Sabtu, 27 Februari 2010

:=: Kelebihan berselawat :=:

1. Mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w.
Rujukan :

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "

Nasib kita di akhirat memang tidak pasti. Kalau dilihat pada diri kita umat akhir zaman yang banyak cacat cela dan kekurangan ini, rasa-rasanya kita adalah lebih layak untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga. Oleh itu kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad untuk menolong kita di akhirat nanti.

Syafaat Nabi di akhirat nanti ada 5 jenis

i) Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.

ii) Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.

iii) Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.

iv) Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.

v) Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.

2. Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi s.a.w. (dengan izin Allah jua)
Rujukan :

"Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. "

3. Mendapat keampunan dosa dari Allah.
Rujukan :

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. " Rujukan :

"Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun. "

4. Diberi pahala dari Allah s.w.t.
Rujukan :

"Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku 'Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari ummatmu, Allah s. w. t. mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya."

5. Mendapat ketenangan jiwa
Rujukan :

"Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa dan penghapus dosa) bagimu."

6. Mendapat rahmat dari Allah
Rujukan :

  • Riwayat Muslim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali. "

7. Mendapat hajat dunia dan akhirat.
Rujukan :

  • Riwayat Ibnu Majar dari Jarir r.a. ; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk dunia. "

8. Digembirakan dengan syurga.
Rujukan :

  • Riwayat Abus Syaikh dari Anas r.a: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka dia tidak akan mati sehingga dia digembirakan dengan syurga. "

9. Menjadi orang yang terdekat kepada Nabi s.a.w. di akhirat nanti.
Rujukan :

  • Riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan akupada hari kiamat adalah merekayang lebih banyak berselawat kepadaku"




Khamis, 25 Februari 2010

~My Guitar~


Ini lah guitar saya... ini pun selepas beberapa tahun baru mendapat kebenaran dari Umi nak beli..

Minat kepada alat muzik terutama guitar telah lama sejak darjah 6, memandangkan sekolah redah tak de belajar muzik so, minat hanya sekadar minat je..
Bila dah hampir masuk Universiti baru umi benarkan beli... ade sebabnya, takut anak perempuan sulongnya terjebak dengan kegiatan yang tidak berfaedah dengan keadan dunia sekarang yang penuh dengan dugaan dan cobaan..

Lagi pun tujuan utama sebagai hamba Allah kena dahulukan, menuntut ilmu diwajibkan.. Ilmu muzik ni ilmu jugak, tapi sekadar untuk menghiburkan diri.. sebab umi tahu anaknya yang sorang ni suka bersukan & membaca jika cuaca tidak mengizinkan dan bosan membaca selain aktiviti sampingan (USRAH), anaknya ni kesorangan menyebabkan anak ni (saya), ingin keluar ke pekan @ bandar walaupun kesorangan [hanya Allah dan malaikat sbg pelindung]... dari pada keluar sorang yang kemungkinan besar mendatangkan bahaya umi benarkan beli guitar..

Kawan-kawan selalu tanya jika terserempak dekat pusat beli-belah "asma sorang je? Tak takut ke?" saya selalu menjawab dengan nada ceria "itu tanyanya masih single...takut, apa nak takut Allahkan ada..janji pandai jaga diri"

Saya sebanarnya suka muzik yang perlahan dari classical guitar.. sedap di dengar.. sambil study, kemas bilik ataupun baca terjemahan Al-Quran.. untuk menceriakan suasana bilik jika keseorangan pada mata kasarnya namun hakikatnya Allah always there..

Rabu, 24 Februari 2010

=+= Denyut Kasih Medik =+=

Ilmu-ilmu itu bagaikan binatang liar yang mudah lari jika tidak diikat
dengan tali khas iaitu buku catitan.


Hidup ini tidak boleh lekang drpd belajar & terus belajar dari buaian hingga ke liang lahad.

Hanya angan-angan yang disertai usaha akan menjadi kenyataan.

Sebuah novel yang mengisahkan misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat Islam di hospital ketika bergelar doktor pelatih...

Isu yang di ketengahkan spt menjamakkan solat akibat waktu pembedahan yang panjang sedangkan dia bukan dalam keadaan musafir..

Hukum: Boleh

Dalil Ibn Abbas berkata: "Nabi Muhammad pernah menjamakkan antara Zuhur dan Asar serta antara Maghrib dan Isya' di Madinah bukan sbb musafir dan hujan. Ibn Abbas ditanya: "Mengapa Nabi melakukannya?" Dia menjawab: "Baginda mahu memberi kelapangan kpd umatnya". [Sahih Muslim]

"Kewajipan kita untuk mengetahui tentang agama kita. Perkara ini fardu ain. Walaupun kita kerja dalam bidang yg lain, kita juga tahu soal-soal hukum fiqh..
Bukan golongan ustaz sahaja nak masuk syurga, kita semua pun nak masuk syurga. Jadi ilmu fardu ain ni bukan ustaz sahaja kena pandai kita pun kena pandai juga.."

-SELAMAT MEMBACA-

Isnin, 22 Februari 2010

** You Are Responsible For Your Life **


Get a good education.. "If you grow up a bully and that works that's what you do. If you're the class clown and that works, that's what you do. I was always the smartest kid in class and that worked for me-by third grade I had it figured out so I was the one who would read the assignment early and turn the paper in a head of time. That makes everyone else hate you, but that's what worked for me" [OPRAH]

For to save ourselves, We must educate ourselves

5 Important lessons made life better:
  • Life is a journey. Everyday experiences will teach you who you really are.
  • When people show you who they are believe them the first time. This is especially helpful with men. Don't force them to beat you over the head with the message.
  • Turn your wounds into wisdom. Everyone makes mistake. They are just God's way of telling you, you're moving in the wrong direction.
  • Be grateful. Keep a daily journal of the things you are thankful for. It will keep you focused on the abundance in your life.
  • Create the highest grandest vision possible for you life because you become what you belive.

Ahad, 21 Februari 2010

DETIK KEMATIAN - (In-Team)



Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya Allah yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dah kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhéla lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

Lagu : Frizdan
Lirik : Frizdan
HAKCIPTA : IN-TEAM RECORDS S.B.

~Abah Berpesan~

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung (perlis) minggu lepas, Saya[Along] tanya abah mcm mana abah (bidang architecture) masa Universiti dahulu..menyingkap kisah lama zaman student 80-an,

kata abah dia merupakan student yang nakal tapi bila keputusan exam keluar antara student yang cemerlang.. tapi kenapa abah lambat graduate?
kata abah ini semua akibat pergaduh dengan lecturer...
bukan bergaduh apa.. cuma menayakan soalan.. kata abah lecturer melayu zamannya tidak suka apabila pelajar menyoal, umpama mencabar pensyarah katanya..
Pada pemikiran abah bila dah masuk Universiti kita akan dilayan seperti orang dewasa, dimana berkongsi pendapat bertukar-tukar fikiran namun kita perlu hormati pensyarah sebagai orang yg ada Ilmu berbanding kita dan orang yg lebih tua..tapi rupa-rupanya masih dilayan seperti budak sekolah..
Abah ada membaca satu artikel dimana "orang yg tidak bertanya kepada guru dia hanya terima 70% dari ilmu yg sebenarnya ada pada guru terbabit.. Jika nak mendapat selebihnya kena bertanya" so jika ilmu guru terbabit katakan 100% kita hanya memperoleh 70% sampai bila kita tak pandai dr guru kita, mana boleh macam tu..

cerita abah zaman dahulu belum ada kaedah landscape yg menggunakan lampu pada pokok, so abah mengeluarkan cadangan dalam presentation meletakkan lampu di bawah pokok supaya pada waktu malam kelihatan lebih cantik.. Abah dibidas oleh lecturer katanya kelihatan seperti pokok berhantu, umpama meletakkan lampu suluh dibawah dagu.. hihihi.. tapi sekarang kita tgok landscape seperti itu berlambak..

Abah kata yg penting Ilmu yg guru itu nak sampaikan pada kita, walaupun kita tak suka dia atau dia tak suka kita.. Ilmu dia tu yg penting utk kita teruskan kehidupan jadi manusia ni pesan abah.

cerita Abah lagi dia ada kuliah hari sabtu kuliah sepatutnya bermula 4.30Pm tapi tunggu punya tunggu sampai jam 5 batang hidung pun tak nampak.. Abah give up katanya kepada rakan sekuliah "Woi.. aku nak balik la.." kawannya kata lecturer tu akan datang walaupun lewat dan minta abah tunggu.. tapi abah kata dia nak ke Pavilion KL, so kalu lecturer tu tanya cakap "aku gi Pavilion"; esoknya kawan-kawan bg tahu lecturer datang dan tanya pasal abah "Habis la aku.." kata abha dalam hati. Pada kuliah yg seterusnya abah di marah dihadapan semua pelajar dalam dewan kuliah.

L: "Awat awak dah pandai ke sampai tak masuk kelas saya? kalu tau dah pandai kenapa amik kelas saya? bla..bla.."
A: Menahan rasa geram akhirnya abah bersuara "Kita tgok la mcm mana final exam result nanti..." sejak hari itu abah tidak pernah ponteng kuliah lecturer tersebut..
hari berganti hari akhirnya keputusan pun keluar..
L: "Mana Ramon..?" abah bangun dari kerusi..
L:" Kalu kamu nak gi Pavilion pergi lah..." ternyata result abah cemerlang..

saya juga terkenang kisah yg seakan sama berlaku di sekolah sains dahulu;
pada akhir tahun tingkatan empat subjek sejarah mendapat 97 markah tapi pada peperiksaan awal tahu tingkatan 5 saya fail, ini first time subjek sejarah fail..
lalu cikgu Mas masuk ke kelas seolah-olah menyampah melihat aku dan memerli aku katanya "result 97% yg dahulu aku peroleh sbb aku meniru atau hanya kebetulan dan bernasib baik.." tersirap darah kemuka dikata seperti begitu di dalam kelas dihadapan semua kawan-kawan.. akhirnya aku berazam untuk memperbaiki result.. pada exam yg pertengahan tahun aku memperoleh markah yg cemerlang.. Cikgu masuk ke kelas tanpa memandangku dengan perasaan menyampah.. Alhamdulillah..

So, walaupun macam mana keadaan guru kita itu, yg penting Ilmu yg ada padanya yg kita nak ambil. selain itu, tumpuan dalam kuliah, dan bersedia sebelum kuliah supaya dapat tanya soalan pada guru..Abah pesan juga harap-harap anak-anaknya tidak nakal seperti dia sewaktu di kampus dahulu..

Sabtu, 20 Februari 2010

:+: JaLaN MenuJu CINTA :+:

Rasa cinta kasih kita kpd orang lain dan cinta kasih mereka terhadap kita sangat mahal harganya. MENGAPA?

sbb ALLAH telah mengatakan bhw siapa yg mencintai manusia, maka ALLAH mencintainya.
Kita tahu, manusia adalah makhluk sosial. Hidup manusia tidak terlepas dari interaksi dgn manusia lain, yg didasari prinsip "Take & Give"...
Tidak akan lahir suatu peradaban apabila tidak didasari oleh asas kerjasama antara manusia. termasuklah peradaban yg kita warisi saat ini yg tidak putus dr dulu hingga sekarang.

BAGAIMANA?

caranya adalah dgn membangun sistem kerjasama melalui metode "bersatu"
Kita miliki AL-QURAN, Sunnah dan riwayat yg disampaikan oleh para sahabat. selain itu, kita juga ada khazanah contoh dan teladan yg kita peroleh dari perjalanan hidup para tabi'in.

"Tahukah anda bhw orang yg suka bermasyarakat & peka dgn rasa cinta kasih serta mudah menerima orang lain, maka kekebalan tubuhnya terhadap penyakit akan bertambah, lebih tinggi dari orang yg egois & suka menyendiri"
  • Awali dgn ucapan Salam
"Tidaklah kalian masuk syurga hingga kalian beriman. Dan tidaklah kalian beriman hingga saling mencintai. Mahu kah kalian aku tunjukkan satu amalan yg ika kalian kerjakan niscaya kalian akan saling mencintai? Tebarkanlah salam di antara kalian" [HR. Muslim]

Khamis, 11 Februari 2010

~ BagaiMana Disukai SemuA OranG ~


"Jadikan diri Anda sebagai 'gula pertama' untuk menarik rasa simpati dan rasa cinta orang kepada Anda!" [Ibnu Qayyim al-Jauziyah]

Dalam Ma'tsurat al Hukmi disebutkan, "Langkah pertama dalam berteman adalah perkenalan, kemudian menyukai. Setelah itu bersatu, baru kemudian bergaul. Kemudian muncul rasa cinta yang dilanjutkan dengan rasa persaudaraan (ukhwah)"

Yahya bin Khalid al-Barmaki pernah berkata "Jika Anda menyukai seseorang tanpa suatu sebab tertentu, maka cariah kebaikannya. Dan apabila Anda membenci seseorang tanpa sebab tertentu, maka jauhi kejahatannya"

Rasa suka atau cinta disini adalah "kunci Sihir" bagi kebaikan dan kebajikan, kunci ini dapat membuka pintu-pintu yg lain yg dapat menghantar Anda kepada pintu persaudaraan. Dan "persaudaraan" itu merupakan tahap yg paling tinggi dalam interaksi seorang manusia dengan manusia yg lain..
Jelaslah bahawa cinta atau suka merupakan anugerah Ilahi. Cinta itu bercampur dalam segala sifat-sifat terpuji yg telah diberikan Allah pada kita. "Pergaulilah orang-orang mukmin dengan Hatimu & pergaulilah orang yg bejat (berdosa) dgn Akhlakmu" [Ali bin Abi Thalib r.a.]

"Tidaklah dua orang mukmin itu bersua kecuali Allah menadikan salah satu diantaranya memberi kebaikan kepada yang lain"

Selasa, 9 Februari 2010

"Gugusan Kisah Tarbiah Seorang Anak, Suami, Ayah & Da'i"

Hati seorang lelaki...
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki...
Jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pasti lurus perananmu sebagai Lelaki!

Sangat sesuai dibaca oleh setiap muslim yang ingin muhasabah diri/mengkoreksi diri sebagai hamba Allah swt yang soleh dan bertakwa, juga kepada setiap muslim yang ingin meningkatkan tahap darjat kehambaannya kepada Allah swt.



Buku ini meluahkan isi hati seorang lelaki yang sangat wajar dibaca oleh mereka yang bergelar isteri, adik, anak, pelajar dan ibubapa kepada mereka yang bergelar LELAKI. Ia menyelami perasaan dan jiwa seorang lelaki menurut perspektif rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain “gelanggang” juang mereka. Ia ditampilkan dalam bentuk yang sangat santai tetapi mengandungi maksud yang sangat mendalam. Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan.
Sangat-sangat disarankan kepada semua tak kira muslim ataupun muslimah.


Dare to read? Ask your soul! :P

Isnin, 8 Februari 2010

Februari Bulan Cinta???


Setiap Hari adalah Hari Kekasih

Kenapa mesti tunggu 14 februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seadainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya?
Bukankah agama kita yang penuh kasih sayang?
Apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari, setiap waktu mahupun setiap detik masa yg berlalu?
Berkasih sayang pada orang yang sepatutnya degn cara yang bersesuaian. Tidak melanggar syarak, tidak melampaui batas. Kasih kepada ibu bapa, keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim. Kasih kepada mereka yang berhak.

katakan TIDAK pada Hari Valentine. Tidak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat ita. Jangan biarkan budaya kuning, hijau, biru atau ape saje warna yang seangkatan dengannya berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prnsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yg sementara, sengsara menanti di hadapan. Bercintalah berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yg beriman kepada-Nya, patuhi suruhanNya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah kekal selamanya...

:=: SajaK RaTuKu:=:




Ratuku

Inginku kuluahkan apa yg sudah lama ingin kuluahkan
Tentang kebimbanganku ini
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah



Ratuku..
Kebimbanganku masih menebal
Apabila kudengar dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu



Ratuku...
Kebimbanganku bertambah lagi
Bila kumelihat bunga yang tak segan silu
Melampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya



Ratuku..
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi
Ratu idaman hatiku
Kerana apa yang kulihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga gugur
Bagaikan tibanya musim luruh



Ratuku...
Bukanlah kuharap kau segigih Siti Hawa
Yang berlari-lari antara Safa dan Marwa
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiah
Menanti kasih di pintu syurga



Ratuku...
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan Aisya bukan juga Rabiatul Adawiyah
Wanita suci terpuji
Kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi sehingga harumannya
Melewati pintu-pintu syurga



Jangan kau risau ratuku..
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu



Ratuku...
Esok musim bunga pasti akan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang kuharapkan ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbu



Ratuku....
Aku bukanlah memandang kecantikanmu
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
Tapi...Bukan itu yang kuharapkan
Aku yakin ratukuMasih ada sinar harapan
Yang bisa membuatku tersenyum legaKerana akan kutemui
Ratu yang benar-benar ratu...

Ahad, 7 Februari 2010

~ The Chosen One ~




In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله

You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One

Isnin, 1 Februari 2010



1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

• Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
• Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
• Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.


2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
• Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
• Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
• Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).


3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

• Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan daie iaitu sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.



4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
• Walaupun kaya, perlu bekerja.
• Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
• Menjauhi riba dalam semua lapangan.
• Menyimpan untuk waktu kesempitan.
• Menjauhi segala bentuk pembaziran.


5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)
• Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
• Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
• Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
• Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.



6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
• Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
• Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan”
• Pesanan al-Banna:
“Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan”




7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

• Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
• Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.



8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
• Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
• Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka “..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.”



9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
• Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
• Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.



10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
• Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
• Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada daie.
• Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
• Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Music

ME..