Satu sinaran taufiq dari langit,
Menyingkap hijab di hatiku ini,
Untuk merasai wujudnya Rabbul'alamin,
Jauh di satu sudut,
Terbitnya rasa nikmat,
yang belum pernah diimpikan dulu,
dengan berkat limpah kurniaNya
yang ditentu sudah jadi ketetapan.
Ku rasa,
Satu tenaga baru bangkit,
Memerangi seteru dalaman,
Menghindari musuh luaran,
Tanpa mu Ya Allah,
ku rasa lemah dan jiwa ku kosong
tapi kini berlainan sekali
merasai tuntutan deenul ilahi.
Ku telah ke kanan dan ke kiri
bantuan demi bantuan datang menghampiri
Subhanallah
tanpa aku sedar
butir tangisan mengalir di pipi
rasa sesejuk embun di pagi hari.
Terucap lafaz kalimah syahadah
di depan 3 mata yg menjadi saksi
lafaz di bibir seiring di hati
ku genggam kuat hajat di hati
dalam hidup kalimah agung itu ku hiasi
penghijrahan yang kubra ku anggap pasti
kau dan aku serupa sahaja
walau zahir tampak berbeza
aku dari seorang kafir memeluk ISLAM YANG MULIA
kau dari islam warisan ke ISLAM YG MULIA
hanya usaha dan takwa ukuran Ilahi
Kembali kepadanya dalam keadaan redha-meredhai..
oleh UMMU HUMAIRAH
2 ulasan:
alhamdulillah..hidayah milik semua..=)..siapakah ummu humairah saudara kita 2?
Ummu Humairah tu..
saudara kita jugak..sebab orang yg beragama islam kan bersaudara..
Sahabat umi asma..
Catat Ulasan