Selasa, 25 Ogos 2009

SoLat atasi MasaLah TeKanaN

Apabila berdepan dengan masalah, lazimnya kita mengalami masalah tekanan, malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi meringankan tekanan, ada beberapa cara yang boleh dipraktikkan:-

Bersabar dengan segala yang menimpa."Wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang dikehendaki melakukannya" (Luqman:17)

Setiap masalah ada hikmahnya, seperti dapat mengugurkan dosa. Sabda Nabi s.a.w maksudnya:"Tidaklah seorang muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya" (riwayat Al-Bukhari)

Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan, membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Jesteru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.


Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami orang lain. Contoh di Afghanistan, Iraq, Palestin, Dafur dan lain-lain.

Menyedari hakikat, kehidupan tidak lari daripada masalah, cuma bezanya kecil atau besar masalah dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar, cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk berkongsi bersama.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Music

ME..