Jumaat, 27 Mac 2009

# RENUNGAN#

PEREMPUAN ITU TIANG NEGARA, APABILA BAIK PEREMPUAN BAIK LAH NEGARA DAN APABLA ROSAKNYA PEREMPUAN ITU MAKA ROSAK LAH NEGARA.

sebab itu dalam sebuah negara yang penting dan tidak ade yg lebih penting itu BERKAT
krn di dalam hidup manusia yang penting itu berkat..
bila hidup kita berkat diri kita selamat..
bila kita selamat rumah tangga jadi sepakat..
apabila rumah tangga sepakat masyarakat jadi muafakat..
apabila masyarakat muafakat maka negara kita jadi kuat..
apabila negara kita jadi kuat maka akhirnya ngara luar jadi hormat..
apabila negara luar jadi hormat maka permusuhan akan tersekat..
bila permusuhan tersekat pebangunan pun naik meningkat-ningkat..
kemajuan pembangunan menjadi pesat...

bila mana kemajuan menjadi pesat berhati-hati kerana apabila pembangunan meningkat kemajuan pesat maka kita dapat ihat bangunan naik bertingkat-tingkat takut-takut di tengah itu tempat maksiat tumbuh macam ulat..
bila tempat itu tumbuh mcm ulat katika itu ada manusia yg mula mengubah tabiat...
bla manusia mengubah tabiat ade yg jadi lalat ade yg jadi ulat...
apabila manusia menjadi ulat sembah yang mula menjadi liat..
Orang baik bertukar jadi jahat..
orang miskin kira nak kaya cepat..

Yang kaya pula masuk saha-saham dalam internet yang meragut harta-hartanya sendiri,
yang akhirnya anak lelaki budak-budak coba kita cek tgok kat rumah budak lelaki ni pakai seluar ketat..
semua tunjuk hebat..
wananuzubllah ade yang berjudi dan percaya unsur khurafat..
tapi hidupnya pula akhirnya melarat..

tali kasut dah tak ikat..
rambut masyaallah dah tak sikat..
yg perempuan maafkan saya masyaallah pakainnya; pakai mini sekerat + T-shirt ketat..
hingga nampak pusat..yg akhirnya sae yg tgok pasti terjegat...

Bila dah terjegat anak dara anak teruna kita sekarang lagi dasyat..
dudu jauh chating..akhirnya berkirim surat.
lepas tu nak ber dating di sesuatu tempat..
bila dah berdeting di satu tempat akhirnyaape dia buat? duduk rapat-rapat la..
bila dudk rapat-rapat mula-mula tangan berjabat..
tangan berjabat lawan peluk erat-erat..(kalah beruk peluk pokok nyok)
bila peluk eret-erat, nafas naik tersekat-sekat..
bila nafas naik tersekat-sekat usah peduli ALLAH dan malaikat, sah peduli agama dan adat.. yg penting ape kita nak buat kita buat..
bila depa dah buat..perut kempis jadi bulat..
bila perut kempis jadi bulat.. menunggu waktu lahirnya bayi yang tak cukup sifat..
Bia lairnya bayi yang tak cukup sifat tuan-tuan.. akhirnya mak bapa dia malu sbb tak ade ikatan yg sah; anak yg dikandung ni apa diabuat.
dibuangnya anak ni di merata tempat.

AKHIRNYA kita dapat lihat Iblis melompat-lopat dia kata habis manusia dah masuk jerat.. Habis manusia telah ku sesat.. ini lah fenomena dalam masyarakat oleh itu wahai saudara ku.. marilah kita pakat-pakat mengingat bahawa dunia hari ni.. makin singkat..
kita kan tuan-tuan kalu tgok cermin; tengok-tengok gigi dah gugur mata dah kabur, pipi dah mula kendur.. uban dah berterabur maknanya kita tgok perubahan tu..
DUNIA INI MAKIN SINGKAT ESOK ATAU LUSA MUNGKIN KIAMAT.. SAMPAI MASA KITA AKAN BERANGKAT.. MENUJU KE AKHIRAT..

Fesivel seni UM


Malam penutup 3 april 09

~ Ujian Allah kpd kaum Hawa~

KEBANYAKKAN WANITA ALLAH AKAN UJI DGN UJIAN JIWA YANG MAMPU MENGONCANG IMAN...

KITA LIHAT WAKTU PAGI; sEORANG ibu, emak, umi..
dan lain-lain panggilan yg sama waktu dgnnya.. kita lihat meeka ini begitu sibuk.. menguruskan perkra diawal hari.. sarapannya, pakaian pejabat suaminya..kalu yg ada anak, dengan anak nak pi sekolah lagi.. nak kena siap..ni situasi untuk seorang suri rumah.. kalu ibu-ibu yg bekerja mcm mana? tambah lagi tanggungjawab... masuk offce tak leh lewat.. ha.. kan byk perkara nak kena pikir dan uruskan.. so kepada suami-suami yang mithali tolong lah sama isteri anda di rumah.. tau la kita tu ketua.. BOS katakan tapi mau ingat juga dalam urusan rumah tangga mesti kena ada tolah ansur... Fikir-fikirkan...Jgn lupa Tolong..

Isnin, 23 Mac 2009

#Pertandingan Buat Wau#



Adura.. tau ke buat wau... hehehe..



Jadi kerang pnya wau?

+Budak Thailand Datang UM+


Hari Khamis minggu lepas kat dataran sastra..

Dapat tgok kejap persembahan dia orang.. Sblm pukul 6,
pukul 6 ade kuliah GIS...

*Sambutan Maulidurasul*



Mcm biasa muslimat lebih ramai dari muslimin...



Kolej 3 hanya ade beberapa orang je... Ramai balik kampung



Lepas berarak pusing UM kita orang ade forum kat Gazebo.. Open Air Tahun ni...



Akhirnya.. majlis di akhiri dgn persembahan nasyid.. ade masalah mic, tapi alhamdulillah masih boleh dgr suara diaorang..

~ Gi Tgok Budak Silat Mandi Minyak~



Jumaat, 20 Mac 2009

"Dah 21 !!!"



TANGGAL JAM 9.56 PAGI 5 MAC 2009 MAKA GENAP LAH 21 TAHUN... DAH TUA SETAHUN..

Mesej dari Abah:
Along, Happy Birthday!!
yg ke 21...
Kejap je rase...
Salam Sayang.

Mesej dari Umi:
+ *
* ** .... *
+ '( ", ) ( ", ) *

* (")(") (")(") *


Yipiee! Yappa!
Hehehahaha ~HAPPY BIRTDAY~
anakda tersayang *hati-hati* Sweet 21
No dating Till 25...

{yea la org tahu.. bertunang baru boleh.. tu pun kena ade org ke3 temankan..
Jgn risau I know UMI}



Dari Adik (As'adi):
As'kum, Happy birthday.
Semoga panjang umur..

Dari Adik (yani):
Makin tua a.. tp perangai
mcm bdk tadika..
cuba la jadi mcm aku ni yg makin tua mkin comel..
Jgn Jealous!!!
Actually nak said HAPPY BESDAY ALONG YG KE-21
yang makin tua tu....

Dari adik (Adam):
Semoga Allah panjangkan umur..
dan ceria selalu..

Dari Adik (Aimi):
Happy birtday Along.. Along nak apa?

From Rafizah:
Salam... epi bday..sweet 21
smoga pnjg umo.. murah rezeki..
sentiasa dilimpahi rahmat...
peace.. CHAYOK!!!

FROM ALWANI..:
MY BELOVED FRIEND,
selamat menyambt ulang tahun kelahiran yg ke 21
Semoga Mendapat Hasanah Fiddunya Walakhirah...
Barakallhualaik..

From Adibah:
wen my arms can't reach a person..
I always hug dem wif my preyers..
may U always b filled wif Strength, Wisdon & Love...
EPY BEZDAY...

Khamis, 19 Mac 2009

< Buat WaNita >

Seorang ANAK
yg ku cium AMANAHNYA
aku mengasihi kejujuran
Saidatina Siti Fatimah
yg mencintai ayahdanya
Baginda Rasulullah saw

Seorang PEREMPUAN
yg ku hirup air matanya
aku mencintai kesucian
Siti Maryam binti Imran
yg tulus cintanya
Melahirkan Nabi ALLAH swt

Seorang ISTERI
yg ku kagumi
sejarahnya aku menginsafi
kehidupan Siti Sara
yg tabah hatinya
di safa dan marwah

Seorang GURU
yg ku tuntut ilmunya
yg mengagumi Saidatina Siti Aishah
yg menegakkan kalimah ALLAH swt
di Madinah al-Munawarah

Seorang IBU
yg ku simpan kasihnya
aku merasai kewarakan
seorang Masyitah
yg tidak putus-putus diseksa
yg sentiasa membasahi lidah dgn Zikrullah

Seorang IMAM
yg aku bermakmum di belakangnya
aku menikmati keindahan iman
Surah An-Nissa'
dlm kesucian Al-Quran
dlm keunggulan Islam

Maha Suci Engkau Ya ALLAH swt
Alhamdulillah menjadikan aku
manusia perempuan yg BERIMAN

petik dari Novel Iman Markisa oleh Aminah Mokhtar

Isnin, 16 Mac 2009

'Dah lama Tak up date"






salam, dah lama tak update blog sebab wareless kat kolej tak kuat.
nak beli broad band belum mampu.. insyaallah akan datang saya beli..

byk sebenarnya aktiviti yang dah saya lakukan minggu lepas..
gi jalan-jalan makan angin katakan..
dekat je.. kat muzium negara.. bukannya apa selalu ikut jalan tu.. tapi just tgok melalui tingkap kereta je.. akhirnya sampai jugak kat sana..

dah banyak berubah.. last gi muzium masa umur 9 tahun kalu tak silap..
sekarang ade pamiran keris dan alatan bersenjata yang lain..
kalu SESAPE ade masa free gi la tgok.. ok bye...


KENA TEMBAK DGN MERIAM...ADUHHH!!!

Ahad, 1 Mac 2009

Majlis Persmian SIDANA

Univ. Malaya 1 Mac 7.24am | Kemuncak perasmian Simposium Perdana Mahasiswa Islam Malaysia (SIDANA) menyaksikan YB Nurul Izzah Dato’ Seri Anwar dengan penuh gimik memecah bongkah ais selepas selesai ucapan perasmian malam semalam.

Aksi pecah ais tersebut adalah simbol pemecahan budaya negatif dalam kalangan mahasiswa Islam Malaysia.

YB Nurul Izzah dalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah kepada kepemimpinan Islam Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) dan jawatankuasa kerja SIDANA.

Beliau turut menarik perhatian mahasiswa terhadap isu pelarian umat Islam Rohingya yang terus menerus dinafikan hak asasi mereka oleh kerajaan junta Myanmar dan Thailand sendiri; selepas beliau menyertai Sidang ASEAN Inter-Parlimentary CAUCUS di Bengkok.

Beliau juga menyeru mahasiswa peka oleh kejatuhan ‘ranking’ Universiti, birokrasi Universiti ke atas mahasiswa dan peranan mahasiswa Islam dalam mengisi tampuk pemerintahan negara pada masa depan.

Beliau juga mengajak mahasiswa kembali pada teras tamadun, iaitu ilmu pengetahuan.

Pada akhir ucapannya, beliau memetik karya Taj as-Salatin nukilan Bukhari al-Jauhari yang memperkatakan soal mahkota raja Melayu terletak pada neraca iman dan ehsan -mahasiswakini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ME..