Ahad, 1 Ogos 2010

" Kata alim, kata wara'



Kita lihat situasi kartun tu, nampak jer alim, nampak jer wara' tapi... " Tiada yang lebih membahagiakan dua orang insan yang saling menyukai kecuali menikah" ( Riwayat Suyuti ). Dengar tu, apa lagi menikah la kalau dah suka menikah la jawabnya. Tapi susah la kami masih belajar lagi ( sekolah/ IPT ). Tapi kami saling suka ? ” Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid ( syahid kecil )” (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dll ). Simpan la dalam hati kan dapat syahid kecil, buat apa nak bercinta dan bercouple nie tak ada maknanya.Tapi kami tak bercinta , tak bercouple. Ana dengan dia Cuma kadang-kadang berSMS atau berYM. Itu pun bagi tazkiroh sikit-sikit. Ana tak panggil pon ’ sayang’ kat dier.


Kenapa yang nak bagi-bagi tazkiroh kat dier tu macamlah muslimin/ muslimat yg lain dah mati. Kenapa, dah habis bagi tazkiroh kat muslimin/ muslimat kat dunia nie?Tak bercouple tapi berSMS, tak bercouple tapi berYM, Tak bercouple tapi aktiviti sama macam orang couple. Yang HALAL itu nyata, yang HARAM itu nyata. Manusia boleh bermain kata dengan manusia lain. Tetapi terdayakah manusia untuk menipu ALLAH?


Tolonglah...wahai ikhwan wa akhwat, janganlah berselindung disebalik tudung yang labuih, disebalik lebai putih dan disebalik perilaku yang ’alim’ kalau untuk menghalalkan pergaulan antara lelaki dan perempuan. MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!! Janganlah cemari perjuangan deen yang suci nie, dengan kononnya couple Islamik...

Inilah yang dikatakan mencampuri yang haq dan batil. ’ Dan janganlah kamu campur adukkan yang haq dengan yang batil’ ( Al-Baqarah : 85 ). Tetap nampak yang batil itu. Contohlah , kita satu kampung nie sedang memasak gulai ayam yang pergh....sedap tengoknya semua garam, gula , santan dah cukup. TIBA-TIBA!! Seekor burung dengan selambanya ’ter’berak ke dalam kawah gulai ayam kita yang sedap itu. Ada ker kita nak nak makan lepas tu? Habaq mai kat ana sapa nak makan gulai ayam yg sudah ditambah ’perencah’ tahi burung itu. Mesti la kita tolak mentah-mentah, oleh itu couple @ couple Islamik sama sekali adalah HARAM!!

by:Insan Alfaqir

4 ulasan:

oranglidi berkata...

uih.. haram ya.. nasib baik gue x trlibat. tapi kalu yg ikhtilat tu cm xreti jago plak.

iqbalsyarie berkata...

hadis yg pasal syahid kecil,kalau memendam rasa cinta tu saya pernah baca ianya hadis palsu,maudu'...entah la..saya pun tak pasti,jd lebih baik kita tinggalkan perkara yg meragukan,kan?

btw...nice article..senang faham~!
Latest post:Cerita Pangkor bahagian 1

Faarihin berkata...

Salam Ramadan..

entri yang menarik.. (^__^)

betkidzs berkata...

salam..slmt berpuasa..nice blog.do visit my blog n be my follower k..saje nak tambah kwn n berkongsi2 ilmu..tq :)

http://betkidzs.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ME..