Khamis, 30 Disember 2010

"Nikmat Malam"



Waktu malam sering dianggap waktu yang menakutkan dan menyeramkan. Namun, di sebalik kegalapan dan kesunyian itu, terhimpun banyak kekuatan dan nilai-nilai rohani.
Kegelapan malam mampu menghidupkan hati yang mati dan menumbuhkan kecintaan kepada ALLAH... kenyataan Rasulullah spt yang direkodkan oleh Baihaqi:

"ALLAH menyukai perempuan yang mengerjakan solat di sudut rumahnya yang paling gelap"

Sirri as-Saqati berkata "Aku melihat beberapa manfaat itu datang pada gelapnya malam"

Muhasabah dilakukan seorang diri, bukan secara beramai-ramai, muhasabah yang berkesan adalah yang dilakukan secara secdiri iaitu dalam keheningan malam.

ALLAH menurunkan wahyu kepada Nabi Daud:

" Suatu yang bohong bagi orang yang mengaku mencintaiku, tetapi ketika malam sudah gelap, dia tertidur meninggalkanku. Bukankah setiap kekasih itu suka bertemu dengan kekasihnya? Ingatlah, aku sentiasa ada bagi orang yang mencariku"


Dahsyatnya Qiamullail menyingkap rahsia di sebalik kedahsyatan hikmah, keberkatan dan kemuliaan yang diberikan Allah pada waktu malam khususnya bagi umat Islam...

Rabu, 29 Disember 2010

Put Your Trust in Allah (swt)




May Allah (swt) ease all of your hardships and protect you from all forms of evil.

Allah (swt) said, "..Those who endure with patience will be rewarded without measure." (Quran 39:10)

Isnin, 27 Disember 2010

Jejak Kasih & Rehlah Keluarga...

Pada hujung minggu yang lalu kami sekeluarga ke YAN kedah, untuk menjejak kembali pengasuh @ penjaga saya semasa saya kecil hingga darjah 6... kami terputus hubungan selama kira-kira 7 tahun... alhamdulillah makcik Naimah masih tinggal di rumah lamanya...

















Kemudian Kami ke titi tinggi satu tempat rekreasi yang terletak berhampiran dengan kaki gunung jerai... Riadhah keluarga... semua orang gembira dan ceria Insyaallah... [^_^]..






" Selerakan Dapur "




Pada jumaat yang lepas bersama adik-adik masuk ke dapur.. menjalankan operasi memasak makaroni bakar & ape-ape yang rasa nak masak.. Alhamdulillah ini lah hasilnya walaupun dapur dah macam tongkang pecah... tapi jagan risau, sebelum umi balik kerja kitaorang dah kemaskan dah... (^_^)





Jumaat, 17 Disember 2010

How Ruben (Abu Bakr) Became a Muslim




MashaAllah

beautiful story I couldn't help but crying when he mentioned the Verse from Qur'an about Signs. Very similar story to me as I am also a revert. God bless this brother and strengthen him.

Allahu Akbar!

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untukmemasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.............

salam mujahadah..(^^,


Khamis, 16 Disember 2010

PEMULIHAN AKHLAK




ASSALAMU'ALAIKUM,

Hari ni tanggal 15 dis 2010 ana bersama team RMC, cikgu azmi, cikgu adi dan ustaz ke Rumah kanak-kanak arau, yang merupakan tempat pemulihan akhlak kepada pelajar perempuan dari umur 13-18 tahun.

Sewaktu tiba mereka melihat kami dengan tertanya-tanya...selepas sesi ice breaking adik-adik mula ramah dengan akak-akak feci termasa ana la... kan...

ade seorang adik tu asal Kuala Lumpur, bila tanya sebab masuk ke tempat tersebut katanya kebanyakan mereka masuk disebabkan perintah mahkamah. rasa kasihan dan tersentuh dengan keadaan adik-adik itu... ada yang dirogol oleh ayah sediri, abang sediri, abang ipar, boy friend mak dan lain-lain... ada juga masuk ke situ akibat kemiskinan keluarga dan ade masuk demi keselamatan kerana penderaan dan penceraian ibu bapa...

kelihatan air muka adik-adik ni inginkan kasih dan sayang, serta perhatian.. mereka dipandang serong oleh masyarakat tapi hakikat pada asalnya bukan salah mereka... may be ALLAH takdirkan jalan hidup mereka begitu, agar mereka lebih dekat kepada-Nya.

hidup mereka seharian seakan-akan penjara pada pandangan mata ana, pagar 2 lapis, bila masuk dewan makan dikunci dari luar, ada yang ke sekolah ada yang tidak... yang tidak kesekolah belajar kemahiran sama ada memasak, menjahit dan sebagainya...

ada yang menoreh tangan untuk melepaskan geram, ade yang panjat bangunan ingin bunuh diri, mereka rasa hidup ini tidak bermakna dan tiada arah tuju.. rasa sedih juga bila fikirkan mereka disitu...

rasa sebak melanda apabila ade yang tidak mengenal ayah dan ibu, selain itu ada yang dibuang oleh mereka... tahulah mereka ada yang nakal, tetapi mereka juga manusia.. masih muda masih boleh dibentuk jika acunnya betul... disini akak doakan supaya mereka tabah mengahadapi ujian ALLAH ni, tidak putus asa Insyaallah...
ANAK-ANAK UMPAMA KAIN PUTIH IBU DAN AYAH SERTA MASYARAKAT YANG MENCORAKKANNYA....

Memori KMK Perlis


Assalamu'alaikum, it took so long to write back.. actually a little bit busy with program, family and friends..

pada 10-12 dis 2010 ana bertugas sebagai feci kepada kump. 2 muslimat yang di beri nama aishah.. insyaallah kumpulan ana kumpulan yang sederhana aktif... adik-adik banyak memberi kerjasama walaupun dalam keadaan keletihan. pengalaman sampingan dari program KMK ni ALLAH izin di dorm ana kami di temani bersama makhluk ghaib pada waktu malam... dari pengalaman ana memang sering diganggu... biasa la... umi memberi semangat bahawa benda tersebut juga makhluk ALLAH...

malam pertama semasa ana hendak tidur dalam pukul 2 pagi kalu tak silap, selepas siapkan tugas utk aktiviti esok hari ana pun duduk baca doa lalu tidur... semasa tidur-tidur ayam.. nak masuk mimpi dah.. tiba-tiba terdengar bunyi orang bermain congkak... bunyi tu berulang-ulang macam kena tape.. sampai ke pagi... malamnya tak dapat tidur.. ALLAH uji begitu..pada mulanya ana ingat ana sorang sahaja yang dengar.. rupa-rupanya adik-adik lain turut dengar jugak.. malam seterusnya akibat keletihan ALLAH izin ana tidur tanpa mendengar bunyi yang pelik selain katak yang memanggil hujan... walaupun ada sedikit ujian di tempat tidur ana harap adik-adik tidak patah semangat untuk ke kem-kem yang lain...








TERBAIK DARI LADANG...
Dari ladang nan luas
yang dipenuhi tumbuhan hijau
kita terbitkan yang terbaik
herba-herba pilihan penuh khasiat
sebagai penawar dan pengubat
penyakit yang melanda seantario dunia
yang memijar dan memijak
yang memusnah dan membunuh
jiwa para remaja
yang meresah dan menghiba hati orang tua-tua

Itulah mereka
putera-puteri
anak-anak muda yang bersemangat waja
yang bekerja keras di ladang luas
di bawah terik mentari
di bawah kerdipan bintang dan sinaran bulan
menugal dan menyemai
membaja dan menjaga
memilih dan mengutip
herba-herba pilihan
dalam misi mereka
untuk mencari penawar dan pengubat
buat mengubat jiwa para remaja dan belia

Dan
jadilah mereka
tabib-tabib kemanusiaan
dan perawat jiwa raga
dengan preskripsi yang
TERBAIK DARI LADANG!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Music

ME..