Selasa, 25 Ogos 2009

SoLat atasi MasaLah TeKanaN

Apabila berdepan dengan masalah, lazimnya kita mengalami masalah tekanan, malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi meringankan tekanan, ada beberapa cara yang boleh dipraktikkan:-

Bersabar dengan segala yang menimpa."Wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang dikehendaki melakukannya" (Luqman:17)

Setiap masalah ada hikmahnya, seperti dapat mengugurkan dosa. Sabda Nabi s.a.w maksudnya:"Tidaklah seorang muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya" (riwayat Al-Bukhari)

Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan, membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Jesteru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.


Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami orang lain. Contoh di Afghanistan, Iraq, Palestin, Dafur dan lain-lain.

Menyedari hakikat, kehidupan tidak lari daripada masalah, cuma bezanya kecil atau besar masalah dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar, cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk berkongsi bersama.

Ahad, 23 Ogos 2009

Berbuka Hari Pertama

Selepas baca doa.. mula berbuka dgn buah tamar dan kuih-muih dahulu... lepas solat maghrib baru kita orang makan Nasi..









Angah tolong kupas buah betik..





Ni lah lauk kita orang sekeluarga makan pada malam tu..
Kuah sup daging, sambal petai & udang,
kari ayam, kerabu perut, sambal belacan,
ikan bakar(ni x de dlm gambar).

Selasa, 18 Ogos 2009

Ramadhan tiba Kembali...




SALAM RAMADHAN BUAT AHLI KELUARGA TERSAYANG DI UTARA TANAH AIR MALAYSIA (PERLIS)
KEPADA ANGAH, ADAM DAN ABAH SELAMAT PULANG KE RUMAH KAMI MENUNGGU KALIAN UNTUK BERSAHUR BERSAMA INSYAALLAH...






Al-Baqarah ayat 224

"janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan dan bertakwa dan mengadakan islah di antara manusia. dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Al-baqarag;224)

Ibnu Jarir meriwayatkan bahawa sebab turun ayat ini adalah kerana Abu Bakar pernah bersumpah dengan nama Allah untuk tidak memberi nafkah (bantuan) kepada Mishthah krn mishthah turut serta menyebarkan fitnah terhadap anaknya Aisyah r.a dalam peristiwa yang dikenali sebagai HADITSULIFKI. Padahal Mishthah adalah salah seorang kerabat Abu Bakar.Sempena Peristiwa ini maka turun ayat ini dan juga surah An Nur ayat 22:

"Dan janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabatnya. orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."



Tetapi sesudah sumpah itu dilanggar maka orang yang bersumpah tersebut mestilah membayar denda atau kaffarat iaitu:

1) Memberi makan sepuluh orang miskin atau
2) Memberi pakaian kepada mereka atau
3) Memerdekakan seorang budak (hamba abdi) atau jika tidak sanggup juga
4) Berpuasa selama tiga hari

Penjelasan tentang kaffarat sumpah ini dapat kita lihat dalam firman Allah surah Al-maidah ayat 89

Ahad, 9 Ogos 2009

~Jalan2 Petrosains~


ME & Akilah





Farah Ain & Akilah







Salam...
Hari sabtu haritu gi jalan-jalan kat petrosains KLCC..


Teman Kawan buat kajian (Pendidikan kanak-kanak)...

Boleh tahan jugak tempatnya..

Khamis, 6 Ogos 2009

<<>>


We Celebrate Your Life

Of all the men in the whole wide world,
Whose praises are sung out loud,
There is no man whom I respect more,
Or of whom I am more proud.

Throughout the years, you’ve worked so hard
To provide us a happy life;
You’ve been there to help and give advice,
And you did it all without strife.

That is why on this day each year,
I pray all your wishes come true;
Today we celebrate your life,
So Dad, Happy Birthday to you.

By Karl and Joanna Fuchs

Ahad, 2 Ogos 2009

**21 Tips BaGi yG SukaR Solat SUBUH**




> Tidur lebih awal
> Bersungguh-sungguh dalam bersucidan berzikir sblm tidur
> Tekad utk bgun Solat Subuh
> Berzikir kpd Allah ketika bgun
> Minta bantuan keluarga atau orang-orang soleh utk bgun solat
> Berdoa kpd Allah agar diberi taufik utk bgun solat
> Menggunakan Saranan-saranan Peringatan
> Memercik air diwajah orang yg Tidur
> Tidak tdur sendirian
> Tidak tidur jauh dr tempat orang lain
> Keinginan kuat utk bangun dan jangan bangun secara bertahap
> Jangan kunci jan loceng terlalu jauh dr waktu solat subuh
> menyalakan lampu saat bangun
> Tidak berjaga malam terlalu lama
> Tidak memperbanyakkan makan sebelum tidur
> Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar
> Mengerjakan Qiamul lail di waktu terakhir sebelum subuh
> mengikut Petunjk Nabi dalam cara berbaring saat tidur
> Tidur di siang hari(Qailulah)
> Jangan tidur setelah solat asar dan sesudah maghrib
> ikhlas krn Allah





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Music

ME..