Pupuklah progresif dalam jiwamu dan bertindaklah dengan perhitungan yang nyata dan pertimbangan yang matang. Perkayakanlah dirimu dengan meneladan kepada masa yang silam, dimana ada yang rebah dan ada yang bangun, ada yang jatuh terus berdiri kembali. Kamu tidak boleh menjadi penciplak dari angkatan lama, tidak boleh menidakkan segala harga & nilai, jasa & karya dari angkatan lama.
Pandukanlah pengalaman angkatan ama dengan nyala citamu! Sejarah ini telah lama berjalan, bergerak & mengembang. Kamu hanyalah tenaga penyambung menyelesaikan bengkalai yang belum selesai. Kafilah hidup ini ibarat gelombang di lautan, menghempas yang satu, menyusul yang lain, memecah yang pertama datang yang kedua. Insaflah kedaulatanmu sebagai angkaan baru, yg hendak menggantikan manusia tua angkatan lama. tidaklah serupa & sama antara keua angkatan zaman itu, kerana sejarah berjalan sentiasa menurut hukum dinamik & dialektik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan