Jumaat, 25 Februari 2011

Duhai Hati Tolong Beritahu Empunya Jiwa

Aku ada pesanan buatnya....





Tolong beritahu Si dia... Cinta agung adalah cinta-NYA [Allah]
Tolong beritahu Si dia... Cinta manusia bakal membuatnya alpa

Tolong nasihati Si dia...

Jangan menyintaiku lebih dr dia mencintai Yang Maha Esa

Tolong nasihati Si dia...

Jangan mengingatiku lebih dr dia mengingati Yang Maha Kuasa

Tolong nasihati Si dia...

Jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan IbuBapanya


Duhai hati..
Tolong katakan pada Si dia...
Dahulukan ALLAH & RASUL kerana di situ ada Syurga
Tolong katakan pada Si dia...
Dahulukan IbuBapanya kerana ditelapak itu Syurganya

Tolong ingatkan Si dia,,,
Aku terpikat kerana imannya bukan krn rupanya
Tolong ingatkan Si dia,,,
Aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya
Tolong ingatkan Si dia,,,
Aku kasihinya kerana santunnya


Tolong tegur Si dia bila...
Dia mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur Si dia bila...

Dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur Si dia...
Andai nafsu mengawal fikirannya


Tolong sedarkan Si dia...

Aku milik Yang Maha Esa
Tolong sedarkan Si dia...
Aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan Si dia...

Tanggungjawabnya besar pada keluarganya




Tolong sabarkan Si dia...
Andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong Sabarkan Si dia...

Jika jarak menjadi penyebab bertambah rindunya
krn
RINDU itu kurniaan Allah utk menguji imannya

Tolong pesan padanya...

Aku tidak mahu menjadi fitnah besar padanya
Tolong pesan padanya...

Aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya


Tolong khabarkan pada Si dia,
Aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada Si dia,
Aku mahu dia berjaya dalam impian & cita-citanya
Tolong khabarkan pada Si dia,
Jadilah penyokong dalam kejayaanku




Tolong sampaikan pada Si dia...
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga

Tolong sampaikan pada Si dia...
Cinta kerana ALLAH tidak ternilai harganya
[takkan kau rasai indahnya cinta : andai tiada Cinta buat Tuhan Yang Esa]

Tolong sampaikan pada Si dia...
Hubungan ini terjaya selagi dia menjaga hubungan dengan Sang Pencipta

Tolong Sampaikan pada Si dia...
Kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri





http://www.facebook.com/video/video.php?v=113370275391412

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ME..