Isnin, 27 Oktober 2008

" DAH NAK EXAM!!! "

SALAM...

Lama saya tak menulis blog lepas raya, sibuk siapkan assigmt..

sekarang dah study week student UM...

tapi rasa kurang bersemangat.. entah kenapa rasa macam hati ni kosong... masyaallah terukkan... nampaknya kena byk ingat kat ALLAH...
masa solat nak kata khusyuk tidak, nak kata tak khusyuk pun tidak... macm tak de feeling... kenapa ye..? rasa macm jiwa (perasaan) tidak seiring dengan badan...

TAPI APA PUN KENA STUDY UNTUK MENJAMIN MASA DEPAN....
kepada sesiapa yg amik EXAM selamat maju jaya...

Seindah Mawar berduri ep5

"Asrar, awak takkan faham kalau awak tak pernah bercinta. Saya sekarang dah dilamun
cinta. Awak ingat nak lawan fitrah ni perkara senang ke? Susah tau!" Hijriah bertegas.

"Hijriah, benda yang susah nilah satu imtihan dari Allah untuk menguji tahap iman awak.
Awak tak ingin ke berusaha mencapai keimanan tahap 4 plat ? ya’ni mencari
kesempurnaan iman. Sabarlah dulu pada setiap ransangan nafsu.
Perkara yang Allah haramkan ni sekejap jea, Cuma dalam tempoh belum bersedia nak kahwin ni jea…
perkara yang halal dalam Islam lagi luas nanti. Didiklah sikit nafsu tu agar tak mengatasi
akal. Dah tak lama pun untuk awak rasai cinta lelaki bernama suami. Penuh redha Ilahi.
Sabarlah… tahan dulu rasa cinta tu untuk diluahkan pada waktu yang sepatutnya nanti.
Tentu kemanisannya lebih terasa dan yang penting diiringi rahmat Allah S.W.T.
Kudusnya mujahadah memelihara cinta di atas landasan-Nya.

Dr. Rosmawati dah pun menerangkan secara panjang lebar tentang indahnya cinta selepas
kahwin ketika kita mengikuti Bengkel Mekar Setaman di UM dulu… masih ingat tak
lagi?" jelas Khazinatul Asrar.

"Tapi, saya nak jadi isteri Tsabit! Nanti takut tak kesampaian…" luah Hijriah.
Khazinatul Asrar merenung lemah wajahnya. Lidahnya beristighfar lagi untuk kesekian
kalinya.

"Apa yang cuba saya sampaikan nampaknya tak kesampaian. Awak masih kurang
faham…" keluh Khazinatul Asrar berbaur hampa.

"Memang… memang saya tak faham dan saya tak mahu faham. Kehadiran awak
sebenarnya untuk merampas sesiapa saja yang ingin saya cintai. Kau ni perampas!
Pencuri! Jangan cuba rampas Tsabit dari saya…." Hijriah bingkas bangun dari kerusi.
Buku nota berwarna biru itu dihempas kasar ke meja seolah-olah satu luahan kemarahan.
Khazinatul Asrar terkejut dan tidak menyangka Hijriah sanggup sekasar itu dengannya.
Khazinatul Asrar beristighfar panjang lagi.
Kenapakah tiba-tiba sahaja konflik tercetus. Dahsyatnya peranan syaitan meracuni
kefahaman temannya.

Dia juga kesal dengan tuduhan tidak berasas terhadap dirinya sebagai perampas dan
pencuri. Jiwanya tersentak.
Buku yang ditinggalkan di depannya itu dibelek-belek lembut. Fikirannya berserabut dan
bercelaru. Dia menyalahkan dirinya sendiri yang mungkin terlalu lemah dalam
menyampaikan hujahnya kepada Hijriah menyebabkan Hijriah mula tersalah tafsir.

"Mungkin methodku tidak kena.." bisik hatinya. Di samping itu, dia memperbanyakkan
zikir untuk mencari ketenangan hati. Semakin direnung-renung buku itu, persoalan lain
pula yang bertandang di mindanya. Tiba-tiba sahaja dia terfikir sesuatu.

"Warna yang sama!" bisik hatinya,. Tangannya terus mencapai nota biru yang masih
terselit di dalam failnya. Dia cuba membanding-bandingkan warnanya. Ternyata sama
sahaja. Lagipun Tsabit gemar memakai baju berwarna biru lembut ke dewan kuliah.
Mungkin warna kegemarannya. Hatinya mengesyaki sesuatu.

"Kalau Tsabitlah orang yang menggangguku dengan nota itu, apa yang dituntutnya?"
fikirnya. Namun, dia tidak mahu menuduh sembarangan. Bimbang tersilap membuat
perhitungan. Terngiang-ngiang pula di telinganya title ‘perampas’ dan ‘pencuri’ yang
Hijriah tuturkan. Pencuri? What’s up? Apa yang aku curi? Apa sebenarnya ni?
Keresahan terhadap konflik yang tercetus antaranya dengan Hijriah dibebani pula dengan
persoalan nota misteri. Hatinya bertasbih memuji kebesaran Ilahi yang Maha
Mengetahui. Minta diberi kekuatan. Apakah situasi yang bakal dihadapinya nanti.

Mungkin dia perlu mengalah dan meminta maaf daripada Hijriah. Lagipun, Hijriah
mudah dipujuk dan marahnya tidak berlaratan. Hatinya lembut.

"…Ya Allah, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Mu yang sebenar…"
Doa Robithoh dijadikan penawar resah hatinya. Buku-bukunya yang berselerak mula
dikemas. Keresahan yang bersarang tidak mengizinkannya untuk meneruskan revision.
Langkahnya diatur pantas untuk segera tiba di biliknya, berjumpa Hijriah.

Di suatu simpang, dia bertembung dengan Intan Izma yang menyapa lembut. Gadis
sebelah biliknya itu memang peramah. Suka mengambil berat masalah orang.
Sesuailah dengan statusnya memilih course Undang-undang. Semua masalah nak
diselidikinya… bakal peguamlah katakan.

"Asrar, kenapa tak temankan Hijriah ke stesyen komuter. Katanya tadi nak balik Kajang."
Intan Izma bersahaja gayanya. Khazinatul Asrar agak terkejut dengan berita itu.
"Hijriah balik? Intan tak tanya berapa hari dia nak balik?" garis-garis keresahan terjalur
pada wajah tenang itu.

"Marahkah dia?" detik hatinya.
"Eh, macam mana teman sebiliknya boleh tanya saya pula, gaduh ya?" duga Intan Izma.
Dia memang cekap menduga suasana.

"Gaduh? Tak adalah… tak sefahaman sedikit je. Insya-Allah, tak lama," jujur pengakuan
Khazinatul Asrar. Dia tahu kalaupun dia berdalih Intan Izma pasti dapat menghidunya
juga.

"Biasalah tu Asrar, asam garam persahabatan. Alah…jangan bimbang, dia balik sekejap
jea tu. Kajang bukan jauh sangat. Nak berulang hari-hari pun tak jadi hal punya. Lagipun
Hijriah tak ada bawa beg besar. Handbeg jea. Handbegnya tu membuktikan dia bukan
bertujuan nak balik lama. Tapi itu bukanlah hujah yang konkrit sebab mungkin dia dah
ada simpanan baju kat rumah. So, buat apa nak bawa beg besar-besar, kan?!" Intan Izma
rancak berceloteh. Sepatah ditanya, serangkap perenggan dibalasnya. Bagaikan berada di
mahkamah pula.

"Tak apalah Intan. Terima kasih kerana beritahu saya hal nie. Hah, Intan nak ke mana
pulak ni?" Khazinatul Asrar cuba meringkaskan pertemuan. Dia dah cukup faham kalau
dilayannya lawyer sorang ni, 24 jam pun tak cukup.

"Saya nak ke kamsis Dato’ Onn. Jumpa Chee Wah. Nak Tanya dia pasal handset dia yang
tercicir tu samada dah jumpa atau belum. Dia tu pelupa. Dia cakap tercicir tapi ada
kebarangkalian handsetnya tu dicuri berdasarkan fakta yang diberi. Lagipun kes kecurian
handset bukanlah benda asing lagi kat sini. Chee Wah ni kena siasat betul- betul
sepatutnya. Tak mustahil roommate dia sendiri yang mencuri. Bukan semua roomate
boleh dipercayai. Ni saya nak cuba selidik kes dia ni… tak boleh biarkan
Chee Wah ni settlekannya sendiri," jelasnya panjang lebar. Selepas itu, mereka membawa
haluan masing-masing.

Setibanya di bilik, Khazinatul Asrar mendapati ada sekeping nota berwarna biru lembut
di atas katilnya.

##Asrar, saya minta maaf atas apa yang berlaku. Izinkan saya balik ke Kajang untuk
menenangkan fikiran. Saya berasa malu atas perlakuan saya tadi. Beberapa hari lagi saya
akan kembali. Maafkan saya…##

Selasa, 7 Oktober 2008

AIDILFITRI HARI KEMENANGAN

Hari Raya bgun solat subuh, siapkan sarapan hidang ketupat, nasi impit, kari ayam, kuah kacang rendang...
gerak adik-adik bangun...siapkan telekung nak ke matri (maahad attarbiyah al-islamiyah- surau dah naik taraf ke masjid) seiap hari raya akan solat kat sana...
lepas solat salam kawan-kawan...geng-geng semua.. makcik-makcik..

lepas tu gi kubur mak tok, tak dapat sampai ke tepi sebab tanah lecah.. basah berair... lepas tu doa je lah insyaallah sampai pd mak tok... kemudian gi kubur tok ayah...adik anis..& suami mak chaq...lecah-lecah pun redah je.. lah..

lepas tu kumpul ramai-ramai kat rumah tok ayah...
dalam pukul 12 gi rumah adik beradik umi ade lah dalam 3-4 buah... lepas tu balik solat zohor.. kemudian semua landing (TIDO)...

raya ke 4 gi rumah sahabat baik bakal cikgu ALWANI ABU BAKAR...
sembang macm-macm... lepas asar baru balik rumah...

esok dah nak kena balik KL mmg rasa x best...
ape pun EXAM DAH DEKAT...

++HUJUNG MinGGu RaMadHan 4++

Hujung mingu ramadhan yg erakhir bermula hari jumaat 26 ramadhan..
satu hari sebelum hari jumaat semua rakan-rakan, kawan-kawan, teman-teman dan sahabat-sahabat, bersiapnak pulang ke kampung untk sambut aidilfitri bersama keluarga..

saya bersiap..abah cakap kena sampai office dia sblm pukul 4.. Hari dah la nak hujan.. mesti susah dapat texi, dalam pukul 3 jalan dr kolej ke stesen bas.. ade nampak texi epas tu tahan la... rupanya dia tak nak hantar sabar je.. la..

selepas tu tetiba ade la pulak van berhenti sebelah, dalam hati apa sal pulak ni, tak kan nak tanya arah, lepas tu ada la seorang hamba Allah dlm van tu bagi salam
lepas jawab salam..
Hamba Allah tu tanya nak gi mana?
cakap la nak gi PJ pejabat ayah
oh, dia ingat nak gi mana sbb biasa la bawa beg besar nak balik kampung..
Baik nya nak tolong hantar... tapi lepas pikir masak-masak saya tolak je lah permintaan tu..
nanti kalu sampai pejabat, abah tanya mesti tanya mcm-mcm sbb hamba allah tu berbeza jantina, lepas tu, dia dah sorang.. saya pun sorang byk masalah timbul, dah la bulan puasa...
(rasanya student UM jugak)..

Lepas tu jalan punya jalan sampai stesen bas belakang library.. dah tahan 2-3 texi tak nak gi PJ dalam hati YA ALLAH terbakarnya kesabaran.. ALLAH nak uji...pukul 3.55
Alhamdulillah ade texi nak hantar
kemudian abah suruh beli air utk buka posa takut tak sempat nanti...lepas tu kita org bertolak gi amik ADAM kat SDAR.. jalan nasib baik tak jem.. tapi kereta byk on road..

kemudian terus pecut balik perlis... semua R&R sesak dgn manusia.. so, berbuka dgn burger yg abah beli..ya allah sedap tak terkata.. biasa la posa semua sedap...

makna nya mlm ni mlm ke 27, terlepas solat terawih... ade ke pulak ADAM taya tak solat terawih ke? buat lawak la budak ni.. pak cik & mak cik yg lalu lalang masa kita org tgh sembang kat R&R semua senyum... lepas semua selesai drive car teruskan bermusafir...

ALhamsulillah sampai perlis dalam pukul 2.30... terus masuk bilik tido..penat teman abah bawa kereta...org nak bawa tak kasi...

Esok paginya buat kuih raya.... ptg gi bersihkan kubur...

Ahad.. siap kan lagi 1 kuih raya...bersih rumah sikit-sikit..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Music

ME..