Jumaat, 16 Januari 2009

"Sedekahkan Al-Fatihah"

Salam, saya dapat berita iaitu junior sekolah menengah saya dahulu telah kembali menhadap ya maha esa..Al-fatihah untuk dia dan ayahnya...

Panggilan pertama mereka berehat, panggilan kedua mereka dah meninggal

Oleh ATIKAH DALI dan FAIZAL NAZARUDDIN
berita@kosmo.com.my



FAUDZLI

--------------------------------------------------------------------------------



KANGAR - "Pukul 7 pagi saya hubungi suami dan dapat bercakap dengannya yang ketika itu memberitahu mereka singgah di Hentian Rehat dan Rawat Ipoh.

"Dua jam kemudian saya menghubungi suami sekali lagi tetapi orang lain pula yang menjawab panggilan. Dia memberitahu suami dan anak saya telah meninggal akibat terlibat dalam kemalangan di Rawang."

Demikian cerita Rosmi Salim, 41, isteri kepada Faudzli Ariffin, 45, yang terkorban bersama anak perempuan mereka, Fatin Amira, 20, dalam kemalangan di Kilometer 436.2, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran R&R Rawang, Selangor semalam.

Menurut wanita itu, semasa kejadian pukul 8 pagi itu, suaminya dalam perjalanan menghantar Fatin ke Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) di Shah Alam. Mereka bertolak dari rumah di Kampung Abi Batas Parit di sini pukul 12 tengah malam.



FATIN AMIRA

--------------------------------------------------------------------------------



Kata Rosmi, sepanjang perjalanan, dia kerap menghubungi suaminya untuk bertanyakan lokasi dan keadaan mereka.

Ceritanya, dalam perbualan terakhir dengan suaminya, mereka bercadang mahu membayar semua hutang perniagaan sebaik sahaja dia pulang dari Shah Alam.

Ujarnya, kereta Proton Iswara yang dipandu arwah sepatutnya diguna oleh Fatin untuk berulang alik dari rumah sewa dan politeknik.

Mengenai Fatin, Rosmi memberitahu, anaknya yang belajar di peringkat diploma dalam bidang penyelengaraan pesawat seorang pelajar pintar menyebabkan mereka mahu memberi kereta tersebut untuk kegunaannya semasa belajar.

Tambahnya, Fatin anak sulung daripada tiga beradik juga ber hajat mendaftar sebagai penderma organ tetapi impiannya tidak tercapai.

Ketua Jabatan Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Supritendan Che Hussein Omar berkata, Faudzli, kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan anaknya meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk.

"Kemalangan itu berlaku apabila kereta mereka merempuh sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan.

KITA TAK TAHU BILA ALLAH NAK AMIK NYAWA KITA SO, BERIBADAH MCM NAK MATI ESOK BERKERJA/BELAJAR (CARI ILMU) SUNGGUH-SUNGGUH MACAM NAK MATI 100 TAHUN LAGI...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Music

ME..