Aku impkan diriku yg sentiasa Ghairah Bertasbih
Mengadu rinduku kepadaNYA
MengasihiNYA sepanuh Jiwa dan Raga
MencintaiNYA sekuat Hati
Aku impikan diriku yang sentiasa Mengalir air Mata
akibat Rindunya aku kpd Penciptaku
akibat Malunya aku krn sering berbuat Maksiat
akibat Segannya aku kerana sering Menipu
Kecintaan Ku pd NYA
Aku impikan diriku yg Hatinya sentiasa Bergetar
apaila nama Tuhanku disebut
Jantungku berdegup kencang Bila disebut Azabnya
tetapi tenang semula
Bila dicerita Kasih Sayang Nya yg Maha Luas
Aku impikan diriku yg setiap detik mengingatiNYA
akan Nikmatnya yg tidak terhingga
kerna aku tiada apa-apa
Dialah yg Maha Memberi
Aku impikan diriku yg Sentiasa bertawakal kepadaNYA
Yang Maha Mengetahui apa yg baik buatku
Maha Suci dari menzalimiku krn DIA Penciptaku
Yang Penuh dgn kecintaan kpd Makhluknya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan