali juga sbg tauhid ibadah, bererti mengi'itikad dan beriman bahawa Allah sahaja yg berhak disembah dan tiada sekutu di dalam penyembahan-NYA.
"Hanya Engkau sahaja (ya Allah) yg kami sembah dan hanya kpd engkau sahajalah kami memohon pertolongan"
3. TAUHID ASMA' WAS SIFAT - iaitu mengi'itikad dan beriman bahawa Allah bersifat degn sifat-sifat kesempurnaan dan Maha Suci dari segala sifat-sifat kekurangan dan kelemahan dan Allah mempunyai nama-nama yg layak degn kebesaran-NYA
"Tiasa sesuatu pun yang sebanding dengan-Nya(DENGAN ZAT-NYA, NAMA-NYADAN SIFAT-NYA)
dan dialah yg mendengar lagi Maha Melihat"(surah asy-syuura:11)

~10 tips memajukan diri~
1. Sediakan waktu khusus untuk membaca, memikirkan dan mengkaji bacaan anda. Bacaan sebaiknya diperluas dari sekadar bidang ilmu atau pekerjaan yang kita lalui semata. Meski hanya satu kata, berusahalah menyerap informasi baru. Sistematikkan cara berfikir dengan aktif, dan ia akan dapat terbentuk melalui bacaan yang terus menerus dan istiqamah. Jangan takut berkorban untuk membeli bahan bacaan yang bermanfaat, wujudkanlah mini library di rumah atau pejabat anda.
2. Khususkan waktu tertentu untuk menyendiri dan merenung sekitar 15 minit sehari. Waktu paling tepat sebelum subuh. Dengan duduk rileks, nafas teratur dan mata terpejam renungkanlah sesuatu tanpa perlu ada ‘judulnya’. Disertai dzikir lebih baik.
3.Pertahankan stamina spiritual anda melalui ibadah yang rutin. Seperti minima qiyammulail 4X seminggu, puasa sunnah 3X sebulan, solat berjamaah, membaca Al Qur’an 5 lembar sehari, dzikir pagi dan petang hari (mathurat) dan sebagainya.
4. Jagalah keadaan fizikal anda dengan makan teratur dan bergizi, istirehat cukup dan aktiviti riadah yang konsisten. Jika pekerjaan anda lebih banyak menggunakan otak, perbanyak protein dan vitamin, khususnya vitamin C. Buah yang paling bagus pengaruhnya terhadap otak adalah epal. Sementara itu, terlalu banyak tidur akan membuat anda mudah mengantuk. 4 jam tidur yang berkualiti sudah cukup bagi orang dewasa. Ketika bangun, bukalah mata perlahan dan jangan bangun terus dari tempat tidur. Biasakanlah berwudhu segera setelah bangun tidur untuk mengembalikan konsentrasi anda. Dada dan bahagian punggung ke belakang adalah bahagian fizikal yang sangat menentukan emosi kita. Push up sangat baik untuk kekuatan dada. Sedang memanah, berkuda dan berenang baik untuk tulang punggung. Amalkan jogging sekitar 4km, sekurang-kurangnya 3kali sehari.
5. Tingkatkan kepekaan emosional anda melalui kegiatan dengan masyarakat, membaca Sastera, novel atau cerpen islamis dan menikmati seni. Ini berguna untuk menghaluskan perasaan.
6. Buatlah perancangan ziarah dan lawatan tarbawi anda. Pastikan program lawatan, bercuti dan ziarah anda tidak sekadar menikmati pemandangan saja. Tentukan apa yang perlu anda ketahui tentang tempat tersebut dari aspek budayanya, ekonomi, sosialnya dan sebagainya. Pengetahuan pun bertambah.
7. Tingkatkan kawalan terhadap fikiran-fikiran yang memenuhi benak anda. Ini kerana, fikiran itulah yang mempengaruhi suasana jiwa dan melahirkan tindakan.
8. Biasakanlah mencatat gagasan-gagasan dan idealisma anda secara teratur. Dengan demikian anda telah melakukan proses pematangan idea. Kerana idea perlu diikat biar tidak lari kemana-mana, sedang memori manusia tidak cukup kuat untuk lama menyimpannya.
9. Biasakan lebih banyak diam dan mendengar daripada bicara. Ini adalah proses analisa. Bicarakan sesuatu hanya yang sudah anda fikirkan terlebih dahulu. Kurangi perkataan-perkataan ‘refleks’ atau hal yang tidak berfaedah atau tidak dalam tahap pengetahuan anda. Elakkan dari menjadi personaliti serba tahu, kerana kelak akan memakan diri.
10. Kawal emosi agar tetap tenang, tidak mudah terpengaruh sanjungan dan kritikan. Biasakan agar emosi anda tidak mudah terlihat melalui wajah, apalagi ucapan atau tangan. Kuasai diri anda, amalkan 3 sikap, sentiasa berlapang dada, sentiasa mengutamakan orang lain dari diri sendiri dan sentiasa bersangka baik.
dipetik dari MAJALAH HALUAN

Ahad, 1 Februari 2009
^^ JaLaN MenuJu ALLAH^^
Aku impkan diriku yg sentiasa Ghairah Bertasbih
Mengadu rinduku kepadaNYA
MengasihiNYA sepanuh Jiwa dan Raga
MencintaiNYA sekuat Hati
Aku impikan diriku yang sentiasa Mengalir air Mata
akibat Rindunya aku kpd Penciptaku
akibat Malunya aku krn sering berbuat Maksiat
akibat Segannya aku kerana sering Menipu
Kecintaan Ku pd NYA
Aku impikan diriku yg Hatinya sentiasa Bergetar
apaila nama Tuhanku disebut
Jantungku berdegup kencang Bila disebut Azabnya
tetapi tenang semula
Bila dicerita Kasih Sayang Nya yg Maha Luas
Aku impikan diriku yg setiap detik mengingatiNYA
akan Nikmatnya yg tidak terhingga
kerna aku tiada apa-apa
Dialah yg Maha Memberi
Aku impikan diriku yg Sentiasa bertawakal kepadaNYA
Yang Maha Mengetahui apa yg baik buatku
Maha Suci dari menzalimiku krn DIA Penciptaku
Yang Penuh dgn kecintaan kpd Makhluknya

^^ SaYur KoBis^^
SAYUR KOBIS ELAKKAN KANSER BOLEH CAYA KE?
ENTAH, TAPI...
Ia dikatakan mampu mencegah dari serangan penyakit kanser.
Mengandungi vitamib A, B1, C dan mineral, kalsium, kalium,
fosfor, sodium dan sulfur.
Peluang 66% tk selamat drpd kanser usus besar jika makan kobis.

"Kes Ajar ke Buli ?"
Salam...
tadi tgok berita tv 3..
ade kes pasal tentera buli budak-budak yg baru masuk..
teruk la..diorang..belasah budak-budak tu..
Ini akan memberikan pandangan yg teruk terhadap tentera..
KALU NAK SANGAT LEPAS GERAM KAT ORANG..
SAYA CADANGKAN ANTAR JE DIORANG GI PALESTIN BANTU LAWAN ZIONIS..
KITA TGOK SAPA YG KENA...

*Laksanakan 4 Perkara*
Sesiapa yg inginkan kematian dgn selamat drpd seksaan,
laksana 4 perkara dan tinggalkan 4 perkara:
LAKSANAKAN:
Banyakkan Bersedekah
Menjaga Solat Lima Waktu
Banyakkan membaca Al-Quran
Banyakkan Bertasbih
TINGGALKAN:
Meninggalkan pendustaan
Meninggalkan pengkhianatan
Meninggalkan sifat adu domba
Meninggalkan sifat membuang air kecing merata-rata

Dalam Sujud Terakhirku
Dalam sujud terakhirku, Ya Allah..
Kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya
agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku
Dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi..
Kumenangis sejadi-jadinya
biar kering air mata
agar basah ladang hati yg gersang
Dalam sujud terakhirku, Ya Rahman..
kulihat semua dosa yg membayangiku
kelam mencengkam jiwa yg lusuh
Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim..
biarkan aku patah dalam cahayaMu
biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
agar aku kembali dalam palukan hidayahMu
Dalam sujud terakhirku
biar aku hirup nafasku sekali lagi
hanya untk menyebut namaMu dan kakasihMu yg Tercinta

Langgan:
Catatan (Atom)