Hati seorang lelaki...
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki...
Jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pasti lurus perananmu sebagai Lelaki!
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki...
Jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pasti lurus perananmu sebagai Lelaki!
Sangat sesuai dibaca oleh setiap muslim yang ingin muhasabah diri/mengkoreksi diri sebagai hamba Allah swt yang soleh dan bertakwa, juga kepada setiap muslim yang ingin meningkatkan tahap darjat kehambaannya kepada Allah swt.
Buku ini meluahkan isi hati seorang lelaki yang sangat wajar dibaca oleh mereka yang bergelar isteri, adik, anak, pelajar dan ibubapa kepada mereka yang bergelar LELAKI. Ia menyelami perasaan dan jiwa seorang lelaki menurut perspektif rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain “gelanggang” juang mereka. Ia ditampilkan dalam bentuk yang sangat santai tetapi mengandungi maksud yang sangat mendalam. Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan.
Sangat-sangat disarankan kepada semua tak kira muslim ataupun muslimah.
Dare to read? Ask your soul! :P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan