"janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan dan bertakwa dan mengadakan islah di antara manusia. dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Al-baqarag;224)
Ibnu Jarir meriwayatkan bahawa sebab turun ayat ini adalah kerana Abu Bakar pernah bersumpah dengan nama Allah untuk tidak memberi nafkah (bantuan) kepada Mishthah krn mishthah turut serta menyebarkan fitnah terhadap anaknya Aisyah r.a dalam peristiwa yang dikenali sebagai HADITSULIFKI. Padahal Mishthah adalah salah seorang kerabat Abu Bakar.Sempena Peristiwa ini maka turun ayat ini dan juga surah An Nur ayat 22:
"Dan janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabatnya. orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Tetapi sesudah sumpah itu dilanggar maka orang yang bersumpah tersebut mestilah membayar denda atau kaffarat iaitu:
1) Memberi makan sepuluh orang miskin atau
2) Memberi pakaian kepada mereka atau
3) Memerdekakan seorang budak (hamba abdi) atau jika tidak sanggup juga
4) Berpuasa selama tiga hari
Penjelasan tentang kaffarat sumpah ini dapat kita lihat dalam firman Allah surah Al-maidah ayat 89
Tiada ulasan:
Catat Ulasan