Khamis, 2 Jun 2011

# REZEKI DATANG DGN PELBAGAI CARA #

Segala benda yang ada di dalam dunia ini di jadikan untuk manusia. Seringkali manusia lupa bahawa tiap-tiap sesuatu dijadikan Allah adalah rezeki. Namun sejauh mana usaha manusia untuk mencapai rezeki yang Allah kurniakan...

Begitu luasnya hamparan rezeki yang disediakan Allah untuk manusia menerokanya. Sebagai manusia, rezeki yang diterima bukan sahaja berupa harta benda, wang ringgit namun keluarga, anak-anak malah apa yang ada di muka bumi ini adalah rezeki dari Allah. Allah menyediakan bumi ini dengan seluas-luas rezeki.Mengambil iktibar akan perlunya kita mensyukuri nikmat Allah..

Usaha adalah satu jalan yang disediakan Allah kepada hambanya untuk mencari rezeki dan meneroka apa yang ada di atas muka bumi ini. Tetapi sejauh mana usaha yang di lakukan manusia untuk mencari rezeki Allah?

Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nahl ayat 14 yang bermaksud, “Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya; dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya, dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaanNya, dan supaya kamu bersyukur”.

Manusia dilimpahi oleh rezeki yang diberikan Allah melalui pelbagai cara. Inilah hikmahnya Allah pada kita. Memberi kita rezeki yang baik, kehidupan yang aman dan harmoni. Harta yang sedikit atau banyak itu rezeki. Anak sedikit atau banyak juga rezeki. Sesuatu rezeki itu tidak semestinya datang dari satu cara shj.. misalnya pekerjaan anda... mungkin ia datang dengan cara perniagaan sambilan.. ataupun kawan-kawan belanja.. malah hadiah dari orang juga merupakan rezeki.. oleh itu, sebagai hamba Allah kita haruslah bersyukur kerana diberi peluang utk hidup menikmati rezeki yang melimpah ruah di bumi ini.... cuma kita perlu usaha semaksimum yang mungkin...


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Music

ME..