Ahad, 17 Mei 2009

Nak Balik>>>>>

Nak balik rumah tak sabar sangat nak habiskan lagi 4 hari fieldwork...

Best la jugak tapi agak membosankan...
tak de aktiviti sangat...
banyak habis masa.. tak guna dgn sepenuhnya...
main-main...
tah la.. rasa mcm melancong..(byk yg lagho)

tak tahu la nak cakap...

Hari jumaat hari tu yg muslimin tak gi solat jumaat sbb alasan kononnya musafir dan buat kerja...(kita org kat bukit bendera)
pada hal kejap je kerje tu.. nak interview sorang pelancong utk setiap org je...
rasenya tak sampai 10 min boleh siap... entah la... rasa malu dgn kwn2 yg bukan muslim.. dia orang pun pertikaikan kenapa yg lelaki tak solat jumaat...
APA NAK JADI DGN MUSLIMIN SEKARANG????

DAH LA BILANGAN SEDIKIT...
RASE MCM TAK LAYAK NAK JADI SUAMI...
TAPI BERCINTA SAKAN SEOLAH-OLAH BOLEH MEMIMPIN KELUARGA...

SORRY TAPI SAYA NAK CAKAP GAK SBB INI REALITI....






apa pun NAK BALIK......!!!!!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alahai che kak..

kami bukan bt alasan ke ape..
kereta kabel untuk trun tak ade mase solat jumaat.walaupun india yg jaga kereta kabel tu, diorg hentikan gak operasi mase solat jumaat. kami solat zohor kat surau atas bukit tu.bukannya kami tak sembahyang. lagipun kami ni jakun siket,maklum lah first time naik bukit bendera. rase nak duk lame la atas puncak tu. kami tak tahu yang sedari ni mugkin dah boring naik bukit tu. naik sepuluh minit, pastu terus turun balik. tapi kami pun sbnarnye pelik knape la hari jumaat yg lekturer plih untuk naik bukit tu,walapun sedar akan kesempitan masa. kami pula ingt masjid kat atas tu ad org sembahyang jumaat,tp rupa2nye tak ada.

ape2 pun trime kasih sebab prihatin..
semoga sedari dapat suami yang soleh...amin

oranglidi berkata...

hahahahah.. cis siap dijawab moisicker..

alasan a lu! wa dulu smayang atas tu.. wat khutbah sndiri ngan kawan2.. xreti? blajar lah wei! hahah.. (kasar pulak wa cakap.)

apahal last skali ada ayat supaya dapat suami soleh? haha..

apapun lu memang bagus cik asma!

AsMa AmAnI berkata...

salam... betul apa yg awak cakap... tapi nampak seolah-olah korang nak bt alasan pada pandangan saya...

tak tahu lah orang lain kan...

sebab kalu nak solat jumaat kan kena ade ramai org (44>)..

pelik jugak masjid tu tak de AJK yg uruskan..

maybe kwsn tu tak de org islam yang tinggal kat situ agaknya..

THANKS FOR COMMENTS..

SEMOGA MENDAPAT PASANGAN YG SOLEH & SOLAHAH

same2 kita berdoa... hehe.. salam

oranglidi berkata...

haha.. lu jgn tertipu dgn pmikiran smpit moden.. memang kta bljr kt skolah minima 40 org.. tp boleh je klu dh drurat.. haha.. check kitab2..

Tanpa Nama berkata...

amboi oranglidi..
takde faedahnye ku nk cari alasan.
mungkin ku punye ilmu cetek sedikit..
namun ku cuba tambah ilmu ku..tq.
kamu tau ape yg kamu cakap tu kasar.tp cakap juga.. tapahamku.
kuman seberang laut namapak,gajah depan mata tak nampak..
org islam kena la berakhlak tinggi. kena bantu membantu sedara same islam..

memg pelik kat atas bukit 2,x de ajk.
kat kuil sebelh masjid ad je hindu duk jaga.. baik oranglidi pi jd ajk situ jaga masjid 2...

AsMa AmAnI berkata...

Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah. Solat Jumaat itu hukumnya Fardhu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.


Firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," - Al-Jumu'ah: 9


Sabda Rasulullah SAW:

"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." - Riwayat Abu Dawud & Hakim.


Syarat wajib solat Jumaat:

1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.


Syarat sah solat Jumaat:

1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
4. Didahului dengan dua khutbah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Music

ME..