Gelagat-gelagat peserta & guru-guru... Saksikan...
"Setiap Orang Yang Berusaha Untuk Meninggikan Kalimah Islam Boleh Menggunakan Segala Yang ada padanya Seperti Harta Benda, Jiwa Raga, Pena (penulisan), dan lidah (dakwah)"- Sayyid Abul 'Ala al-Maududi
Sabtu, 26 Mac 2011
Jumaat, 25 Mac 2011
(^_^) LAST SCHOOL HOLIDAYS (^_^)
Isnin, 7 Mac 2011
Rekreasi Minda Bestari Ke-3 (RiMBA 3) Untuk Murid di Perlis dan Kedah Utara


Antara aktiviti utama dan menarik ialah Jaulah (Kembara) Ibadah wa Sirah, RiMBA Outdoor Activities dan RiMBA Dynamic Games. RiMBA 3 bertemakan Sirah Rasulullah SAW Membentuk Peribadi Muslim bersempena sambutan Maulidur Rasul yang baru berlalu. Program yang dianjurkan oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Perlis ini, terbuka kepada murid-murid sekolah di sekitar Perlis dan juga Kedah Utara.
![]() Dynamic Games RiMBA2 yang lepas | ![]() Aktiviti Outdoor dalam RiMBA2 |
RiMBA diadakan pada musim cuti pertengahan sekolah setiap tahun dengan objektif menerapkan akhlak yang baik dan kecintaan kepada ibadah kepada peserta-pesertanya, memberi kesedaran dan kefahaman tentang Islam sebagai satu cara hidup berdasarkan al-Quran dan sunnah serta menanam motivasi untuk menggapai puncak kejayaan di dunia dan akhirat.
Seramai 120 orang peserta telah menyertai program RiMBA yang pertama pada tahun 2009 manakala RiMBA 2 pula telah menerima seramai 165 orang peserta.
![]() | ![]() Peserta bersama abang fasilitator dalam RiMBA2 |
Kepada ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke program ini, bolehlah berbuat demikian dengan mendaftar sebelum atau pada 10 Mac 2011 dengan menghubungi En. Ghazali Saad (012-4262343) dan Cik Nailah Abd. Kadir (013-6021017). Yuran program ialah RM40.00 seorang. Tempat penginapan dan makanan disediakan.
Bagi yang ingin bersama-sama membantu usaha mendidik dan membina bakal pewaris ummah ini dalam bentuk sumbangan bahan, peralatan atau wang tunai bolehlah menghubungi Ustazah Nawal Abd Kadir di talian 013-2042469 atau emel ke nawalkmn@yahoo.com.This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
KeARAH adalah salah satu biro di bawah HALUAN Malaysia. (http://kearah.haluan.org.my/)
Disediakan oleh,
Taqiyah Khadijah bt. Ghazali
Ahad, 6 Mac 2011
"... CeLeBrAte WitH My GeNiuS StuDenT..."


