Sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung (perlis) minggu lepas, Saya[Along] tanya abah mcm mana abah (bidang architecture) masa Universiti dahulu..menyingkap kisah lama zaman student 80-an,
kata abah dia merupakan student yang nakal tapi bila keputusan exam keluar antara student yang cemerlang.. tapi kenapa abah lambat graduate?
kata abah ini semua akibat pergaduh dengan lecturer...
bukan bergaduh apa.. cuma menayakan soalan.. kata abah lecturer melayu zamannya tidak suka apabila pelajar menyoal, umpama mencabar pensyarah katanya..
Pada pemikiran abah bila dah masuk Universiti kita akan dilayan seperti orang dewasa, dimana berkongsi pendapat bertukar-tukar fikiran namun kita perlu hormati pensyarah sebagai orang yg ada Ilmu berbanding kita dan orang yg lebih tua..tapi rupa-rupanya masih dilayan seperti budak sekolah..
Abah ada membaca satu artikel dimana "orang yg tidak bertanya kepada guru dia hanya terima 70% dari ilmu yg sebenarnya ada pada guru terbabit.. Jika nak mendapat selebihnya kena bertanya" so jika ilmu guru terbabit katakan 100% kita hanya memperoleh 70% sampai bila kita tak pandai dr guru kita, mana boleh macam tu..
cerita abah zaman dahulu belum ada kaedah landscape yg menggunakan lampu pada pokok, so abah mengeluarkan cadangan dalam presentation meletakkan lampu di bawah pokok supaya pada waktu malam kelihatan lebih cantik.. Abah dibidas oleh lecturer katanya kelihatan seperti pokok berhantu, umpama meletakkan lampu suluh dibawah dagu.. hihihi.. tapi sekarang kita tgok landscape seperti itu berlambak..
Abah kata yg penting Ilmu yg guru itu nak sampaikan pada kita, walaupun kita tak suka dia atau dia tak suka kita.. Ilmu dia tu yg penting utk kita teruskan kehidupan jadi manusia ni pesan abah.
cerita Abah lagi dia ada kuliah hari sabtu kuliah sepatutnya bermula 4.30Pm tapi tunggu punya tunggu sampai jam 5 batang hidung pun tak nampak.. Abah give up katanya kepada rakan sekuliah "Woi.. aku nak balik la.." kawannya kata lecturer tu akan datang walaupun lewat dan minta abah tunggu.. tapi abah kata dia nak ke Pavilion KL, so kalu lecturer tu tanya cakap "aku gi Pavilion"; esoknya kawan-kawan bg tahu lecturer datang dan tanya pasal abah "Habis la aku.." kata abha dalam hati. Pada kuliah yg seterusnya abah di marah dihadapan semua pelajar dalam dewan kuliah.
L: "Awat awak dah pandai ke sampai tak masuk kelas saya? kalu tau dah pandai kenapa amik kelas saya? bla..bla.."
A: Menahan rasa geram akhirnya abah bersuara "Kita tgok la mcm mana final exam result nanti..." sejak hari itu abah tidak pernah ponteng kuliah lecturer tersebut..
hari berganti hari akhirnya keputusan pun keluar..
L: "Mana Ramon..?" abah bangun dari kerusi..
L:" Kalu kamu nak gi Pavilion pergi lah..." ternyata result abah cemerlang..
saya juga terkenang kisah yg seakan sama berlaku di sekolah sains dahulu;
pada akhir tahun tingkatan empat subjek sejarah mendapat 97 markah tapi pada peperiksaan awal tahu tingkatan 5 saya fail, ini first time subjek sejarah fail..
lalu cikgu Mas masuk ke kelas seolah-olah menyampah melihat aku dan memerli aku katanya "result 97% yg dahulu aku peroleh sbb aku meniru atau hanya kebetulan dan bernasib baik.." tersirap darah kemuka dikata seperti begitu di dalam kelas dihadapan semua kawan-kawan.. akhirnya aku berazam untuk memperbaiki result.. pada exam yg pertengahan tahun aku memperoleh markah yg cemerlang.. Cikgu masuk ke kelas tanpa memandangku dengan perasaan menyampah.. Alhamdulillah..
So, walaupun macam mana keadaan guru kita itu, yg penting Ilmu yg ada padanya yg kita nak ambil. selain itu, tumpuan dalam kuliah, dan bersedia sebelum kuliah supaya dapat tanya soalan pada guru..Abah pesan juga harap-harap anak-anaknya tidak nakal seperti dia sewaktu di kampus dahulu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan