Rabu, 24 Februari 2010

=+= Denyut Kasih Medik =+=

Ilmu-ilmu itu bagaikan binatang liar yang mudah lari jika tidak diikat
dengan tali khas iaitu buku catitan.


Hidup ini tidak boleh lekang drpd belajar & terus belajar dari buaian hingga ke liang lahad.

Hanya angan-angan yang disertai usaha akan menjadi kenyataan.

Sebuah novel yang mengisahkan misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat Islam di hospital ketika bergelar doktor pelatih...

Isu yang di ketengahkan spt menjamakkan solat akibat waktu pembedahan yang panjang sedangkan dia bukan dalam keadaan musafir..

Hukum: Boleh

Dalil Ibn Abbas berkata: "Nabi Muhammad pernah menjamakkan antara Zuhur dan Asar serta antara Maghrib dan Isya' di Madinah bukan sbb musafir dan hujan. Ibn Abbas ditanya: "Mengapa Nabi melakukannya?" Dia menjawab: "Baginda mahu memberi kelapangan kpd umatnya". [Sahih Muslim]

"Kewajipan kita untuk mengetahui tentang agama kita. Perkara ini fardu ain. Walaupun kita kerja dalam bidang yg lain, kita juga tahu soal-soal hukum fiqh..
Bukan golongan ustaz sahaja nak masuk syurga, kita semua pun nak masuk syurga. Jadi ilmu fardu ain ni bukan ustaz sahaja kena pandai kita pun kena pandai juga.."

-SELAMAT MEMBACA-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ME..