Rabu, 31 Disember 2008

SeLaMat TaHun BaRu

Salam maal Hijrah... SELAMAT TAHUN BARU..

SEMOGA TAHUN 2009 AKAN MEMBERIKAN KETABAHAN, KEKUATAN UNTUK LEBIH MAJU
SO... BERUSAHA DGN GIGIH

Selasa, 23 Disember 2008

Kami Gi Mancing...




Salam,
hari ni saya & adik-adik gi mancing kat rumah Mak Chaq (kakak mak)

ade sungai belakang rumah dia.. dah lama tak mancing.. sejak cuti hari tu..

kita orang pun apa lagi start hari jumaat hari tu asyik gi mancing sebab tak tau nak buat apa, boring...

Jumaat, 19 Disember 2008

Aurora ke Blackhole ?




AURORA KE BLACK HoLE menjadi tajuk perbincangan kita orang adik beradik hari ni...

ade cakap lebih suka aurora lebih cantik..
ade cakap black hole lebih best sebab misteri...

entah la.. malas nak layan.. so, sokong dua-dua..

Khamis, 18 Disember 2008

LOVE vs LIKE

In front of the person you love
Your heart beats faster


In front of the person you like
You get happy

In front of the person you love
Winter seems like spring


In front the person you like
Winter is just a beautiful winter

If you look into the eyes of the one you love
You blush


In front of the person you like
You smile

In front the person you love
You tend to get shy


In front the person you like
You can show your true self

In front of the person you love
You can’t say everything that comes into your mind


In front the person you like
You can

The person you love comes into your mind every two minutes


The person you like comes into your mind every time you see them

You can’t look straight into the eyes of the one you like
The feeling of love starts from the eyes

So, if you stop liking a person
That you use to like
All you need to do is caver your ears
But if you try to close your eyes
Love turns into drops of tears
And remain in your heart forever......

Rabu, 17 Disember 2008

"Kekayaan Hati Mengawal Peribadi"


Berdasarkan hadis yg di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim


"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada segumpal darah. apabila ia baik, maka akan baiklah seluruh jasad. Apabila ia rosak akan rosak pula seluruh jasad."
Lalu Alah sediakan 2 potensi pada hati

"Maka Allah mengilhamkan kpd jiwa itu jalan kefasikan dan jalan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya" (surah Asy-Syam:8-10)

Ketahuilah hati juga adalah sunber keberanian, semangat, komitmen dan juga sumber tenaga yg menuntun kita melaksanakan berbagai bentuk tindakan.

Beruntunglah seseorang itu jika Hati itu diperkaya oleh iman dan takwa.



**Pelajarilah oleh kamu ilmu pengetahuan**

Rasulullah saw telah mengajar dan memberi peransang kpd Muaz bin Jabal:

  • Mempelajarinya kerana Allah adalah HASANAH
  • Mengkajinya adalah TASBIH
  • Mencarinya adalah JIHAD
  • Menuntutnya adalah IBADAH
  • Mengajarnya adalah SEDEKAH
  • Mencurahkannya kepada ahlinya adalah QURBAN
  • Memikirkannya laksana PUASA
  • Mendiskusinya ibarat QIAM

Selasa, 16 Disember 2008

"Ace of Tennis"



Cerita ni ttg seorang budak junior perempuan yg baru berminat nak main tennis lepas satu peristiwa... dalam nak belajar main tu macm-macm jadi kat dia senior buli la... latihan susah sampai dia dah naik give up... lepas tu...
Korang tgok sendiri la kesudahan cita ni...
cite jepun best.. tgok dalam dialog dia orang diorang banyak selitkan nilai nilai murni...
Harap juga satu hari nanti penulis-penulis skrip di malaysia dapat buat macam tu..
tambah dengan nilai-nilai ketimuran yg kita dah selalu tengok...
TAK PAYAH SEKSI PUN TAK PE.. JANJI MOVIE @ DRAMA TU "BERNILAI"

sebab bukannya apa orang yg mcm saya ni dah boleh teka sesuatu cerita melayu konflik yg akan ada & ending dia...dgn tgok filem tu 30 minit..so..harap dapat cari idea-idea yg lain yg gempak..

"AlamaK ResulT DaH KeluaR"


Result dah keluar... redha dgn apa yg dapat..
cuma turun sikit 0.02... so, kena USAHA GIGIH LAGI YE..
NAK UCAPKAN THANK... TERIMA KASIH... SYUKRAN... HARIGATO PADA SEMUA LECTURER YG DAH AJAR SAYA PADA SEM. LEPAS
KALU PANJANG UMUR JUPA LAGI NANTI DALAM CLASS...

Isnin, 8 Disember 2008

SELAMAT HARI RAYA KORBAN




ramai jugak yg hadir..sebanyak 14 ekor lembu 5 ekor kambing tumbang...
muslimat yang hadir banyak tolong dalam mengasah pisau & kat tempat memasak...
untuk pengetahuan setiap tahun family akan buat korban kat MATRI, beseri perlis..
lembu no 1 selalunya untk kenduri orang ramai yang hadir pada hari tersebut..
tahun ni kerja-kerja untuk agih daging selesai dalam jam 1.20... lepas tu yg ada bahagian ambik bahagian masing-masing lepas bersihkan diri makanramai-ramai dalam talam....
hari ni cuaca mendung...hujan lepas tu...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...

HAPPY BIRTHDAY...


SELAMAT HARI LAHIR BUAT ADIK...MUHD. ADAM AKMAL RAMON ZAHEDIN..
ULANG TAHUN KE 14... PADA 1 DIS...
DAH TUA LAGI SATU TAHUN... BELAJAR RAJIN-RAJIN OKEY...

Jelajah Mak Yong


Hari tu teman umi gi tgok mak yong kat taman budaya perlis...3 dis 2008..
cerita yg disampaikan bagus...
boleh la..paham... thanks to kumpulan mak yong kijang emas jkkn....

Ahad, 30 November 2008

"Apa dah jadi ni.."

ye la kan dalam surat khabar sekarang keluar pasal
thailand... negara dalam keadaan bergolak..
entah apa nak jadi... India dgn tebusan pengganas..

APA NAK JADI DENGAN DUNIA....
betul la sabda nabi di akhir zaman byk peperangan.. byk maksiat...
tunggu nak musnah je...

KENAPA LAH TAK KEMBALI KEPADA JALAN YANG LURUS.....

"Sakit..oh sakit.."

cakap pasal sakit sekarang.. saya tgh sakit..
dapat 3 sekit sekali gus... mula sakit tekak jadi batuk..
lepas tu selsema..& demam la...

kena tidur kat katil.. rehat byk-byk...
tak dpt buat hafazan surah hari ni...

umi beli makanan sedap-sedap tak dpt makan ...umi suruh tunggu baik dulu..

kesian kan.... tak pe sabar je...

Rabu, 26 November 2008

## ROMANTIKA YUSUF##

MENELADANI ADVERSITY QUOTIENT NABI YUSUF AS...

hasil tulisan AMRU KHALID..

buku ni.. byk memberi inspirasi...
selain tu dapat kita mendalami cerita dalam surah yusuf...
contoh petikan :

saudaraku, ubat bagi penyakit hati anda ada dalam AL-QURAN..
Andai mengembalikan semua problem dlm hidup ini kpd AL-QURAN nescaya kita akan mudah
menemui jalan keluarnya...

so... try la belek-belek buku ni...

**Salju Sakinah**

Kat sini nak promote sikit pasal novel ni...
kalu tak silap novel ni ade kat paper utusan...

cite dalam novel ni best...best sangat...
sesuai untuk student... sebab kisah dia berdasarkan seorang pelajar..

so kalunak tgok pasal novel ni layari http://www.myzaidakhtar.blogspot.com/

Selasa, 25 November 2008

SeLaMat BerCUTI...

Salam...
sorry lama tak buka blog...
sibuk dgn exam...
sekarang dah balik rumah.. kat kangar...
cuti...

kena jaga rumah... & adik-adik mesti la...
tak lah umi sorang-sorang je...

hari selasa minggu lepas dah gi sungai petani jalan-jalan... kira okey la tu...
hujung minggu lak kene gi kursus... umi paksa... mau tak nya.. kursus kahwin..
bukan nak kahwin lagi... tu yg kena paksa... tapi bila pikir balik nanti kena amik gak...
so, amik je lah...

kat perlis ni hujan... memanjang... plan dgn adik-adik nak gi memancing asyik tergendala je...
harap esok hari cerah sampai ke malam....

SELAMAT BERCUTI...

Isnin, 27 Oktober 2008

" DAH NAK EXAM!!! "

SALAM...

Lama saya tak menulis blog lepas raya, sibuk siapkan assigmt..

sekarang dah study week student UM...

tapi rasa kurang bersemangat.. entah kenapa rasa macam hati ni kosong... masyaallah terukkan... nampaknya kena byk ingat kat ALLAH...
masa solat nak kata khusyuk tidak, nak kata tak khusyuk pun tidak... macm tak de feeling... kenapa ye..? rasa macm jiwa (perasaan) tidak seiring dengan badan...

TAPI APA PUN KENA STUDY UNTUK MENJAMIN MASA DEPAN....
kepada sesiapa yg amik EXAM selamat maju jaya...

Seindah Mawar berduri ep5

"Asrar, awak takkan faham kalau awak tak pernah bercinta. Saya sekarang dah dilamun
cinta. Awak ingat nak lawan fitrah ni perkara senang ke? Susah tau!" Hijriah bertegas.

"Hijriah, benda yang susah nilah satu imtihan dari Allah untuk menguji tahap iman awak.
Awak tak ingin ke berusaha mencapai keimanan tahap 4 plat ? ya’ni mencari
kesempurnaan iman. Sabarlah dulu pada setiap ransangan nafsu.
Perkara yang Allah haramkan ni sekejap jea, Cuma dalam tempoh belum bersedia nak kahwin ni jea…
perkara yang halal dalam Islam lagi luas nanti. Didiklah sikit nafsu tu agar tak mengatasi
akal. Dah tak lama pun untuk awak rasai cinta lelaki bernama suami. Penuh redha Ilahi.
Sabarlah… tahan dulu rasa cinta tu untuk diluahkan pada waktu yang sepatutnya nanti.
Tentu kemanisannya lebih terasa dan yang penting diiringi rahmat Allah S.W.T.
Kudusnya mujahadah memelihara cinta di atas landasan-Nya.

Dr. Rosmawati dah pun menerangkan secara panjang lebar tentang indahnya cinta selepas
kahwin ketika kita mengikuti Bengkel Mekar Setaman di UM dulu… masih ingat tak
lagi?" jelas Khazinatul Asrar.

"Tapi, saya nak jadi isteri Tsabit! Nanti takut tak kesampaian…" luah Hijriah.
Khazinatul Asrar merenung lemah wajahnya. Lidahnya beristighfar lagi untuk kesekian
kalinya.

"Apa yang cuba saya sampaikan nampaknya tak kesampaian. Awak masih kurang
faham…" keluh Khazinatul Asrar berbaur hampa.

"Memang… memang saya tak faham dan saya tak mahu faham. Kehadiran awak
sebenarnya untuk merampas sesiapa saja yang ingin saya cintai. Kau ni perampas!
Pencuri! Jangan cuba rampas Tsabit dari saya…." Hijriah bingkas bangun dari kerusi.
Buku nota berwarna biru itu dihempas kasar ke meja seolah-olah satu luahan kemarahan.
Khazinatul Asrar terkejut dan tidak menyangka Hijriah sanggup sekasar itu dengannya.
Khazinatul Asrar beristighfar panjang lagi.
Kenapakah tiba-tiba sahaja konflik tercetus. Dahsyatnya peranan syaitan meracuni
kefahaman temannya.

Dia juga kesal dengan tuduhan tidak berasas terhadap dirinya sebagai perampas dan
pencuri. Jiwanya tersentak.
Buku yang ditinggalkan di depannya itu dibelek-belek lembut. Fikirannya berserabut dan
bercelaru. Dia menyalahkan dirinya sendiri yang mungkin terlalu lemah dalam
menyampaikan hujahnya kepada Hijriah menyebabkan Hijriah mula tersalah tafsir.

"Mungkin methodku tidak kena.." bisik hatinya. Di samping itu, dia memperbanyakkan
zikir untuk mencari ketenangan hati. Semakin direnung-renung buku itu, persoalan lain
pula yang bertandang di mindanya. Tiba-tiba sahaja dia terfikir sesuatu.

"Warna yang sama!" bisik hatinya,. Tangannya terus mencapai nota biru yang masih
terselit di dalam failnya. Dia cuba membanding-bandingkan warnanya. Ternyata sama
sahaja. Lagipun Tsabit gemar memakai baju berwarna biru lembut ke dewan kuliah.
Mungkin warna kegemarannya. Hatinya mengesyaki sesuatu.

"Kalau Tsabitlah orang yang menggangguku dengan nota itu, apa yang dituntutnya?"
fikirnya. Namun, dia tidak mahu menuduh sembarangan. Bimbang tersilap membuat
perhitungan. Terngiang-ngiang pula di telinganya title ‘perampas’ dan ‘pencuri’ yang
Hijriah tuturkan. Pencuri? What’s up? Apa yang aku curi? Apa sebenarnya ni?
Keresahan terhadap konflik yang tercetus antaranya dengan Hijriah dibebani pula dengan
persoalan nota misteri. Hatinya bertasbih memuji kebesaran Ilahi yang Maha
Mengetahui. Minta diberi kekuatan. Apakah situasi yang bakal dihadapinya nanti.

Mungkin dia perlu mengalah dan meminta maaf daripada Hijriah. Lagipun, Hijriah
mudah dipujuk dan marahnya tidak berlaratan. Hatinya lembut.

"…Ya Allah, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Mu yang sebenar…"
Doa Robithoh dijadikan penawar resah hatinya. Buku-bukunya yang berselerak mula
dikemas. Keresahan yang bersarang tidak mengizinkannya untuk meneruskan revision.
Langkahnya diatur pantas untuk segera tiba di biliknya, berjumpa Hijriah.

Di suatu simpang, dia bertembung dengan Intan Izma yang menyapa lembut. Gadis
sebelah biliknya itu memang peramah. Suka mengambil berat masalah orang.
Sesuailah dengan statusnya memilih course Undang-undang. Semua masalah nak
diselidikinya… bakal peguamlah katakan.

"Asrar, kenapa tak temankan Hijriah ke stesyen komuter. Katanya tadi nak balik Kajang."
Intan Izma bersahaja gayanya. Khazinatul Asrar agak terkejut dengan berita itu.
"Hijriah balik? Intan tak tanya berapa hari dia nak balik?" garis-garis keresahan terjalur
pada wajah tenang itu.

"Marahkah dia?" detik hatinya.
"Eh, macam mana teman sebiliknya boleh tanya saya pula, gaduh ya?" duga Intan Izma.
Dia memang cekap menduga suasana.

"Gaduh? Tak adalah… tak sefahaman sedikit je. Insya-Allah, tak lama," jujur pengakuan
Khazinatul Asrar. Dia tahu kalaupun dia berdalih Intan Izma pasti dapat menghidunya
juga.

"Biasalah tu Asrar, asam garam persahabatan. Alah…jangan bimbang, dia balik sekejap
jea tu. Kajang bukan jauh sangat. Nak berulang hari-hari pun tak jadi hal punya. Lagipun
Hijriah tak ada bawa beg besar. Handbeg jea. Handbegnya tu membuktikan dia bukan
bertujuan nak balik lama. Tapi itu bukanlah hujah yang konkrit sebab mungkin dia dah
ada simpanan baju kat rumah. So, buat apa nak bawa beg besar-besar, kan?!" Intan Izma
rancak berceloteh. Sepatah ditanya, serangkap perenggan dibalasnya. Bagaikan berada di
mahkamah pula.

"Tak apalah Intan. Terima kasih kerana beritahu saya hal nie. Hah, Intan nak ke mana
pulak ni?" Khazinatul Asrar cuba meringkaskan pertemuan. Dia dah cukup faham kalau
dilayannya lawyer sorang ni, 24 jam pun tak cukup.

"Saya nak ke kamsis Dato’ Onn. Jumpa Chee Wah. Nak Tanya dia pasal handset dia yang
tercicir tu samada dah jumpa atau belum. Dia tu pelupa. Dia cakap tercicir tapi ada
kebarangkalian handsetnya tu dicuri berdasarkan fakta yang diberi. Lagipun kes kecurian
handset bukanlah benda asing lagi kat sini. Chee Wah ni kena siasat betul- betul
sepatutnya. Tak mustahil roommate dia sendiri yang mencuri. Bukan semua roomate
boleh dipercayai. Ni saya nak cuba selidik kes dia ni… tak boleh biarkan
Chee Wah ni settlekannya sendiri," jelasnya panjang lebar. Selepas itu, mereka membawa
haluan masing-masing.

Setibanya di bilik, Khazinatul Asrar mendapati ada sekeping nota berwarna biru lembut
di atas katilnya.

##Asrar, saya minta maaf atas apa yang berlaku. Izinkan saya balik ke Kajang untuk
menenangkan fikiran. Saya berasa malu atas perlakuan saya tadi. Beberapa hari lagi saya
akan kembali. Maafkan saya…##

Selasa, 7 Oktober 2008

AIDILFITRI HARI KEMENANGAN

Hari Raya bgun solat subuh, siapkan sarapan hidang ketupat, nasi impit, kari ayam, kuah kacang rendang...
gerak adik-adik bangun...siapkan telekung nak ke matri (maahad attarbiyah al-islamiyah- surau dah naik taraf ke masjid) seiap hari raya akan solat kat sana...
lepas solat salam kawan-kawan...geng-geng semua.. makcik-makcik..

lepas tu gi kubur mak tok, tak dapat sampai ke tepi sebab tanah lecah.. basah berair... lepas tu doa je lah insyaallah sampai pd mak tok... kemudian gi kubur tok ayah...adik anis..& suami mak chaq...lecah-lecah pun redah je.. lah..

lepas tu kumpul ramai-ramai kat rumah tok ayah...
dalam pukul 12 gi rumah adik beradik umi ade lah dalam 3-4 buah... lepas tu balik solat zohor.. kemudian semua landing (TIDO)...

raya ke 4 gi rumah sahabat baik bakal cikgu ALWANI ABU BAKAR...
sembang macm-macm... lepas asar baru balik rumah...

esok dah nak kena balik KL mmg rasa x best...
ape pun EXAM DAH DEKAT...

++HUJUNG MinGGu RaMadHan 4++

Hujung mingu ramadhan yg erakhir bermula hari jumaat 26 ramadhan..
satu hari sebelum hari jumaat semua rakan-rakan, kawan-kawan, teman-teman dan sahabat-sahabat, bersiapnak pulang ke kampung untk sambut aidilfitri bersama keluarga..

saya bersiap..abah cakap kena sampai office dia sblm pukul 4.. Hari dah la nak hujan.. mesti susah dapat texi, dalam pukul 3 jalan dr kolej ke stesen bas.. ade nampak texi epas tu tahan la... rupanya dia tak nak hantar sabar je.. la..

selepas tu tetiba ade la pulak van berhenti sebelah, dalam hati apa sal pulak ni, tak kan nak tanya arah, lepas tu ada la seorang hamba Allah dlm van tu bagi salam
lepas jawab salam..
Hamba Allah tu tanya nak gi mana?
cakap la nak gi PJ pejabat ayah
oh, dia ingat nak gi mana sbb biasa la bawa beg besar nak balik kampung..
Baik nya nak tolong hantar... tapi lepas pikir masak-masak saya tolak je lah permintaan tu..
nanti kalu sampai pejabat, abah tanya mesti tanya mcm-mcm sbb hamba allah tu berbeza jantina, lepas tu, dia dah sorang.. saya pun sorang byk masalah timbul, dah la bulan puasa...
(rasanya student UM jugak)..

Lepas tu jalan punya jalan sampai stesen bas belakang library.. dah tahan 2-3 texi tak nak gi PJ dalam hati YA ALLAH terbakarnya kesabaran.. ALLAH nak uji...pukul 3.55
Alhamdulillah ade texi nak hantar
kemudian abah suruh beli air utk buka posa takut tak sempat nanti...lepas tu kita org bertolak gi amik ADAM kat SDAR.. jalan nasib baik tak jem.. tapi kereta byk on road..

kemudian terus pecut balik perlis... semua R&R sesak dgn manusia.. so, berbuka dgn burger yg abah beli..ya allah sedap tak terkata.. biasa la posa semua sedap...

makna nya mlm ni mlm ke 27, terlepas solat terawih... ade ke pulak ADAM taya tak solat terawih ke? buat lawak la budak ni.. pak cik & mak cik yg lalu lalang masa kita org tgh sembang kat R&R semua senyum... lepas semua selesai drive car teruskan bermusafir...

ALhamsulillah sampai perlis dalam pukul 2.30... terus masuk bilik tido..penat teman abah bawa kereta...org nak bawa tak kasi...

Esok paginya buat kuih raya.... ptg gi bersihkan kubur...

Ahad.. siap kan lagi 1 kuih raya...bersih rumah sikit-sikit..

Rabu, 24 September 2008

" AKAL"

Sebut pasal akal, dlm AL-QURAN kalu tak silap di sebut sebanyak 29 kali... tapi tidak secara terus...

Semak surah Al-Baqarah (75) dan Al-Mulk (10)

Akal berguna pada manusia panduan menganalisis baik dan buruk..

selain itu, membuatkan manusia (MAN) lebih tinggi darjatnya berbanding makhluk ALLAH yg lain.

kita gunakan akal utk mengenal ALLAH, RASUL, Kitab-Kitab dan ciptaan yg ALLAH bentangkan di bumi....

SEAWAL-AWAL AGAMA MENGENAL ALLAH..

pertama of coz kita kenal diri kita dahulu..
utk mengenal ALLAH kita memikirkan ttg kejadian Alam... dekat ats muka bumi ni pun dah nampak kekuasaan ALLAH, contoh yg paling mudah diri kita sendiri...Ustaz Harun Din pernah berkata dalam salah satu ceramahnya...

jika kita bandingkan sehodoh-hodoh manusia dengan secantik-cantik beruk/ monyet...cantik lagi manusia... kenapa try suruh kedua-dua makhluk ALLAH ni duduk atas kerusi selama 10 minit tgok siapa yg dapat bertahan... mestilah manusia.. itulah betapa cantiknya Allah jadikan manusia ni...

contoh yg lain...

ALLAH jadikan rambut manusia ni sentiasa tumbuh/ memanjang, kita perhatikan pada struktur wajah manusia bukan itu sahaja elemen "bulu" yg ada pada manusia;
yg lain spt bulu mata, kening, misai dan janggut... kalu lah ALLAH takdirkan bulu mata dan kening sentiasa tumbuh/ memanjang macm rambut, misai dan janggut... cuba bayangkan wajah manusia tak kan ke hodoh rupanya...


So, konklusinya..syukur ats apa yg ALLAH berikan pada kita, sama da dr segi fizikal, mental..emosi.. kekayaan..dll

"YA ALLAH JADIKAN LAH AKHLAK KU SECANTIK WAJAH KU"

++HuJunG MinGGu RaMadHan 3++

"Halaqah Di Villa Mawaddah"





Salam berdasarkan tajuk di ats minggu pada minggu ke 3 ni, ana gi majlis berbuka puasa di rumah akak-akak halaqah / usrah...mana-mana pun boleh..





Di sini lah masing-masing muslimat yang masih single menunjukkan kehebatan memasak..


Apa salahnya, sama-sama masak untuk jamuan berbuka... lagi pun biasa praktik sekarang.. nanti tak kekok masuk dapur... Al maklumlah pelajar "U", sibuk belajar kata kan...hehehe..





Waktu yg terluang di gunakan sebaiknya contoh pd jam 6.30 tadarus AL-QURAN


beramai-ramai sampai tiba waktu berbuka...berbuka dengan kadar yg sedarhana...


Solat maghrib berjamaah...dan kemudian baru menjamah makanan berat seperti nasi...



Lepastu, Kita orang solat tarawih berjamaah, sudah menjadi kebiasaan jika tetamu yg hadir menjadi Imamah solat (ana termasuk sekali.. pening kepala pikir nak baca surah apa....)



Esok paginya, kiamullail...

memang best rasanya kalu menjadi ahli dlm Villa tu... rasa tak sabar nak keluar kolej..

Entah dapat ke tidak kolej tahun depan...Semuanya terserah la... dah tak kuasa nak pikir....



Balik je lepas tarawih dah kena turun dwn makan utk IHRAM...

Memang minggu yg meletihkan.. tapi gembira bila disingkapkan kembali byk perkara yg berfaedah dilakukan...

Selasa, 23 September 2008

KeNaPa SuKaR MenDaPaT JoDoH???

CERMIN-CERMINKAN DIRI, LIHAT WAJAH DAN RENUNGLAH PERIBADI




  • Lelaki pemalu takut nak start

  • Sifat-sifat seperti dalaman, luaran dan ketentuan ALLAh juga menjadi penyebab

  • Sifat dalaman spt pemalu, pendiam dan kurang pergaulan.

  • Terlalu memilih, memang perlu kita memilih tetapi jangan terlampau memilih

  • Sifat fizikal yg kurang menarik, tp Jgn lah semua org mcm ni... kesian dekat org yg fizikal kurang menarik..(yg penting hati budi/ peribadi)

  • Soal komitmen - cth bekerja, belajar...

  • Soal pekerjaan (taraf profesional) x de masa nak pikir soal kahwin @ tak kuasa nak pikir

  • Soal Ibadah minded - mcm rabiatul al-adawiyah

  • Belum jumpa yg berkualiti

  • Fobia dgn kisah-kisah rumah tangga

  • Bloknya Minda - cth kena habis belajar dulu.. lepas habis xde org nak pula.. sambung master.. lepas tu sambung Phd.. lagi susah nak dapat yg setaraf..

  • Mak bapak tak suka atau tak Redha.. - tak semartabat, tak senegeri ....dll

  • Usaha yg tak sesuai dgn matlamat.. atau usaha yg belum sempurna

  • Pasangan belum bersedia

  • Dalam hati masih ada sifat benci menyebabkan susah nak menarik minat org terhadap kita

  • Faktor metafizikal (terkena buatan sihir)

Isnin, 22 September 2008

Seindah Mawar berduri ep4

"Asrar, awak sedar tak saya datang ni?" getus Hijriah tatkala menyedari sahabatnya
hanya acuh tak acuh sahaja dengan kedatangannya. Mulutnya ditarik muncung.
Khazinatul Asrar meletakkan pen yang sejak daripada tadi rancak menari di atas helaianhelaian
kertas A4.

"Yea...saya sedar, Hijriah sayang! Mimpi apa cari saya kat sini? Sebelum ni bukan main
liat lagi bila saya ajak ke sini," sindir Khazinatul Asrar, bergurau.

"Tak adalah…actually, saya tengah gembira ni. Tak sabar-sabar lagi saya nak kongsi
dengan awak," luah Hijriah penuh ceria. Senyumannya semakin melebar menyerlahkan
susunan giginya yang cantik tersusun.

"Betul? Ish, ish, comelnya kawan saya ni bila tengah riang. Okey, ceritalah… boleh saya
tumpang gembira sekali," balas Khazinatul Asrar penuh exited. Seronok melihat wajah
temannya yang ceria.

"Lihat ni!" Hijriah menunjukkan buku nota berwarna biru lembut yang tertera tajuk,
‘Clinical psychology’ . Khazinatul Asrar mencapai buku itu. Rupa-rupanya buku itu
kepunyaan Tsabit apabila dia mendapati nama pemuda itu tertulis di ruang dalam buku
tersebut.

"Kenapa awak riang sangat dengan buku ni?" Tanya Khazinatul Asrar kehairanan.

"Saya cakap kat Tsabit, nota saya untuk subjek ni tak lengkap. Terus ditawarkan notanya
pada saya. Dah agak dah semua tu…Then, waktu dia nak serahkan buku dia pada saya
tadi, saya cakaplah saya belum dinner lagi, lapar sangat separuh gastric. Saya pujuk dia
supaya temankan saya makan. Dia begitu baik sekali," Hijriah bersuara riang. Wajahnya
memang penuh ceria. "

Kenapa awak tidak meminjamnya sahaja daripada saya?" duga Khazinatul Asrar kurang
senang dengan gelagat temannya itu.

"Alah…bukan saya perlukan sangat nota tentang subjek yang menjadi favourite semua
orang ni. Saya sengaja cari peluang ni untuk mengenali hati budi Tsabit. Best lah dia,
Asrar," terang Hijriah.

"Astaargfirullahal azhim. Hijriah…kalau inilah niat awak, malam ni jugak awak perlu
pulangkan nota nie," sambil nota biru itu diletakkan di hadapan Hijriah. "Hari ni
bertukar-tukar buku nota dan makan-makan. Esok…mungkin keluar berdua-duaan pula
untuk merapatkan hubungan. Semua ni tak lain, jarum syaitan untuk menghampiri
khalwat dan zina," nada Khazinatul Asrar agak tegas dan emosi. Nafasnya ditarik
panjang melepaskan kebimbangannya terhadap anak tunggal seorang Dato’ dari Kajang
itu. Air muka Hijriah yang tadinya riang mula berubah mendung.

Khazinatul Asrar mulai sedar bahawa dia perlu berhati-hati dan berhikmah apabila
menasihati Hijriah kerana Hijriah berjiwa sensitive dengan masalah melibatkan lelaki.
Nalurinya terlalu cenderung untuk disayangi dan menyayangi seorang lelaki. Itulah ujian
Allah yang diuji kepada setiap jiwa remaja sebenarnya. Apatah lagi, dia ketandusan kasih
lelaki bergelar ayah sejak kecil lagi. Ayahnya lebih mementingkan materialistik daripada
menghargai erti sebuah kasih sayang. Bagi ayahnya, memberi kemewahan sama seperti
memberikan kasih sayang. Khazinatul Asrar menyedari bahawa Hijriah tersinggung.

"Maafkan saya kalau saya terlalu berkasar," Khazinatul Asrar cuba memujuk kembali…

"Bukannya apa, saya sayangkan awak Hijriah. Hijriah…sebagai siswi di Fakulti
Pengajian Islam nie, keindahan nilai akhlak wanitanya perlu lebih terpelihara kerana kita
diasuh dengan acuan agama." Khazinatul Asrar memegang erat tangan Hijriah dan mula
mengatur kata-katanya lagi, kali ini lebih lembut… "Malah setiap wanita muslimah
sebenarnya tak kiralah aliran agama atau tidak, wajib memelihara akhlaknya. Hijriah,
awak harus malu untuk buat begitu. Malulah menjadi hias pakaian kita sebagai
muslimah" nasihat Khazinatul Asrar dengan ikhlas.

"Malu? Kenapa perlu malu? Saya bukan pemalu!" Hijriah menafikan.

"Malu memang ada tempatnya. Kita mesti menjadi pemalu untuk melakukan perkara
yang tak Allah redhai sebab kita ni hanya bertaraf hamba Allah je kat muka bumi milik
Allah ni. Sifat malu inilah yang akan meninggikan martabat kita sebagai wanita.
Lambang sesuatu yang mahal dan berharga, bukan sebarangan. Tentu awak masih ingat
satu hadis Rasulullah S.A.W:

"Pakaian kita ketaqwaan, hiasan kita malu dan hasil kita adalah ilmu."
Hijriah cuma membisu. Khazinatul Asrar menyambung lagi.

"Allah ciptakan wanita dengan segala sifat kelembutan, keindahan dan kasih sayang.
Lantaran itu, tidak hairankah wanita sering dikaitkan dengan keindahan sekuntum bunga.
Hijrah…jadilah bunga mawar yang indah………………………………………
……………………………………………….Rasulullah bekerja tu. Dia ada kuasa
arahkan apa sahaja pada pekerja-pekerjanya.

Namun, beliau merisik peribadi Rasulullah dan meminang Baginda melalui seorang
hamba lelakinya bernama Maisarah. Bayangkanlah betapa terpujinya sifat malu seorang
manager besar, tokoh wanita korporat terbilang pada zaman itu yang mempelopori
syarikat perdagangan peringkat antarabangsa. Tidak hairanlah kualiti akhlak Sayyidatina

Khadijah turut manambat hati manusia yang paling agung di sisi Allah biar pun
Sayyidatina Khadijah dah pun berstatus janda 40 tahun."

"Tapi Asrar.. saya dah mula mencintai Tsabit. Saya tak mahu kehilangan Tsabit.Saya dah
banyak kali kehilangan…cukuplah!" terkedu Khazinatul Asrar mendengar pengakuan
sahabatnya. Mudahnya dia melafazkan cinta. Baru sebulan yang lepas Hijriah memberi
tahu Khazinatul Asrar bahawa dia jatuh cinta pada seorang pelajar Medic di kampus KL.
Kini, cintanya sepantas kilat beralih kepada Tsabit pula. Apalah erti cinta sebegini…cinta
manusia yang sementara dan berubah-ubah. Sesuatu yang tidak pasti.
"Asrar…salahkah saya?" getus Hijriah lagi.

"Hijriah…bercinta tu tak salah," nafasnya ditarik panjang dan dia menyambung lagi,

"Tapi, memuja cinta itu yang salah! Kalau nak bercinta biarlah syara’…di atas landasan
Allah! Kerana cinta sering melalaikan manusia dari mengingati Allah hingga
kesempurnaan ibadat terganggu. Yang lebih parah lagi, kerana cintalah manusia mula
melupakan batasan-batasan pergaulan yang telah Allah gariskan. Cinta juga membuka
peluang baru kepada fitnah syaitan dan mengundang murka Allah. Manusia sendirilah
yang mencemari cinta yang fitrahnya kudus dan suci."

"Alah… Saya Cuma meminjam notanya dan makan-makan sikit. Tak lebih daripada itu.
Tak pegang-pegang pun!" Hijriah mencelah agak kasar. Hatinya diselubungi kebencian.

"Hijriah, saya cuma memberi peringatan sebelum tersasar. Peringatan ini semata-mata
kerana saya sayangkan awak, bukankah setiap yang membawa kepada haram adalah
haram. Lagipun, mencegah itu lebih baik daripada merawat."
Khazinatul Asrar cuba menjernihkan keadaan. Wajah Hijriah tetap serius dan masam
mencuka.

"Rasulullah sendiri ada bersabda, cinta itu buta. Cinta tak mengenal sesiapa. Apa
salahnya saya mencintai Tsabit?" Hijriah masih mengeraskan suaranya.

"Astargfirullahal azhim…saya tak bermaksud begitu. Ianya tak salah. Naluri cinta adalah
fitrah setiap manusia. Saya sekadar memberi peringatan tentang batasan cinta. Ya cinta
itu buta! Ingatlah cinta itu bukan sahaja tak mengenal sesiapa tapi tak mengenal batas
haram dan halal juga. Dalam bercinta ni, liciknya strategi syaitan menipu pemikiran
sepasang kekasih. Orang yang berjumpa kekasihnya memberi alasan… alah tak pegangpegang
pun. Orang yang pegang-pegang pula berkata… alah bukannya berzina pun.
Orang yang berzina pula masih ada alasan…alah tak adalah sampai pregnant. Seolah-olah
dia tak rasa bahawa apa yang dibuatnya tu salah.

Nau’zubillah min zalik. Di usia kita ni, cinta perlu dihijab dengan dengan iman dan
khasyatillah, takutkan Allah. Allah jadikan cinta itu sebagai satu ujian. Bukan ke baru
minggu lepas Ustaz Hasanul Basri ada menerangkannya dalam Kitab Silahul Ummah a’la
Huda As-Sunnah. Terngiang-ngiang lagi di telinga saya ustaz bacakan satu ayat Allah,
Allah jadikan di antara lelaki dan perempuan ini fitnah ya’ni ujian atau kejahatan untuk
Allah melihat sejauh mana kita bersabar dengannya dan kita kena ingat bahawa Allah itu
Maha Melihat," hujah Khazinatul Asrar.

Seindah Mawar berduri ep3

" Kau mencurinya dari aku. Pencuri!!!!


Nota misteri berwarna biru lembut hadir lagi dan kali ini dalam failnya pula. Ketika itu
malam masih muda. Khazinatul Asrar sedang sibuk menyiapkan assigment dalam
perpustakaan. Berjilid–jilid kitab Tahdib At–Tahzib berselerak di depannya. Dia menjadi
bingung dan cuba mengingat–ingat apa yang telah dia lakukan hingga digelar pencuri.
Fikirannya buntu.



"Berani kerana benar! Apa yang perlu aku takutkan…mungkin ada orang yang sengaja
ingin mengganggu ketenangan hidup aku. Biarlah dia…nanti bila dia rasa penat buat
kerja tak berfaedah nie, tahulah dia berhenti. Moga Allah memberi hidayah padanya,"
hatinya memujuk sendiri. Dia pun meneruskan kerja–kerja yang masih banyak.


"…" tiba-tiba dia disapa lembut. Dia menjawab salam dari suara yang amat dikenali itu
sambil wajahnya diangkat sedikit.


"Sibuk nampak….awak ni kan tak kenal penat ke? Setiap malam bertungkus-lumus
siapkan assignment, siang pulak…mesyuarat sini, usrah situ, program sini, tamrin situ.
Susah nak nampak batang hidung. Malam-malam macam ni, saya dah agak, awak
memang ada kat sini," leter Hijriah sambil mula mengambil tempat di depan Khazinatul
Asrar. Khazinatul Asrar terus juga khusyuk dengan tugasnya.


"Saya tak kira, malam ni saya nak kacau juga awak…" celotehnya lagi.

Khamis, 18 September 2008

~DoA Bg Yg MenCaRI...~

"ALLAHUMMA SA'KHIRLI ZAUJAN SOLIHAN YAKHTIBUNI,
WAYATAZAUWAJUBI, WAYAKUNU SALIBANLI FIDDUNYA WAL JANNAH"
(betulkan kalu ada yg salah)
tapi maksud lebih kurang macm ni..

MAKSUD: " ya Allah, kurniakan lah aku seorang suami yg soleh, dia meminangku, mengahwiniku dan jadikanlah dia sahabatku di dunia dan di akhirat"

Seindah Mawar berduri ep2

Syaqiera, Yusra, Sayyidah, Roziana, Juliea, Nur Fatihah dan Nik An-Najah sudah sedia
menanti Khazinatul Asrar di Kafetaria Alumni. Mereka sering datang lebih awal untuk
memberi penghormatan kepada kakak Naqibah kesayangan mereka, merangkap salah
seorang perwakilan pelajar yang dihormati dan disegani. Halaqoh usrah yang diadakan
setiap minggu itu sering mereka nanti–nantikan kerana eratnya simpulan ukhuwwah yang
terjalin sesama mereka.

Seperti biasa, majlis itu dibuka dengan Ummul Kitab dan tafsiran beberapa potong ayat
suci Al –Quran sebelum memulakan silibus usrah.

"Lihat surah Al –Maidah(5) ayat 41," arah Khazinatul Asrar. Semuanya mula membelek
tafsir Quran masing – masing.
"Biar saya bacakan…" Yusro menawarkan diri tanpa perlu diminta.
"dan saya bacakan tafsirnya…" Sayyidah tidak mahu terkecuali. Khazinatul Asrar
tersenyum lembut sambil mengangguk. Lalu, beralunlah suara merdu mereka.
"Baiklah, dalam ayat yang dibacakan tadi, Kak Asrar nak highlightkan firman Allah yang
bermaksud : ‘barangsiapa yang Allah kehendaki kesesatannya, maka kamu tidak akan
sesekali dapat menolak sesuatu pun (yang datang )dari Allah. Mereka itu adalah orang–
orang yang Allah tidak mahu menyucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia
dan akhirat kelak mereka beroleh azab yang pedih.’ Sodaqallahul Azhim.

Tafsir ayat ini menjelaskan jika seseorang sudah terbiasa mendengar kebatilan dan
menerimanya, ia kan menghijab dirinya dari kebenaran. Hatinya dibiarkan angguk pada
kesesatan. Dia menerima kebatilan dah tentu dia sebenarnya menyukainya.
Akibatnya, ketika kebenaran datang tanpa memenuhi seleranya dia menolak dan
mendustakannya.

Why not? Hatinya dah gelap dan tak nampak lagi cahaya Allah.
Sebagai alasan, Allah biarkannya terus dalam kesesatan dengan tidak memancarkan
hidayah-Nya ke hati–hati mereka. Contohnya, apa yang dilakukan oleh kelompok
Jahmiyah terhadap ayat–ayat dan hadis–hadis yang berkenaan dengan asma’ dan sifat.
Mereka menolak ayat-ayat dan hadis-hadis itu dengan ta’wil mereka sendiri.
Ikut selera mereka. Jesteru, Allah biarkan mereka dalam kesesatan kerana azab akhirat
yang menanti itu sesungguhnya lebih pedih lagi.

Kita sepatutnya sentiasa menyucikan hati kita kerana hati adalah raja yang memerintah
seluruh amalan. Jangan biarkan ianya dinodai oleh titik hitam. Apatah lagi membiarkan
ada kebatilan yang masih bersarang disitu, walaupun sedikit.
Sentiasalah beristighfar dan zikir qolbi untuk menyucikannya kerana manusia sering
membuat kesilapan." hurai Khazinatul Asrar.


"That means, mereka di dalam ayat itu bukan dikhususkan kepada satu kaum tertentu jea,
kita pun boleh masuk sekali, kak Asrar, kan?" soal Yusro yang agak aktif orangnya.
Minta kepastian.
"Betul tu. Kalau dilihat tafsir ayat secara keseluruhan, mereka difokuskan kepada orang –
orang Yahudi yang mengubah kitab Taurat dan mendustakan ayat–ayat Allah.
Namun orang Islam sekalipun yang tahu tentang kebenaran tetapi tidak beramal
dengannya sebaliknya memilih kebatilan sebagai cara hidup samalah sikapnya dengan
orang–orang Yahudi laknatullah. Hatinya akan berselaput dengan noda hitam kerana
sudah sebati melakukan kesilapan hingga akhirnya sukar untuk menerima kebenaran
yang dia imani sebelumnya.

Sementara itu, orang yang membiasakan keadaan hatinya lalai daripada cahaya Allah
S.W.T mungkin akan dihukum oleh Allah S.W.T untuk terus lalai dan jauh dari–Nya,
sebagaimana ingatan Allah dalam Al-A’raf (17): ayat 179 yang bermaksud :
"dan janganlah kamu termasuk di antara orang yang lalai…’
Rasulullah S.A.W pula pernah berwasiat, baginda bersabda :
‘Janganlah kalian lalai maka kalian akan melupakan rahmat.’
Kalau ada di lintasan di hati kita untuk berhijrah dari jiwa yang lalai kepada
jiwa yang cintakan Allah S.W.T. maka bersegeralah untuk melakukannya kerana
percayalah bahawa itu adalah lintasan benar dari Allah S.W.T. Lintasan itu merupakan
hidayah yang takkan datang selalu. Jarang–jarang jea. Biasanya ianya akan disertai
keyakinan yang kuat. Namun, kalau kita sering bertangguh, mungkin Allah S.W.T akan
tarik balik hidayah–Nya itu. Taufiq dari–Nya bukan milik semua orang. Bukan milik
orang yang tak bersedia," jelas Khazinatul Asrar lagi.

"Kak Asrar, adakah bercinta kerana Allah itu melalaikan?" Nur Fatihah mencetus
persoalan. Khazinatul Asrar tersenyum. Topik cinta sering menjadi masalah utama adik–
adik usrahnya selama dia bergelar Naqibah.
"Apa pendapat Syaqiera?" Khazinatul Asrar memberi peluang untuk mengemukakan
pandangan.
"Iera rasa ianya tak melalaikan! Bagi Iera , itulah cinta sejati. Cinta kerana Allah
biasanya diiringi wawasan untuk hidup bersama dan lahirkan zuriat yang soleh,"
jawab Syaqiera, petah.
"Juliea pula bagaimana?" Khazinatul Asrar bertanya lagi.
" Juliea pun setuju dengan Iera! Apa sahaja perbuatan yang dibuat ikhlas kerana Allah,
mesti benda tue baik," yakin jawapannya. "Tapi Kak Asrar…
Ziana confuse tentang cinta tu…" Roziana mencelah. "Confuse? Boleh kongsi?"

Khazinatul Asrar bernada lembut. "Ziana tak malu nak berkongsi pengalaman Ziana.
Ziana dicintai oleh seorang lelaki yang soleh orangnya. Dia betul–betul nak jadikan Ziana
teman hidupnya selepas tamat belajar nanti. Bagi Ziana, cinta kami kerana Allah.
Tapi…setelah dua tahun menjalinkan hubungan cinta, Ziana rasa hati Ziana semakin jauh
daripada mengingati Allah. Kalau dulu hati ini sering berzikir, tapi kini sering ingat
namanya sahaja. Rasa macam hati ini kotor. Hari – hari kami saling call.
Lebih parah lagi bila hati ni sering memujuk untuk berjumpa dengannya selalu," luah
Roziana.

"Kenapa cinta yang dijalin kerana Allah pun melalaikan?" keluhnya lagi.
"Najah rasa, cinta memang melalaikan, cinta kerana Allah tu hanyalah nama hiasan untuk
menafikan kelalaian cinta," Nik An-Najah bersuara tegas.
Syaqiera mengkeriukkan dahi. Tidak tenang dengan kenyataan setegas itu.
"Okey, Kak Asrar nak tanya, apakah ciri–ciri cinta yang adik–adik anggap adalah cinta
kerana Allah?" Khazinatul Asrar cuba membuka minda.
"Ianya adalah bercinta untuk berkahwin dan lahirkan anak–anak yang dididik dengan
cara hidup Islam, baitul Muslim" jawab Syaqiera spontan.
"Itu natijah cinta kerana Allah. Kak Asrar bertanyakan ciri- ciri cinta kerana Allah.
Ciri-ciri yang akak maksudkan itu adalah cara bercinta itu sendiri yang dikatakan kerana
Allah," Khazinatul Asrar makin membuka minda mereka.

"Apa pendapat Kak Asrar tentang itu?" Sayyidah minta kepastian.
"Kadang–kadang manusia tersalah menganggap cintanya kerana Allah padahal
percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada Pencipta makhluk
itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamatnya dah betul dan jelas, tapi jalannya
tak syaro’. Itulah yang disedihkan.
Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan. Pertama, apabila solat telah
masuk waktunya. Kedua, apabila jenazah hendak dikebumikan. Dan ketiga, apabila anak
gadis telah bertemu calon suaminya. Kalau dilambatkan, buruk padahnya. Kita boleh buat
satu conclusion, salah satu ciri – ciri cinta kerana Allah ialah apabila pasangan segera
dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang sering dilakukan ketika percintaan."

"Tapi, takkan nak kahwin masa tengah belajar lagi ni?" getus Yusro
"Kalau dah tak tahan apa salahnya…tapi, kalau rasa masih tak sedia, baik jangan berani
untuk bercinta lagi," nasihat Khazinatul Asrar.
"Kalau dah terjebak macam Ziana ni?" gerutu Roziana.
" Ziana, jatuh cinta tak salah. Perasaan tu anugerah Allah. Tapi kalau Ziana rasa ianya
boleh melalaikan tentu ada perbuatan-perbuatan yang salah, yang Allah tak redhai.
Muhasabah balik. Sentiasalah berdoa pada Allah agar memelihara perasaan cinta tu
sebagaimana yang Dia kehendaki, yang tak menjauhkan Ziana dari–Nya. Allah Maha
Penyayang," jelas Khazinatul Asrar.
"Praktikalnya?" Roziana mahu lebih jelas.

"Kikislah keaiban–keaiban cinta seperti hari–hari bergayut di telefon, bermujahadah
untuk buang nama si dia dalam solat dan sebagainya… Buatlah secara perlahan–lahan
dan penuh kerelaan kerana takut dan cintakan Allah. Kak Asrar faham, Ziana perlukan
masa untuk merubah situasi sedia ada. Bukan secara mendadak. Tak apalah…selagi ada
kemahuan di situ ada jalan. Yakin dengan Allah," senyum berputik di bibir.

Kemudian barulah Khazinatul Asrar masuk pada silibus usrah. Dia gembira dengan
amanah sebagai Naqibah lantaran menyedari taklifan itu pernah terpikul di bahu
Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang tercetus dirumah Al-Arqam bin Abi Al–
Arqam. Dia tidak mahu terasing daripada golongan orang–orang yang sanggup
meneruskan kesinambungan wasilah tarbiyyah Rasulullah.

***KeJaDiaN yg BiaSa MeniMPa SeOrG Yg BerNama WaNita***

Phone berbunyai menandakan mesej masuk...(atau terdapatnya miss call)

Byk saya dpt mesej mcm ni, tp yg ni masa saya tgh pegang buku so dapat la tulis...



Kejadian ini Menimpa Saya pada 23 april 2008 jam 12:20:15 pagi...



Mesej: Askum, leh kenal?



(tak tau ke dah tgh mlm org nak rehat... itu persoalan yg pertama dlm hati saya..)



SAYA: ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM. BUAT APA NAK KENAL?

DIA YG MESEJ DULU MESTI DIA KENAL SAPA AKU? (monolog dlm hati)

so, keputusan telah di buat jgn mesej.. sbb tak de benda yg penting

buat habis kredit je..



SO SAYA KEMBALI MENULIS APA YG TERBUKU DI DLM HATI DLM BUKU ...



Saya: Saya harap saya tak mengenali awak wahai org yg bernombor 017- 92....2,

Untuk apa? Menghitamkan hatiku ini? (dah lah dok buat dosa byk dah)...

Layakkah hatiku ini untuk menadah NUR ILMU krn ILMU adalah CAHAYA, dan

CAHAYA tidak akan menembudi hati yg buat MAKSIAT..



(persoalan yg timbul lagi)



Coz utk apa nak kenal? utk ganggu study saya? utk bazirkan waktu saya?



untuk tukarkan pemikiran saya dari perjuangan kpd khayalan?



untuk lalaikan solat saya?



untuk jauhkan saya dr ALLAH yg sgt mencintai hambanya

krn asyik ingatkan awak 017-92.....2?



petikan yg saya ambil dr novel dan saya aplikasi dlm kehidupan saya dan petikan tersebut menetapkan pendirian saya sebagai seorang muslim
yg mengambil ISLAM secara menyeluruh..



(monolog dlm diri)



"sebenarnya saya tidak mahu menghampiri perkara-perkara yg boleh menyebabkan saya mencintai insan yg bernama LELAKI pada saat ini.. Perasaan itu amat mahal harganya bg saya dan ia tidak boleh dicemari oleh lelaki-lelaki lain selain dari lelaki yg dijanjikan oleh ALLAH buat saya...
itu pun kiranya ada..."





"Rumah tangga yg dibina atas dasar cinta yg terpelihara dari murka ALLAH, insyaallah akan lebih diberkati ALLAH.. apabila permulaan yg diredhai ALLAH nescaya ALLAH akan balas degn keredhaan pula"



WALLAHU'ALAM.











Rabu, 17 September 2008

Seindah Mawar berduri ep1

S E.I N D A H M A W A R B E R D U R I
"Khazinatul asrar , kau pencuri!" Khazinatul Asrar tergamam melihat sekeping nota kecil
berwarna biru lembut yang terselit di dalam buku Usul Fiqh nya. Seribu persoalan
bertandang di benak fikiran.
"Apa yang aku curi?" bisiknya sendiri penuh kehairanan.
Matanya liar memerhati sekeliling dewan kuliah, manalah tahu kalau–kalau ada mata
yang sedang melihat reaksinya tatkala dia menatap nota itu…mata yang mungkin sedang
nakal melihatnya dirinya diperlakukan begitu. Namun tiada seorang pun daripada rakan
sekuliahnya yang menunjukkan reaksi yang mencurigakan. Masing–masing sibuk dengan
kerja sendiri.

"Biarkanlah..!!" hatinya berbisik lagi . Dia tidak mahu menyerabutkan fikirannya untuk
berfikir soal nota kecil itu yang dirasakan suatu gurauan semata–mata.Lengan jubahnya
ditarik sedikit untuk melihat jam di tangannya. Sudah pukul 8.50 pagi! 10 minit lagi kelas
Usul Fiqh akan bermula. Sekejap saja lagi Dr.Maisarah yang sering mengawali waktu
akan masuk untuk memulakan sessi kuliyahnya. Tepat seperti apa yang disangka,
derapan laju tapak kasut seorang wanita 40-an itu memang cukup dikenalinya. Masuklah
doktor falsafah dalam bidang Pengajian Islam itu. Tatkala itu juga, barulah Khaznatul
Asrar sedar bahawa kerusi di sebelahnya masih kosong.
"Mana Hijriah?" getus hatinya. Pandangannya terbuang keluar pintu dewan untuk
mencari–cari kelibat rakan sebilik, sekamsis dan sekuliahnya itu kalau-kalau dia terlewat
datang. Hampa. "Mungkin dia kurang sihat…kasihan dia tak dapat mengikuti kuliah hari
nie. Tapi…betulkah dia sakit? kalau demam sikit–sikit tu, dia tak mungkin tinggalkan
kelas. Hijriah bukan begitu orangnya…" hatinya berbicara sendiri. Sedikit rasa bimbang
datang bertamu.

"Hijriah tak datang hari ni? Err , boleh saya duduk sini?"
Lamunan Khazinatul Asrar terhenti oleh sapaan Tsabit yang tiba–tiba datang melabuhkan
punggung di sebelahnya tanpa diundang. Khazinatul Asrar hanya mampu berdiam diri,
jiwanya beristighfar panjang kerana tidak selesa didampingi oleh seorang lelaki ajnabi.
Apatah lagi lelaki itu memang sejak dulu lagi sering untuk cuba untuk mendekatinya
tetapi tidak pernah dilayan. Pelajar–pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM terus
memfokuskan perhatian kepada Dr.Maisarah sebaik sahaja kelas bermula.
"Kenapa sorang jea hari nie? Mana Hijriah?" tersembul pertanyaan itu dari mulut Tsabit
sedangkan Dr.Maisarah sedang lantang memberikan kuliahnya. Seolah–olah dia ingin
memulakan perbualan. Konsentrasi Khazinatul Asrar terganggu seketika.
Bibirnya digetap. Geram. Astargfirullah…

"Maafkan saya, saudara. Kita di dewan kuliah sekarang nie!" Khazinatul Asrar bernada
agak tegas tanpa menjeling sedikitpun kepada Tsabit apatah lagi untuk menoleh. Dia
tidak mahu membuka ruang kepada Tsabit yang sering mencari peluang.
Pandangannya tetap setia tertumpu pada Dr.Maisarah namun pertanyaan Tsabit itu
membuat fikirannya melayang memikirkan Hijriah yang tidak datang ke kuliah.
Persoalan–persoalan yang berlegar di mindanya ditambah pula dengan ketidakselesaan
didampingi Tsabit menyebabkan dia tewas untuk memberikan sepenuh perhatian kepada
syarahan Dr.Maisarah.

Dalam sedar mahupun tidak, fikirannya melayang entah kemana. Wajah Hijriah berlegar–
legar disudut ingatan.
Masakan tidak, Hijriah bersiap–siap seperti biasa pagi tadi. Ceria seperti hari–hari biasa.
Langsung tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia sakit. Tak mungkin tiba–tiba sahaja
dia jatuh sakit. Apa yang telah terjadi kepadanya?
Terbit pula kesalan dihatinya kerana tidak pergi ke dewan kuliah bersama–sama Hijriah.
Bukan apa, Hijriah suka datang lambat sedangkan Khazinatul Asrar lebih gemar datang
awal ke dewan kuliah agar bolehlah dia mengulangkaji secara ringan sebelum kuliyah
bermula.

Tsabit yang menyedari dirinya telah menimbulkan kemarahan Khazinatul Asrar lagi,
mula memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dia selalu tersilap
waktu untuk cuba mendekati gadis pujaannya itu. Lantaran itu, setiap kali cuba
mendekati Khazinatul Asrar, dia pasti dimarahi secara lembut tetapi tegas olehnya.
Malah, sejak awal perkenalan, dia tidak pernah diberi walau seulas senyuman sekalipun.
Namun, Tsabit adalah seorang pemuda yang tidak mengenal erti serik dan jemu.
Sopan santun, kelembutan, keayuan, akhlak dan keperibadian Khazinatul Asrar
membakar semangatnya untuk tidak tewas memenangi hati gadis tersebut. Saban waktu,
malamnya ditemani mimpi seraut wajah yang bermahkotakan tudung labuh sebagai
penghias diri dan dilindungi jubah, sunnah sahabiah. Dia igaukan seorang bidadari yang
beridentitikan Muslimah sejati.

‘Tomorrow…please present this topic. ..’" Dr Maisarah mengakhiri sesi kuliyahnya yang
telah sejam berlalu.
"Astargfirullahal azhim…apa yang aku dapat hari ni?" spontan Khazinatul Asrar
menuturkan kata–kata itu membuatkan Tsabit berpaling kepadanya. "Kenapa Asrar?"
Tsabit memberanikan diri bertanya. Prihatin.
"Err.. nothing!" Khazinatul Asrar cepat–cepat berdalih dan mula menyibukkan diri
mengemas buku–buku di hadapannya.
"Saya tahu, awak tak salin apa–apa nota tadi, kan? awak fikirkan sesuatu ye?!" Tsabit
cuba menduga. Memang sepanjang kuliah matanya sering menjeling-jelling. Khazinatul
Asrar bingkas bangun dari kerusinya untuk segera mengakhiri perbualan yang tidak
diminta itu.
"Maaf, saya nak pulang dulu," getusnya seolah–olah acuh tak acuh dengan pertanyaan
Tsabit.
"Ish, sombongnya!" keluh Tsabit.
"Sombong pun sombonglah.. thanks!’" balas Khazinatul Asrar bersahaja. Langkahnya
mula diatur. Pantas Tsabit memintasnya.
"Nanti…!" halang Tsabit. Khazinatul Asrar menundukkan pandangannya. Tidak sanggup
untuknya menentang renungan mata dari pemuda yang berdarah Melayu- Libya itu. Dia
hanya mampu mendengus lemah. Geram bila langkahnya disekat.
Hatinya berzikir.
"Err…Kalau awak sudi, pinjamlah nota saya nie," sambil tangannya menghulurkan
sebuah buku nota yang cantik bersampul biru muda.
"Terima-kasih jealah…saya boleh merujuknya semula dengan rakan-rakan perempuan
yang lain," balas Khazinatul Asrar. Menolak.
"Kalau macam tue, awak tolonglah pinjamkan nota saya nie untuk Hijriah." Tsabit masih
tidak berputus asa. Dia tahu Hijriah sebilik dengan Khazinatul Asrar. Masih ada strategi
lain!
"Sekali lagi, terima kasihlah saudara. Hijriah pun boleh merujuk nota lain bersama saya
nanti. Lebih baik saudara bawa pulang saja nota saudara nie dan buat revision untuk
presentation esok," tegas Khazinatul Asrar.
"Ish, sombong betullah. Tak baik tau! Allah tak suka orang sombong. Baca dalil karang,
baru tau…" Tsabit mula geram dengan penolakan demi penolakan.
"Jangan memandai dengan dalil, tengok situasilah. Allah lagi tak suka orang…" kata-kata
Khazinatul Asrar cepat–cepat dipotong….
"Awak memang tak sudi dengan nota saya dan macam–macam alasan awak bagi.

However, saya amanahkan awak pinjamkannya untuk Hijriah." Tsabit bernada merajuk
dan meninggalkan notanya diatas kerusi sambil berlalu pergi. Khazinatul Asrar
menggeleng–gelengkan kepalanya. Dia berasa geli hati dengan perbuatan Tsabit yang
beria–ria untuk meminjamkan buku notanya. Bagaikan hanya dia seorang sahaja yang
menyalin nota Dr.Maisarah. Setelah difikir–fikir, Khazinatul Asrar akhirnya membawa
pulang nota Tsabit itu untuk diberikan kepada Hijriah memandangkan perkataan
‘mengamanahkan’ yang Tsabit tuturkan.

Langkahnya disusun kemas untuk pulang ke kamsisnya. Lamunan tentang Hijriah hadir
lagi, seolah–olah episodnya bersambung sejak dari dewan kuliah tadi.
Hijriah belum pernah ponteng kuliah seperti hari ini. Sebagai teman sebilik, dia terlalu
ingin tahu keadaan Hijriah di saat itu. Sakitkah dia? Khazinatul Asrar mula berasa
bersalah terhadap dirinya sendiri yang mungkin terlalu sibuk mengejar waktu hingga
agak mengabaikan situasi teman sebiliknya itu sejak kebelakangan ini.
Penglibatannya sebagai salah seorang perwakilan pelajar PMUKM ( Persatuan
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ) sudah cukup membuatkan hari–hari yang
dilaluinya terlalu padat dan singkat. Tenaga, wang dan waktu lapang banyak dikorbankan
untuk perjuangannya di kampus itu. Waktu malamnya pula dihabiskan untuk menyiapkan
assignment di Perpustakaan Tun Sri Lanang, perpustakaan terbesar di asia tenggara.

Baginya tiada istilah rehat selagi dia tidak mampu menyeimbangkan sebijaksana
mungkin masa yang dia ada untuk menunaikan tanggung jawab. Khazinatul Asrar
menyedari kebenaran kata–kata As-Syahid Al-Iman Hassan Al-Banna:
"…kewajipan yang perlu kamu lakukan lebih banyak daripada masa yang kamu ada."
~Sesegar hijau daunan, begitulah kita diibaratkan…tiada siapa yang bisa memisahkan
kita…antara kita semua…~
Dari tangga kamsis lagi, lagu favourite Hijriah itu bergema kedengaran. Kuat sekali.
Khazinatul Asrar menggeleng–gelengkan kepalanya dan terus menyusun langkah menuju
ke biliknya yang terletak di barisan ketiga, level 1. Tidak syak lagi, irama nasyid
dendangan In-team itu memang datang dari biliknya. Dia dapat menduga bahawa Hijriah
pasti ada di dalam bilik.

"Hijriah. Asrar balik nie!" pintu yang tidak berkunci itu dikuaknya perlahan–lahan.
Salamnya tiada jawapan. Didapatinya Hijriah sedang tidur dengan bantal ditelangkupkan
diatas kepala. Kipas siling berputar ligat dengan penunjuk mengarah full. Lagaknya
bagaikan orang yang ada masalah.
Khazinatul Asrar memperlahankan volume radio kerana bimbang mengganggu penghuni
lain. Serentak dengan itu Hijriah terjaga dari lenanya yang mungkin tidur – tidur ayam
sahaja.

"Eh, Asrar dah balik rupanya…" Hijriah berkata lembut sambil membetulkan kedudukan
bantalnya. Khazinatul Asrar mengukir senyuman. Perlahan–lahan dia menghampiri
Hijriah dan duduk di sebelahnya. Tangannya menjamah dahi Hijriah.
"Tak panas pun!" kata Khazinatul Asrar perlahan.
"Sejak bila pula saya demam?" balas Hijriah bersahaja.
" Habis tue kenapa tak datang kuliyah pagi nie?" tanya Khazinatul Asrar pula.
"Err…topik baru ke hari nie?" Hijriah cuba mengalih perbualan.
"Hijriah…saya tanya nie!" Khazinatul Asrar tidak mahu Hijriah menyembunyikan
sesuatu. "Kenapa nie?" Khazinatul Asrar memujuk lembut.
"Tak ada apa–apa…betul!" Hijriah masih membuat aksi selamba.
"Habis tue, pagi tadi awak bersiap–siap bukan untuk ke kuliyah?"
Khazinatul Asrar masih tidak berpuas hati dengan jawapan Hijriah.
"Saya ke Mini Market. Beli Coklat Dairy Milk 10 packs untuk hilangkan tension," jelas
Hijriah berterus–terang.

"Kalau tak percaya, tengok dalam basket tu. Penuh plastik coklat, kan?!" Hijrah
menguatkan kenyataannya.
"Hilangkan tension dengan coklat??? Hijrah yang saya kenali biasanya menatap Al-
Quran bila ada masalah," getus Khazinatul Asrar masih curiga.
"Saya tak ada apa-apa. Percayalah Asrar! Saya Cuma tension sikit saja pagi
tadi…sekarang dah okey," sambil bibirnya mengukir senyuman hambar.
"Kenapa tension sampai ponteng kuliyah?" Khazinatul Asrar terus bertanya. Hijriah
terdiam.
"Ada masalah ye?! Kongsilah…" pujuk Khazinatul Asrar lagi.
"Tak ada lah…. mungkin nak period kot sebab tulah rasa tension," Hijriah terus berdalih.
" Period? Bukankah baru seminggu lepas…." Khazinatul Asrar mencelah. Mematahkan
alasan yang mungkin sengaja direka–reka.
"Hijriah, kalau ada masalah, saya sentiasa bersama awak. Saya sentiasa sedia mendengar
apa saja. Janganlah macam ni…" Khazinatul Asrar masih tidak jemu memujuk
sahabatnya.

Raut wajah Hijriah jelas menyembunyikan sesuatu. Dia tetap enggan menceritakannya
kepada Khazinatul Asrar. Tidak seperti selalu. Dia sebenarnya seorang yang ceria dan
berterus – terang. Namun, tidak untuk kali ini….
"Alah Asrar nie…lupakanlah perkara tue. Lain kali, saya janji tak ponteng kuliyah lagi,"
Hijriah seolah – olah mula bosan dengan desakan Khazinatul Asrar.
"Betul tak ada apa- apa ni?" Khazinatul Asrar cuba menduga lagi.
"Awak dah tak percaya saya lagi ke?" kata Hijriah seakan merajuk.
"Okey,okey.. kali nie awak boleh sembunyikan sesuatu dari saya, tapi esok–esok tidak
lagi, tau!"
"Oh, ya! Nie nota Tsabit tentang topik hari ni. Awal pagi esok ada presentation,"
sambil nota bersampul biru itu diserahkan kepada Hijriah. Mata Hijriah sedikit terbeliak.
Tangannya pantas menyambut dan membelek – belek buku nota tersebut.
"Tsabit suruh berikan kepada saya?" tanya Hijriah minta kepastian.
"Emm…" Khazinatul Asrar menjawab ringkas. Malas diceritakan kembali peristiwa tadi.
Pemuda itu sering membuatkannya geram hinggakan dia terasa malas menyebut nama itu
berulang kali.
"Kenapa tiba–tiba saja Tsabit boleh teringatkan saya? Pelik ni!" Hijriah bertanya sambil
tangannya terus membelek–belek nota itu.
"Dia sukakan awak kot…." Khazinatul Asrar cuba mengusik, sengaja mahu melihat
reaksi temannya. Tiada respon marah. Sebaliknya Hijriah mula tersenyum – senyum
sendiri.

"Ish, lain pula jadinya…" Bisik hati kecil Khazinatul Asrar.
"Asrar, dia tak cakap apa-apa tentang saya?" Hijriah nampak semakin berminat
bertanyakan Tsabit. Khazinatul Asrar menarik nafas. Dia mula mencari alasan untuk
menyegerakan dirinya bebas dari bercakap pasal Tsabit.
"Tengah – tengah hari nie, saya nak tidur qoilulah dulu lah. Lepas zohor nanti, saya ada
usrah. Petang ni pula ada meeting. Lain kali sajalah kita cakap pasal dia!"
badannya terus direbahkan ke katil sambil mata dipejamkan. Sengaja diceritakan aktiviti–
aktivitinya pada hari itu untuk menagih simpati Hijriah agar mengizinkannya berehat.
Hijriah mencebik bibir sambil fikirannya menerawang jauh. Entah ke mana.
Wajahnya kembali berserabut kerana memikirkan sesuatu.

**WALIMATUL URUS**

Selamat Pengantin baru buat
FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN dah masuk 1 bulan...

Maaf tak dapat hadir...walimatul urus "mawar berduri" yg mengikat "tautan hati" dengan "syabab" yang direstui..

SALAM DARI UM....

-SeInDaH MaWaR BeRduRi-

Seindah Mawar Berduri
Hasil Karya: FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN



Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.
Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di
sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah
cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap
teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti.
Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi.
Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak
kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang
perjalanan untuk menyunting mawar idaman. Apakah sebenarnya falsafah cinta
Khazinatul Asrar?

Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki?
Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di
Taman Larangan itu? dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….
Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap
seribu satu rahsia kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul Asrar. Bagaimana
Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki?
Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah?
Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah
An-Nur, "Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…"
Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…


FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Bingkisan tinta ini kutujukan istimewa buat mereka yang mencari kejernihan redho Ilahi
dalam percintaan…
Buatmu… pencari cinta sejati, cinta yang abadi….
Terimalah….
Seindah Mawar Berduri…

Selasa, 16 September 2008

~ GeNeRaSi Al-QuRan ~

Bagaimana kita hendak melahirkan ciri-ciri manusia atau insan sabagaimana generasi Al-Quran yg unik sebagai contoh dalam masyarakat pada hari ni??



Generasi Al-Quran yg dilatih dan dibentuk oleh RASULULLAH S.A.W.

secara umumnya mempunyai peribadi yg unggul dan akhlak yg baik.



Persoalan bagaimana cara untuk melahirkan peribadi sebegitu?



RASULULLAH S.A.W. berpesan supaya kita berpegang pada 2 perkara

iaitu Al-Quran dan Hadith..



penerapan Iman
(perlu kembali kepada konsep asal iaitu konsep ubudiah hanya sanya kepada ALLAH)
kerana Iman merupakan pendorong, masdar kepada segala tindakan..
Dan Iman perlu sentiasa di tarbiahkan.. sbb semua org tahu Iman ada meningkat ada kalanya menurun..

kalmah syahadah itu perlu di terapkan dalam kehidupan...contoh sirah Bilal

SO, uslub yg RASULULLAH bawa perlu dan mesti diambil secara keseluruhan...



"Ya ALLAH malu Nyer"

Alhamdulillah baru selesai solat tarawih...



tadi masa solat I'sya... terlupa tahiat awal... terus bgun..



rasa malu sangat dngan ALLAH sebab fikiran terlalai sedikit..

sebab pikir nak buat apa pada mlm ni... malam ni kan malam ke 17..



kalu ikut bulan islam dah masuk hari ke 17... maknanya NUZUL AL-QURAN..



tak kisah pasal org tgok ana bgun.. tapi memang rasa pelik semacam..

hanya ALLAH yg tahu betapa MALU nya ana sebagai hamba lalai

dah lah solat iu ibarat tgh berkomunkasi dgn ALLAH...



lepas tu apa lagi Istighfar byk-byk la...

"HAdith -HAdith"

Rasulullah s.a.w. bersabda :



" Berfikir sesaat lebih baik daripada badah selama satu tahun." (riwayatIbnu Hibban)



"Sesungguhnya perempuan itu adalah bahagian daripada lelaki" (riwayat Imam Bazzar)



"Janganlah kamu nikahi para perempuan itu sehingga kamu meminta pendapatnya,

dan janganlah kamu nikahi para gadis perawa itu hingga kamu minta izin daripadanya"

(riwayat Imam Bukhari)



"Sesempurna iman seorang beriman ialah yang paling baik akhlaknya dan orang terbaik di antara kamu adalah yang paling baik perilakunya kepada perempuan" (riwayat Imam Turmizi)

Isnin, 15 September 2008

++HuJunG MinGgU RaMaDhaN 2++

HARI SABTU:







Hari sabtu ada kajian lapangan di sungai dekat Masjud Ar-Rahman...


Masyaallah bau air sungai pada hari tersebut agak busuk... mungkin sebab hujan pada sebelah malamnya...





HARI AHAD:





Program masak bubur lambuk dan program bersama anak-anak yatim...
Alhamdulillah program berjalan dengan lancar.. walaupun terdapat beberapa masalah...





mmmm.... tak buat assingmnt lagi..hari isnin nak kena hantar... tu lah padan dgn muka sendiri tangguh kerja lagi...

Sabtu, 13 September 2008

RaMadHaN BuLaN AgUnG

Ramadhan adalah bulan BARAKAH, RAHMAT, dan KEBAHAGIAAN..

Betapa perlunya manusia merenung sejenak untuk bersipa-siap menyambutnya..
berikutan banyaknya kebaikan-kebaikan...

bulan ini bulan yg agung, memberikan keistimewaan yg byk sekali kepadanya..
serta menjadikannya sbg salah satu fasa kehidupan yg paling berharga...
Salah satu stesen perjalanan hidup yg lurus...

Merupakan madrasah untuk takwa, jihad dan kemenangan..

Firman Allah: Al-baqarah (183)

"wahai orang-orang beriman! diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas oarang sebelum kamu agar kamu bertakwa"

kita tgok ayat di atas perkataan agar adalah lebih kurang sama dengan SEMOGA..
Allah tak cakap kalu kita puasa dlm bulan ramadhan kita tergolong dalam org yg bertakwa..
ini menunjukkan bahawa TAKWA yg dijanjikan oleh ALLAH perlu kita grab..dengan melakukan amalan-amalan tambahan dan amalan yg ada pada bulan ramadhan...

sbb kalu tak kita hanya berpuasa hanya beroleh lapar dan dahaga sahaja...
sia-sia kita berpuasa....

SO, AMBIL PELUANG YG MASIH ADA UNTK MENDAPAT JANJI-JANJI ALLAH.
JADIKAN JANJI-JANI ALLAH INI SEBAGAI SEMANGAT, UMPAMA MINYAK TANAH YANG DI LETAK DLM API..

UmMaH MELAYU SeMaKiN GeRSanG

Ummah melayu sekarang kita dapat lihat semakin gersang...gersang apa?

GERSANG KEIMANAN KEPADA ALLAH...

Ini kerana kebanyakan orang Melayu sekarang sudah memulakan cara hidup barat...
Dari segi fizikal kita dapat lihat mereka ini hidupnya Allah berikan kenikmatan rezeki yg melimpah ruah..

tetapi pada hakikatnya dari segi rohani atau spiritualnya mereka ini gersang...keresahan
atau lebih mudah HATI TAK TENANG...

Oleh itu, kita perlu kembali ke pada Allah, dekatkan diri pada Allah..byk berzikir...
banyak kaitkan sesuatu dengan Allah...banyak bersyukur...

~TUHAN HANYA MENYUNTIK ANGIN MUSIBAH AGAR AKU KEMBALI BERMUSABAH DAN DEKAT KEMBALI HATI INI KEPADA-NYA..~

SEBAB ALLAH MASIH BERIKAN PELUANG UNTUK KITA, CUMA KITA PERLU MERENUNG SEJENAK PENCINTA DAN PENCIPTA MANUSIA, HAMBA* DAN KHALIFAH*

HAMBA ~sbg hamba Allah
KHALIFAH ~ darjat yg Allah beri buat manusia..dibumi..

ReZeki oh Rezeki

rezeki yang kita dapat, kena atau perlu la.. kongsi-kongsi dengan orang lain

baru Allah cambahkan lagi. Kalau dapat sikit...bagi sikit... kalu rezei banyak bagi atau sedekah banyak...macam tu lah Rasulullah s.a.w. ajar. Bukan bila rezeki sikit tak kasi langsung sbb nak tunggu banyak

Isnin, 8 September 2008

++HUJUNG MinGGu RaMadHan 1++

Pada hari jumaat selepas test, ana keluar sorang gi Jlan Tuanku Abdul Rahman..
("berani nyer dia") ;
("tak de lah berani tara mana, dalam hati asyik berzikir mengelak kejadian yg tidak di ingini")
("Itu lah Lumrah Org yg Single @ complicated")

membeli persiapan Aidilfitri,
"baju raya buat adik, diri sendiri, tudung buat UMI tercinta dan adik yang bongsu"

Ramainya orang terutama selepas solat jumaat, nasib baik keluar awal..

**TeRimA KaSih Buat AkaK2, yg melayan saya semasa memilih baju Thanks to SJ collection & turkuaz**

Lepas tu, balik UM naik Bas kena tunggu bas lamanya Ya ALLAh. sudah la tengah panas menguji keimanan betul..

MLM nyer buka puasa bersama akak2 Halaqah UM, lepastu kita muhasabah diri dan tido...

SABTU:
Buka puasa rumah Nenek di NO 9, Jalan 11/2, PJ...
Terkejut jugak tgok angah ada, datang secara rahsia tak kasi tau UMI & ABAH..
Tapi best jugak tgok angah kena usik dgn PAk LOng...
Angah nampak kurus la... Nanti makan banyak sikit masa berbuka...

Lepastu, Nenak kasi nasihat... & tanya soalan cepu emas.. AMANI DAH ADE BOY FRIEND?

Jawab Ku: " Sekadar kawan untuk Organisasi Ade la... lebih-lebih tekde, lagi pun perhubungan macm tu kan ALLAH murka; HARAM..."

Nenek tersenyum dengan kata ku dia menyambung lagi :"bagus jadi mcm akak maria (sepupuku) kawan dgn semua org.."

aku hanya tersenyum..dan ketawa kecil...

LEPAS TARAWIH BALIK KK3....Mlm tidur kesorangan Roomate balik jumpa keluarga...



AHAD:
BerBuka puasa di UKM....



ALHAMDULILLAH SELESAI PROGRAM MINGGU NI, ERATKAN UKHWAH ANTARA SAHABAT DAN KELUARGA...

{MOHON MAAF BUAT NENEK TAK DAPAT DTG RUMAH SELALU WALAUPUN PERJALANAN DGN KENDERAAN AMBIL MASA KIRA-KIRA 5 MINIT...}


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA,
TINGKATKAN AMAL SEBELUM ROH ANDA DIANGKAT...

~KeJaDian Aneh~

Kejadian ini bermula pada rakaat terakhir tarawih di rumah sahibah UKM,



pada mulanya seorang sahibah tiba-tiba menangis, ana ingatkan kerna bacaansurah yang di baca oleh imamah, tetapi kemudiannya keluarnya suara yang menggerunkan pada akhir rakaat yang ke lapan.



rupanya terdapat salah seorang sahibah yg datang dari sabah yg telah di sihir...

dia kelihatan tabah melawan Jin yang merasuk dirinya.



antara bait kata-kata yang terkeluar ialah "aku dapat bodohkan adik dan abangnya tapi dia susah"



Ana berdialog dalam hati mestilah susah Jin tersebut nak pengaruh akak tu, kerna dia rajin dekatkan diri dengan Allah... :"MOGA ALLAH SEMBUHKAN AKAK CEPAT"



kesihan saya tengok akan menahan kesakitan selepas minum air bacaan surah Yasin yang dibaca oleh Sahibah-sahibah UM & UKM & IPI....termasuk ana terlibat...





Sahabat ana berkata semasa perjalanan pulang dari UKM ke UM (dlm Kereta)

Kak Farhah"ada akak pernah dengar ustaz pernah cakap masa dia ubati org yg kena sihir, Jin tu cakap; aku dah lama minat budak ni sajak ana dara lagi tp skrg aku sakit hati suaminya yg dapat dia"

ana dalam kereta kata "ada jugak org yang dengki macm ni"

"hasad pasal kecemerlangan seseorang, pasal kehidupan, kecantikan dll"



Kan bagus kalu guna benda-benda tu untuk islam contohnya hantar pada kaum Zionis di palestin bantu penduduk Negara Islam yg kena Serang dgn USA, kan bagus....dapat pahala..



Tapi apa pun benda tu tetap salah.. Menyusahkan orang, anaiya orang...

SeJukNya HaTi

Hari ini hari ke 7 ramadhan,

hari ni ana program ke UKM rumah Sahibah UKM,

Alhamdulillah, program berbuka puasa berjalan dengan lancar.

Sejuknya hati apabila melihat telatah anak sahibah (tuan rumah), Umurnya baru 7 tahun.

sedah belajar puasa penuh, Kemuadian menjadi Imam Maghrib kepada Sahabatnya(anak Sahibah yg datang berbuka puasa bersama) yg juah lebih tua...

Salah seorang akak cakap "kalu dapat anak sorang pun tak pa, Alhamdulillah kalu perangai macm ni... Sejuk Perut"...

Ana tersenyum mengiakan sahaja...

Siapa yg tidak mahu anak yg soleh dan solehah...apa pun semuanya berpunca dari tarbiah yg di berikan Oleh IBU AYAH....

MaaFkan ANA WaHai TEMAN

Assalamualaikum,

Buat teman-teman Balai Islam Kolej Kediaman Ketiga UM,

tidak lupa buat teman-teman IHYA' RAMADHAN

krn tidak dapat menghadiri mesyuarat bersama-sama korang krn SAHABATKU di UKM lebih memerlukan AKU...

Buat Teman-teman organisasi ana mohon kemaafan jika ketidak hadiran ke mesyuarat majlis tertinggi organisasi menimbulkan masalah buat kalian...

Moga Allah Menambah Pahala Kepada Kalian Atas Kesabaran Yg Di uji...

Sabtu, 6 September 2008

Taziah

Ucapan Taziah buat keluarga Akhi Husni, atas kematian ketua keluarga iaitu Akhi Husni yang terlibat dalam kemalangan pada 5 ramadhan, jam 8 mlm..

Moga Allah mecurahkan rahmat ke atas roh beliau...
Al-Fatihah...


Ingat lah Belum Tentu Kita Akan Sampai Pada Ramadhan Berikutnya...
Moga Ramadhan Kali ini Kita Manfaatkan Setiap Waktu yg ada agar tidak Sesal diKemudian Hari...

SeLaMAt MenJaLaNi IbaDaH PuaSa

Ramadhan adalah bulan barakah, rahmat dan kebahagiaan. Betapa Perlunya manusia meranung sejenak utk bersiap-siap menyambutnya berikutan banyaknya kebaikan-kebaikan yg terkandung di dalamnya.

Bulan ini bulan yg agung, ia memberikan satu fasa kehidupan yg paling berharga, dan merupakan salah satu stesen perjalanan di atas jalan hidup yang lurus.

Pada bulan ini, seorg muslim mencurahkan sebahagian besar perhatiannya kepada pencinta & pencipta iaitu ALLAH swt, hari akhirat dan peningkatan rohani seblm peningkatan material.

Ramadhan ulan ruhani, bulan kebersihan jiwa, bulan munajat, serta waktu untuk menghadap yg Maha Esa, menjalin hubugan dengan Al-Mala'ul A'la..

Assalamualaikum

SeLaMaT MeNjaLaNi IbaDaT PuaSa DGN PeNuH KeIkHLaSaN

SeMoGa HiDup MeNdaPaT RaHMat dr ALLAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ME..