Khamis, 14 Januari 2010

: Hati Oh Hati:

Hati Sempurna:

Ibnu Taimiyah berkata, “Hati manusia secara tabii berhajat kepada Allah kerana dua sebab iaitu untuk beribadat dan untuk berserah diri. "Hati tidak akan menjadi baik dan berjaya, tidak selesa dan gembira, tidak bersih dan tenang, selagi belum sepenuhnya beribadah menyembah Allah dan sepenuh cinta berpaut kepada Allah. Keadaan ini benar-benar menepati maksud sebaris dari doa yang terkandung di dalam surah Al-Fatihah, “Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.”

Hati yang Teguh:

Untuk apa kita dilahirkan?

Renungi maksud firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 30:
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat; sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.”

Puteri-puteri Islam yang gigih!

Sebagai pemimpin, sewajarnyalah kita berjiwa gagah dan cekal. Juga tersangat penting kita mempunyai hati yang teguh. Oleh itu di dalam kesempatan kali ini ingin ibu mengajak kalian menghayati dan menelusuri perjalanan pembinaan keteguhan hati yang telah direalisasikan oleh Asma’ binti Abu Bakar, puteri kepada khalifah pertama Islam…Kegigihan sepanjang hayat yang sentiasa mengutamakan keredhaan Allah. Beliau mengharapkan kesenangan yang kekal abadi di akhirat kelak seperti maksud firman Allah;
"Katakanlah kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertaqwa".(QS An-Nisa':77)


Hati Yang Indah:

Wahai setiap hati yang sentiasa diperhati,
Sentiasalah melaraskan kedudukan hati kalian di landasan iman dan taqwa;

"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram". (QS AR-R'ad:28)


Hati yang indah ini juga bermaksud hati yang ikhlas. Tanda-tandanya dapat dilihat;

  1. Takutkan kemasyhuran. Ibrahim bin Adham berkata: "Orang yang cintakan kemasyhuran tidak berlaku benar terhadap Allah". Fudhahil bin'Iyad berkata: "Jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka lakukanlah.Apa salahnya jika kamu tidak dikenali? Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika kamu dikeji oleh manusia tetapi dipuji di sisi Allah?". Bisyr Al-Hafiy berkata: "Tidak akan merasakan manis kehidupan akhirat orang yang suka terkenal di tengah-tengah kalangan manusia".
  2. Sentiasa khuatir amalan diri tidak Allah terima jika ada riyak menyusup tanpa disedari.
  3. Beramal diam-diam secara sembunyi dari publisiti.
  4. Tidak asyik dan mengharapkan pujian.
  5. Tidak kedekut memuji orang lain yang berhak dipuji.
  6. Melaksnakan tanggungjawab khalifah Allah tanpa mengharap pengiktirafan ketokohan juga sebarang jawatan kepimpinan.
  7. Mencari keredhaan Allah, bukan redha manusia.
  8. Redha dan marah kerana Allah semata-mata.
  9. Sabar di sepanjang jalan hidup.
  10. Merasa senang sekiranya ada orang lain yang turut bergabung keupayaan dalam melaksanakan amanah Allah.
  11. Menghindari ujub dan bangga diri.
  12. Terus-menerus menjalani proses pembersihan diri dan nafsu.

Semoga kita semua kekal ke akhir hayat di dalam hidayahNya...

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada RabbMu dalam redha dan diredhai. Maka oleh itu masuklah dalam golongan hamba-hambaKu. Dan silalah masuk ke dalam syurgaKu".

Jika ingin baca dgn lebih lanjut sila ke:
Ummu anas.
ummu-anas.blogspot.com

1 ulasan:

Faarihin berkata...

Alhamdulillah.. entry yang menarik untuk hati yang kosong macam saya ni.. teringin sekali nak dapatkan hati yang tenang.. moga2 Allah permudahkan urusan sy untuk sentiasa mengingatiNYA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Music

ME..