Khamis, 2 Jun 2011

# REZEKI DATANG DGN PELBAGAI CARA #

Segala benda yang ada di dalam dunia ini di jadikan untuk manusia. Seringkali manusia lupa bahawa tiap-tiap sesuatu dijadikan Allah adalah rezeki. Namun sejauh mana usaha manusia untuk mencapai rezeki yang Allah kurniakan...

Begitu luasnya hamparan rezeki yang disediakan Allah untuk manusia menerokanya. Sebagai manusia, rezeki yang diterima bukan sahaja berupa harta benda, wang ringgit namun keluarga, anak-anak malah apa yang ada di muka bumi ini adalah rezeki dari Allah. Allah menyediakan bumi ini dengan seluas-luas rezeki.Mengambil iktibar akan perlunya kita mensyukuri nikmat Allah..

Usaha adalah satu jalan yang disediakan Allah kepada hambanya untuk mencari rezeki dan meneroka apa yang ada di atas muka bumi ini. Tetapi sejauh mana usaha yang di lakukan manusia untuk mencari rezeki Allah?

Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nahl ayat 14 yang bermaksud, “Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya; dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya, dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaanNya, dan supaya kamu bersyukur”.

Manusia dilimpahi oleh rezeki yang diberikan Allah melalui pelbagai cara. Inilah hikmahnya Allah pada kita. Memberi kita rezeki yang baik, kehidupan yang aman dan harmoni. Harta yang sedikit atau banyak itu rezeki. Anak sedikit atau banyak juga rezeki. Sesuatu rezeki itu tidak semestinya datang dari satu cara shj.. misalnya pekerjaan anda... mungkin ia datang dengan cara perniagaan sambilan.. ataupun kawan-kawan belanja.. malah hadiah dari orang juga merupakan rezeki.. oleh itu, sebagai hamba Allah kita haruslah bersyukur kerana diberi peluang utk hidup menikmati rezeki yang melimpah ruah di bumi ini.... cuma kita perlu usaha semaksimum yang mungkin...


Rabu, 1 Jun 2011

~~ CoKLaT MiNDa ~~


untuk membuat tempahan/pembelian bagi kawasan kangar atau di negeri Perlis sila hubungi:
Cik Asma Amani bt Ramon Zahedin
(email: asyaratul_rz@yahoo.com.my)
Facebook: amaniasma5@gmail.com



Jenama Hijrah
adalah satu produk pemakanan yang unik dan berinovasi. Ianya dihasilkan melalui adunan pemakanan yang mempunyai nilai khasiat semulajadi, halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Pemakanan. Sangat berkhasiat serta memenuhi keperluan diet seorang pelajar. Dalam bentuk tablet, mempunyai rasa yang enak/sedap, senang dibawa kemana-mana, pengambilan (kunyah ianya lembut) dan penyimpanan yang mudah.
* Rasa Seperti M&M
* Sesuai untuk semua peringkat Umur


Coklat Minda mampu bertindak sebagai pemuliharaan EQ dari aspek:


** Khasiat pemangkin (catalyst) yang berupaya mempertingkatkan daya penguasaan kebijaksanaan perasaan.

** Khasiat perangsang (stimulator) yang boleh menambah keupayaan penggunaan kedua-dua kemahiran perasaan (mental) dan kemahiran lahiriah (jasmani) secara semulajadi di dalam diri pelajar itu sendiri.

** Khasiat penjana (energizer) yang mampu membekalkan tenaga secara semulajadi untuk proses pembelajaran yang memerlukan tahap tumpuan yang tinggi secara istiqamah dengan keupayaan mengawal perasaan dan minda dengan bijaksana tanpa perhatian dan kawalan berlebihan oleh pihak lain.

** Membekalkan sumber pemakanan yang lengkap dan seimbang dengan khasiat yang amat diperlukan oleh tubuh, khususnya untuk keperluan organ otak bagi menjana emosi yang stabil serta minda yang cerdas dan cergas.


Khasiat Dan Kebaikan :

** Meningkat dan Menguatkan Anda seorang pelajar dan sentiasa memerlukan daya konsentrasi yang baik, tetapi anda cepat lupa maklumat yang telah dibaca atau tidak fokus apa yang diajar oleh guru.

** Mengatasi Anda juga mengalami fobia dan sentiasa di dalam tekanan. Semasa peperiksaan anda sering rasa gugup, masih berdebar-debar dan ‘blank’ walaupun telah membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan.

** Memulihkan Fikiran terasa begitu lembab/kosong, kurang daya kreativiti dan berfikiran negatif, tidak ceria (pemarah/pemalu/rendah diri) kerana kurang berinteraksi.

** Mengekang Rasa ‘give up’ walaupun perkara yang mudah, senang tetapi terasa begitu susah dan cepat mengaku kalah

Impak Awal Semasa Pengambilan Produk :

** Fikiran terasa segar dan mampu berfikir dengan lebih tenang.

** Mudah mengimbas kembali maklumat yang dibaca.

** Keupayaan belajar akan lebih bertenaga, mampu mengekalkan konsentrasi untuk jangka waktu yang lebih lama.

** Pemulihan ‘mood’ kepada lebih ceria dan positif. Rasa lebih bersemangat dan yakin boleh.

Bahan Asas Coklat Minda :

Koko
Selain daripada mempunyai perbagai khasiat yang diperlukan oleh tubuh manusia, koko/coklat juga begitu sinonim dengan ungkapan positif emosi seperti sayang, rasa cinta dan keceriaan. Secara perbandingan, koko/coklat mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membuktikan bahawa koko/coklat mengandungi khasiat makanan yang seimbang. (Sumber: Chocolate: Facts On Health and Nutrition For Educators and Health Professionals, Chocolate Manufacturers Association of the USA).


Gotu Kola (Pegaga)
Pemakanan yang menjana tenaga yang disimpan oleh badan, dan secara khusus sangat berguna membantu sistem saraf (nervous system). Gotu Kola ada kala digelar food for the brain. Di negara barat ianya sangat popular sebagai ‘nerve tonic’ untuk megurangkan ketegangan dan menguatkan daya ingatan. Gotu Kola membantu mengatasi ‘stress’, memulihkan ‘reflexes’ dan meningkatkan kecerdasan mental dan tenaga fizikal. Triterpenes yang terdapat pada Gotu Kola bertindak melegakan ketegangan dan kerunsingan (antidepressant activity). (Petikan kajian oleh Zhong Yao Cai. 2003 Dec;26(12):870-3).


Kacang Soya
Kacang soya menawarkan complete protein profile dan mengandungi semua essential amino acids yang diperlukan oleh diet seseorang. Kacang soya bukanlah sejenis pemakanan ajaib, tetapi ianya adalah contoh di antara jenis pemakanan yang mempunyai nilai diet lengkap serta mempunyai kesan positif kepada kesihatan.(Petikan kata: Christine Lewis, Acting Director of the Center for Food Safety and Applied Nutrition's Office of Nutritional Products, Labeling and Dietary Supplements USA).


Susu Kuda
Alternatif kepada mereka yang alah kepada susu lembu (lactose intolerance) kerana gumpalan lemak susu kuda lebih halus dan hampir menyamai susu ibu manusia. Terdapat banyak kajian oleh saintis pemakanan telah melaporkan komposisi protein dan lemak susu kuda adalah yang paling hampir dengan susu ibu manusia. Komposisi lemak dan pecahan protein, menyatakan susu kuda lebih menyamai susu manusia berbanding dengan susu lembu. (Kajian Godovac Zimmermann et al., 1987; Businco et al., 2000; Horrobin, 2000)

Ahad, 8 Mei 2011

"All mothers are working mothers"
















SYAIR IMAM SYAFIE



Wahai Ilahi, Rabb makhluk semesta,
Kepada Engkau aku ajukan pengharapan,
Sekalipun aku seorang yang banyak melakukan dosa,
Wahai Zat pemilik kurniaan kemurahan

Tatkala kalbuku keras dan jalan-jalanku sempit
Aku jadikan pengharapan dari-Mu sebagai tangga,
Dosa-dosaku menguasai diriku,
Tetapi ketika aku bandingkan dengan pengampunanMu.

Wahai Rabbi,
Jauh lebih besar pengampunanMu,
Engkau senantiasa pengampun segala dosa dan kesalahan,
Engkau tetap pemurah dan pemberi kurnia serta kemuliaan.

Maka andai tidak kerana kemurahanMu,
Tidaklah bertahan si penyembah iblis,
Betapa tidak?
Ia telah memperdaya kekasihMu adam.

Bila engkau memaafkan aku,
Bererti Engkau mengampuni si pelaku kezaliman,
Yang penuh gemilang dosa dan kesalahan,
Dan andai Engkau murka kepadaku.

Aku tidak akan putus harapan,
Sekalipun diriku dimasukkan ke jahannam,
Kerana dosa-dosa yang aku lakukan,
Sungguh besar dosaku.

Baik yang sekarang mahupun yang dahulu,
Namun ampunanMu lebih besar dan lebih banyak
Wahai Zat Pemberi Maaf.


* Imam Syafie Rahimahullah menulis bait-bait syair ini saat-saat kematian semakin menghampirinya..

wallahua'lam

Sabtu, 7 Mei 2011

Ahad, 24 April 2011

Tiada benda yang pasti di Dunia...




Salam.. hari ni sembang dgn umi dalam kereta pasal benda yang pasti dan yang tak pasti...
Dalam Hidup ni kenapa Allah bg KEMATIAN itu pasti?..

sebabnya supaya setiap detik yang kita lalui kita hargai dan buat sebaik mungkin.. kalau masa kecil kita ade cita-cita misalnya Polis.. tapi belum tentu kita akan jadi polis bila besar nanti..
Macam tu jugak dgn belajar orang yang nak ambil exam UPSR, PMR, SPM, STPM, Matrikulasi...dll tak pasti akan keputusannya may be dapat 5A UPSR tapi PMR nanti belum tentu..
May be dah dapat Ijazah tapi belum tentu dapat kerja.. Memandangkan Hidup kita ni tak pasti

"WE NEED TO GIVE OUR VERY BEST EVERYDAY & MOMENT"
sebab yang pastinya kita akan mati antara 2 waktu solat... so, akhir kata setiap kali pekerjaan yang anda buat make it the very best you can do.. terutama solat sebab kita tak pasti ajal kita bila.. tapi yang Pasti semua yang hidup akan mati...

Rabu, 13 April 2011

"Belajar buat Cup cakes"

Rupanya senang je nak buat.. cuma yg rumit "renyah" sikit tang nak hias aising...
  1. Tgh tunggu mentega + gula menjadi gebu..
ambil Gambar dulu... caya lah.. (^_^)






























Kek tengah masak... tgok, naik comel je.. [^_^]






Tgh prepare... nak letak aising pulak.. sorry tolong sikit-sikit je... {^_^}





























Ha !!! tgok pandai tak kita orang buat... Genius kan... walau pun resepi orang lain.. tapi janji menjadi + boleh makan sudah... Bismillah...NYUM... <^_^>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Music

ME..