Rabu, 26 Ogos 2009

Keberkatan BerSaHuR




Daripada Anas r.a, Baginda saw bersabda: "Bersahurlah kamu. Sesungguhnya dalam sahur itu ada berkat". ( H.R Bukhari dan Muslim ) beberapa hadis Rasulullah s.a.w., hukum makan sahur adalah sunat.

Dalam riwayat Abdullah bin al-Haris, salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w. telah menceritakan ketika beliau masuk ke rumah Nabi, baginda saw sedang bersahur lalu bersabda: "Sesungguhnya (sahur itu) mempunyai berkat yang diberikan Allah kepada kamu sekalian, maka janganlah kamu meninggalkannya."

Seorang sahabat yang bernama Zaid bin Tsabit berkata : "Kami telah bersahur bersama Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian kami mendirikan sembahyang, lalu Anas r.a. bertanya: "Berapakah jarak waktu antara kedua-duanya?'' Zaid menjawab: "Kadar membaca lima puluh ayat.'' ( H.R. Bukhari dan Muslim ).



Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda: " Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah swt berselawat ke atas orang-orang yang bersahur." ( H.R. Imam Ahmad )


Sekiranya terdapat buah kurma, ia adalah makanan sahur bagi orang-orang yang beriman sebagaimana riwayat daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
" Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman ialah buah tamar." ( H.R. Abu Daud ) Dalam riwayat yang lain pula, daripada As-Saib bin Yazid, sabda Rasulullah s.a.w.: Sebaik-baik makanan sahur ialah buah tamar. Allah merahmati orang-orang yang bersahur.


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Memohonlah kamu ( kepada Allah ) melalui makan sahur supaya memperoleh kekuatan berpuasa pada siang hari. ( H.R. Al-Hakim ) Bangun dan berdoa pada waktu sahur sebenarnya mempunyai barakah yang besar dan merupakan ciri-ciri orang yang bertaqwa.




Firman Allah s.w.t. dalam surah Az-Zariyat, ayat 18 bermaksud :
"Dan pada waktu akhir malam ( sebelum fajar ), mereka selalu beristighfar kepada Allah memohon ampun". Sahur juga merupakan salah satu daripada akhlak Rasulullah s.a.w., sebagaimana yang terkandung dalam terjemahan hadis berikut: " Tiga perkara yang termasuk antara akhlak para rasul ialah bersegera berbuka puasa, melambatkan sahur dan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri ketika dalam sembahyang." Perbezaan antara puasa orang Islam dengan ahli kitab terkandung dalam hadis riwayat Muslim, sabda Baginda: " Perbezaan antara puasa kita ( umat Islam ) dengan puasa ahlul kitab ialah makan sahur."

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Music

ME..